makan lagi



Assalamualaikum.

Wah kemain rajin aku up entri hari ni. Masa mood ada ni okayla. Maklumler hari cuti. If hari kerja kengkadang nak bukak laptop pun malas. Tapi sekarang ni aku banyak update dengan tab je. Asal ada pic terus je membebel.hehe

Untuk minggu ni, lesson plan daily dah beres. Yang weekly punya pun half aku buat. Art n craft dah beres. Tinggal nak tampal tampal je. Progress buku pun setakat ni okayla, seminggu buat dah siap dalam 7 mukasurat, okayla tu kan? Atleast ada yang aku nak tunjuk kat mrs boss hujung bulan ni.

Hari ni macam biasa ada tuisyen. Tapi tetiba pagi tadi dapat tahu ayah ada program anjuran Maik di masjid muhammadiah kota bharu. Masa aku bangun nak subuh baru mak bagitahu. So aku terus mandi siap siap nak hantar ayah, sebab program mula pukul 8am.

Dalam 720 gerak nak hantar ayah, dalam 745 dah sampai. Lepas drop ayah depan masjid aku terus pergi tadika. Sampai awal sempat siapkan lesson plan. Habis tuisyen dalam pukul 10 tapi aku stay situ je sebab nak siapkan lesson plan. Lagipun dah janji nak ambik ayah tengahari.

Dalam kepala aku dah plan lepas ambik ayah nak singgah makan kedai biasa, nasi kukus abe mie. Tapi dalam pukul 12 masa kol ayah dia  cakap dia dah otw balik tumpang kawan. Kena ambik dia dekat kubang kerian je. So aku pun cepat cepat drive nak tapau jelah nasi kukus abe mie. Dah lama tak pekena ni. Teringat ayam goreng dia panas panas, sambal bilis, kuah campur, nyummsss...

Masa sampai sedang elok tengahari kemain lagi ramai dok beratur. Parking depan kedai pun penuh, aju just parking belakang kereta orang je. Sambil dok beratur sambil melilau mata tengok kot kot datang polis trafik, mampus aku kena saman sesuja hati parking tepi jalan.

Lepas siap beli, berdesup aku balik cilok baik punya. Dok fikir kesian ayah dah menunggu aku lama. Lampu kuning nak merah pun aku langgar bawak kete macam orang gila. Dok fikir ayah dengan tak sabar nak balik rumah jugak. Tak sabar nak makan. Lapoooo.huhu

Sampai rumah bukak tudung masuk dapur basuh tangan apalagi, Allahummabariklana fimarozaktana wakina a'zabannar....hehehe

Oh ya aku tak makan sorang ek, mestilah ajak mak ayah sekali. Mak ayah janganla dilupa.heeeee



Pilihan aku macam biasa ayam bahagian kepak dengan sambal bilis. Kesian pulak tengok yang dok menggoreng tu. Asal letak licin, asal letak licin. Nak cepat punya pasal api pun besar, ayam hari ni macam hangit sikit. Overcooked.hehe sempat lagi aku dok ushar tu





Ayah cakap dia dah ada nasi. Jadi tapau untuk mak je. Tak payah mak masak dah. Untuk mak lauk ikan tenggiri goreng dengan daging kicap. Takde sambal, nanti mak membebel pedas sangat dia tak boleh makan.





Kuah campur terbaik. Aku mintak jugak telur ikan. Sedap sangat. Rugi pulak mintak satu. Aku ni hantu telur ikan.hehe..Kalau tapau lauk ada telur ikan mesti aku beli. Lagi lagi kalau telur tu besar, dap dap. Kalau telur kecik kadang kadang pahit.

Puas hati betul makan nasi kukus abe mie hari ni. Pekena time perut kosong, bukan setakat nasi aku je licin, siap pau nasi mak masak lagi kat dapur satu senduk.

Tak tahula nape sekarang ni makin lama makin berselera makan. Musim raya ni ambik gambar kalau 10 keping, satu dua keping je kot yang okay, yang lain nampak gemsss.huhuhu

Tadi pun otw balik lalu depan kedai kaki bukit, wahhh sedapnya tomyam. Terus terfikir nak tapau untuk malam nanti. Lalu pulak depan kedai mee celup terus rasa nak bungkus megi sup, nak beli cupcorn. Macam terliur je semua.huhuhu oh tuhan, please help me.

Last bulan puasa hari tu timbang berat dalam 55kg. La ni aku takut nak pi timbang. Takut naik 57kg ke, 58 ke mau meroyan aku 2, 3 hari.

Haihhh, susahnya jadi pompuan. Kurus pun masalah, gemuk pun masalah.



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM