Tuesday, August 19, 2014

rindu awak 200 peratus



Assalamualaikum.


Haihhh tak habis habis lagi ke drama adaptasi novel ni? Lepas satu satu. Mengacau je tau. Habis tergendala semua program aku nak menonton cite faveret aku. Laki aku tu dahla hantu drama. Dia punya layan tu mengalahkan pompuan.

Bila dia start layan drama rindu 200% aku dah tau dah. Ni siapla konfem aku lepas ni aku tak boleh tengok channel lain dah.

Masa awal awal start cerita siap tanya novel lagi. Siap nak suruh belikan tu. Dalam pertengahan episod dia bagitau dah baca novel. Pulak dah. Katanya baca yang kawan satu ofis punya. Lepas tu mulala dok berlagak dah tahu ending. Ada aku kesah???

Orang dok bercinta laki bini awak yang dok tersengih sengih depan tv apahal? Aku ni kengkadang sampai terfikir, nape hover sangat laki aku ni? Entah entah ada mata air ke kat luar? Ke berangan nak berbini lain?huhuhu

Cerita ni seingat aku awal episod aku layanla jugak. Tapi sampai 3, 4 episod dah naik fedupla aku. Menyampah dengan jalan cerita. Kengkadang novel ni if just baca okla, macam semua logik, tapi bila dah dijadikan drama, hmmm macam tak kena pun ada.

Yang laki kat rumah ni pun satu hal. Time si laki bini tu berbaik baik mulala dia yang tersengih sengih. Tapi kalau time watak heroin tu bergaduh dengan hero, dia jugak yang terlebih marah, padahal hero cool je. Naik fedup aku. Kesudahannya aku masuk bilik solat maghrib lagi baik.

Kengkadang rasa nak snap je waktu dia dok tersengih sengih macam kerang busuk tu. Jiwang lebih. Boleh aku buat bahan nak perli perli dia.wakaka

Aku dengan laki ni memangla minat jauh berbeza, macam langit dengan bumi. Dia minat drama, aku minat cite action. Dah terbalik pulak. Lepas ni entah drama apa pulak nak ganti cite rindu 200percent ni.

Berbalik pasal drama rindu 200% ni, satu je aku suka....Zill Faezrul hensemmmmmmm... ;D





Logik ke lepas nikah tatau suami keje apa?
Kemain buat watak pilot..
Nak keje yang gempakkkk ajo.huhuhu


Q


1 comment:

nik ros said...

tu la.kije gempak jea. selalu pilot.tak pilot ceo company mlik ayah..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...