Saturday, August 23, 2014

sabtu yang panas bertemankan ibu mertuaku.



Assalamualaikum.


Masha Allah...panas sungguh cuaca hari ni. Baju yang jemur pagi tadi pun dah kering, dah boleh angkat pun. Baru pukul 12.30 tapi aku dah 2x aku mandi. If hari cuti duduk rumah, normalla aku mandi sampai 4, 5 kali sehari. Nak bagi sejukkan badan. Kalau tak temperaturenya mau naik ke kepala.

Disebabkan period, pagi tadi bangun rasa nak terkucil, tapi aku mandi je terus. Barula rasa segar sikit badan. Pakai baju bersih dan terus mulakan rutin seorang suri rumah.huhuhu

Round pertama basuh baju. Lepas tu kemas dapur dan siap siap untuk masak. Nanti suami bangun boleh terus brunch. Aku suka macam tu, tak payah masak banyak kali.hehehe dasar pemalassss

Hari ni masak nasi ayam je. Tapi gambar takde sebab lepas hidang tab takde bateri tengah cas. Lepas suami bangun dalam 1130 terus makan. Siap makan, kemas dapur aku lepak depan tv jelah. Bukak laptop dan siapkan lesson plan. Tapi disebabkan panas sangat, aku mandi lagi sekali, barulah rasa segar badan.

Lani tengah dok layan cite p.ramlie ibu mertuaku. Mak mentua pun nampak aku layan p.ramlie, dia pun layan sekali. Aku tahu mak mentua aku minat cite p.ramlie, sajela bagi dia can. Kot tak selalu aku dok tengok cite omputeh je..sian mak mertua tak leh nak layan sama.

Cadangnya petang sikit dalam pukul 3 nak balik rumah mak kejap. Selalunya tiap minggu memang hari sabtu aku lepak rumah mak je sampai petang pastu suami datang ambik, cuma hari ni je tak sebab malam tadi tak balik tido sana.

Harapnya cuaca panas ni tak berterusanla. If panas sangat aku nak buat kerja pun malas. Rasa serba tak kena. Maklumla seharian kerja duduk dalam aircond, asal hari cuti je duduk rumah mulala aku sakit kepala sebab panas sangat.

Pagi tadi pun bangun kepala rasa berdenyut denyut sangat, sakit kepala dari yang semalam rupanya tak berenti lagi. So aku makan epal separuh pastu terus makan panadol 2 biji, barula berenti. Pastu makan jugak acid folic sebiji. Sepatutnya hari ni kena makan clomid jugak. Sebab hari ni hari ke 2 period. Dah 2, 3 bulan asik tertangguh je nak makan.

Esok plannya nak pegi mengurut. Rasanya lepas ni nak istiqomahla mengurut sebulan sekali selain dari treatment hospital.

Ya allah, moga dipermudahkanlah urusan aku.
Moga aku diberi kesabaran dan ketabahan hati.

Macam tak sanggup dah nak tengok muka keboringan suami tiap hari tanpa suara anak anak. Walaupun dia tak pernah cakap, tapi aku tahu.

Sunyi. Sepi. Hanya aku dan dia.



Dengarlah, jeritan batinku ya Allah......   T_____T



1 comment:

nik ros said...

insyaAllah, ada rezeki nanti tu yea yea. so jom la sama2 kita berusaha.harap2 tahun dean dapat pegang anak sendiri..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...