Saturday, August 16, 2014

mendung dan mata kucing



Assalamualaikum.

Seronoknya hari cuti. Kena pulak kejap tadi hujan. Lebat la jugak. Lepas solat zohor aku tertidur. Tapi kejap jelah. Ada budak kecik ni dah terjaga. Terkejut sebab hujan agaknya. Masa aku panggil dia suh duduk dekat riba dia terus datang. Lepas tu buat muka konfius dok pandang je aku ni. Sahla dia tertukar. Mesti dia ingat aku ni umi dia. Maklumla adik beradik, muka aku dengn umi dia dahla sepesen.hehehe

Cuaca hari ni pun macam tau tau je. Hati aku tengah mendung, dia pun mendung jugak. Bila hati aku mendung memang aku takkan buat apa apa. Bercakap malas. Tengok tv malas. Baca novel pun malas. Kerja siap ke tidak hal lain. Nasib baik ada blog, boleh aku meluah perasaan.

Kejap lagi suami nak datang ambik. Dah janji nak singgah makan. Lapar. Tapi macam takde mood je ni.

Hari ni pun tekak rasa macam tak best je. Malam tadi nak tidur terbatuk batuk. Ni mesti sebab makan buah mata kucing yang suami belikan semalam. Tahu dah kalau makan buah mata kucing mesti sakit tekak n batuk, tapi sedap. Manis sangat. Buah mata kucing memang faveret akula. Nanti minggu depan nak suruh suami belikan lagi.hehe

Sebelum tu, meh nak tunjuk 3 langkah yang aku biasa buat sebelum makan buah mata kucing.



Aku akan leraikan buah tu satu satu dari tangkai lepas tu masukkan dalam tapis macam ni. Guna bekas pencuci pinggan sental lebih kurang.





Lepas tu bilas sampai betul betul bersih. Then, ambik tisu lap lap buah tu biar kering sikit. Taknpayahla satu satu just tepek tepek tisu macam tu je atau tuala bersih ke.





Lepas tu kopek jelah satu satu masukkan dalam bekas. Dah siap semua masukkan dalam peti ais. Dah sejuk baru makan. Nyumsss...


Kenapa aku buat macam ni? Sebabnya dulu akak aku pernah bagitahu kawan dia satu family macam keracunan lepas makan buah mata kucing. Kan buah ni mestila ada sembur racun ke bahan kimia apa ke..

Aku ni memang la jenis huha huha. Tapi kalau bab macam ni aku memang jagala. Sayur pun kalau potong potong nak buat masak, sikit ke banyak ke memang aku akan rendam dalam air garam dulu. Terutama sekali kubis dengan sawi. Karot pun walau kita tanggalkan kulit, aku still rendam jugak.

Lepas tu peralatan memasak semua pun biasanya aku bilas dulu sebelum guna walau dah bersih. Rumah mentua memangla ada tikus. Takut jugak if jadi apa apa. Baik beringat sebelum kena kan?

Prevention better than cure..bak kata omputeh :)

Okay, tu je nak membebel for today..babai



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...