Monday, August 11, 2014

kisah si kucing



Assalamualaikum.


Ibu kucing dekat rumah ni baru je beranak. Suami cakap ada 3 ekor anak kucing. Semalam aku nampak dia mundar mandir dalam bilik. Perut pun nampak dah kempis.

Lepas maghrib aku lepak dalam bilik baca novel. Tetiba dia terjun dari celah bumbung jatuh ke bilik air. Dari bilik air dia terus bawak anak dia sembunyi dalam almari baju dalam bilik. Almari pulak memang open takde pintu jadi senangla dia terus masuk je.

Aku pun panggilla suami. Suami pun bawak keluar anak dia, pergi letak balik tempat asal. Tak lama lepas tu dia angkut lagi anak dia. Panjat, terjun dengan sembunyikan anak dia tempat sama.

Dok ulang macam tu sampai 3, 4 kali.huhuhu
Aku pulak naik risau takut kaki dia patah ke masa dok lompat tu.

Asal suami pergi letak anak dia, dia angkut balik masuk bilik. Malam ni pulak aku layan tv, masuk je bilik tengok ada dia dengan seekor anak. Tapi kali ni dia tak masuk almari. Bila aku biarkan pintu terbukak dia terus bawak anak dia keluar, lepak dengan dapur.

Tetiba aku rasa sedih. Walaupun dia tu cuma seekor binatang, tapi naluri seorang emak tu tetap ada. Walau susah tetap taknak berpisah dengan anak. Adehhh, sayu pulak hati ni. Sengal.

Ni kalau aku layan jiwa, mengadu kat laki tentang perasaan aku sekarang ni, mau bertitisan air mata ni. Patutla siang hari tadi mata belah kiri aku terkenyit kenyit..huhuhu.



Kesian baby kucing lapar susu. Masa aku dok nak snap gambar ni, dia dok usap usap badan anak dia dengan tangan dia.

Pernah terdengar orang cakap kalau kita ambik gambar kucing, lepas tu dia akan mati..betul ke?

Ishhhh kalaula lepas tu mati, janganla jadik hantu kucing datang kacau aku pulak ;p






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...