Saturday, August 30, 2014

ku kuciwa



Assalamualaikum.


Malam tadi sebelum tidur, buka blog adalah blogger che mat gebu share satu resepi.
Asam pedas ayam.
Terus aku dapat idea untuk masak tengahari ni.
Tapi bahan bahan rempah tak cukup.
So pagi tadi masa suami nak keluar hantar baju kat kawan dia, aku ikut sekali  singgah pasar.
Belila halia, lengkuas, serai, halba, buah keras.
First time la tu dalam hidup aku beli buah keras dengan halba.
Malam tadi memang dah siap siap google macamana rupa buah keras dan halba.

Dalam pukul 11 dah start masak. Ralit sangat buat asam pedas, sampai nasi terlupa masak.
Selalunya aku masak nasi dulu baru siapkan lauk.

Kalau ikutkan asam pedas ni memangla faveret aku. Kalau pergi rumah abnag melaka, kalau kakak ipar masakkan asam pedas, memang rasa sedappp je kat tekak aku. So teringinla nak try air tangan sendiri menjadi ke tak.

First time buat asam pedas ni boleh tahan la dia punya remeh tu.
Ada bahan yang kena blend, ada bahan yang kena hiris halus.
Bila dah masak, suami terus makan. Selain asam pedas ayam ni, aku goreng ikan,  ada ikan masin dengan ulam dan budu.

Tapi aku kecewa,huhu.
Suami ambik kuah sesudu dua sudu je. Penat aku buat asam pedas seperiuk. Terus mood nak makan pun takde. Rasa penat je masak tapi suami tak makan. Nasi bertambah tapi budu, petai dengan ikan goreng je suami sentuh. Ayam langsung tak berusik. Haihhhhh...

Lepas suami keluar nak tengok progress kedai dia, aku terus wasap luah perasaan hati aku ni.




Nasibla dapat isteri suka drama macam aku ni.
Sebenarnya aku bukan tak tahu kegemaran suami macam mana, tapi aku still nak kecewa jugak.
Suami ni kalau ada lauk berkuah, gulai ke apa memang just sesudu dua jelah dia makan kuahnya, tu sebab selalu aku tapau je gulai ke hapa.
Kalau kuah tomyam atau sup barulah luak sikit dia hirup.
Dia sebenarnya makan simple je. Ada ulam, ada budu, okayla tu.
Masalahnya bukan suami, tapi dah nama makan berdua, takat manala nak luak lauk tu.
Tu kadang kalau fikir, seratus kali baik beli je.
Kalau masak ni, buat letih sajo. Buat beli bahan sama je habis duit.
Tapi sebagai seorang isteri solehah ni kengkadang naik stress fikir kesian laki aku asik makan lauk sama je. Kadang kadang nakla masak grand jugak.hehehe

Ingat tak stress jadi surirumah? Bangun pagi kepala terus berfikir nak masak apa.
Lauk pulak nak matchkan dengan lauk dan sayur apa. Bukan main hentam je.
Aku yang baru kawin 3 tahun lebih ni pun dah nak stress dengan menu, ni kan orang lain yang dah lama kawin.
 Tapi kalau ada anak ramai lain cite la pulak kan, barulah best masak ada anak yang akan melicinkan semua yang kita masak.


Alang dah update blog ni sharela  jugak  gambar gambar makanan dalam tab aku ni.




Kulat sisir goreng telur. Masak minggu lepas.
Suami tak suka sayur, so aku sorang je makan.





Ayam masak kicap lada hitam. Portion banyak ni makan 2 orang memang tak habis.
Yang lebih aku buat ratah ratah je depan tv.





Ada students bawak mangga muda, so buat projek kerabu mangga dengan tukang masak.
Dia tukang parut, aku yang campurkan semua bahan.
Percubaan pertama boleh tahanla.
Patut kena banyakkan kacang tumbuk, baru kick.
Masam masam pedas macam ni memangla faveret aku.
Siap tapau bawak balik rumah ni. Macam biasa, suami tak layan, aku habiskan sorang je.







Sekali sekala pekena megi sup.
Ni minggu lepas punya cerita singgah lepas balik kerjaa.
Kedai otw nak balik rumah.






Buahan tempatan pemberian orang.
Pokok kat rumah sendiri tak masak lagi, so makan jelah yang orang sedekah.
Moga murah rezeki la ye ;)


Lauk asam pedas hari ni disebabkan takde mood, malas nak snap gambar.
Biar aku abadikan dalam hati aku je.
Kecewa. T_____T




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...