15 tahun: dulu dan sekarang



Assalamualaikum.

Bangun pagi pagi bukak je fesbuk ternampakla abang ipar share gambar masa dia nikah dulu dengan kakak, cikgu ismira.  6.9.1999. Masa tu aku 15 tahun, form 3. Sekarang aku dah 30 tahun.huhu lamanya.

Alhamdulillah, panjang jodoh diorang.

Walaupun aku ni adik beradik ramai tapi kakak ada 2 orang je. Cikgu isroha sekarang dekat usj, cikgu ismira dekat jerteh. So memang aku rapat sangatla dengan 2 orang kakak ni. Tempat mengadu suka duka semualah.

So istimewa sempena anniversary dorang hari ni, meh aku cite pasal macamana boleh menikah ni.

Masa ni, cikgu ismira ni dia baru je habis study dekat usm. Disebabkan dia kena posting di song, sarawak so mak risaula. Maklumla nak sampai ke sana siap kena naik bot. Almaklumla anak pompuan sulung, manja pulak tu, mestila mak ayah risau kan.

Kebetulan nak dijadikan dah sampai jodohnya, abang ipar masa tu mengajar sekali dengan mak sedara smsains pasir puteh. So dia ternampakla gambar makcik ni dengan cikgu ismira. Terus berkenan la kot.

Almaklumla cikgu ismira ni cantik. Muka bujur sirih, hidung mancung, badan kurus, bibir delima merekah. Pendek kata cunla. Kurang sikit je dari adik dia ni.hahaha

Masa tu makcik tak cakap pun anak sedara, tapi cakap jiran. Yelah kot terus cakap anak sedara kang, nampak sangat pulak. Ntahla aku tak faham sangat konsepnya, mak yang bagitau gitu.

Nak dipendekkan cerita, abang ipar pun datangla rumah nak tengok dulu, lepas tu datang bawak famili, bila dah konfem bertunangla. Walaupun ada sedikit drama juga disebabkan cikgu ismira ni tak bersedia lagi, sebab baru je kerja katanya tapi disebabkan dia anak yang baik, yang mendengar kata, so terima jelah jodoh yang datang ni. Kalau tak dengar kata mak ayah nak dengar kata sape kan?

So lepas menikah baru dorang bercinta ya. Aku sempatla jadi bodyguard teman dorang berdating dekat pantai. Masa tu abang ipar bawak kete honda accord lama tu. Seat belakang pulak tercabut. Dahla bawak kete laju gila. Tanjat aku.

Lepas kawin, 4 bulan di sarawak cikgu ismira dapat balik semenanjung. So barulah mak senang hati. Disebabkan abang ipar anak bongsu dan anak jantans sorang, so kakak stay dengan mentua. Orang cakap if stay dengan mentua bermasalah kan? Tapi alhamdulillah mentua kakak baik sangat, dan aku tahu perangai dengan peribadi kakak aku ni takde mentua yang tak suka dia.

Bukan nak gebangla, tapi selain cantik dan berpelajaran, kakak ni pandai masak, lemah lembut, terlampau rajin. Pendek kata almost perfectla. Mak siap cakap masa majlis bertandang kakak padahal pengantin, siap masuk dapur basuh pinggan lain. Gila melampau rajin tu. If sekarang ni dekat rumah mak kalau ada buat makan, if cikgu ismira ni ada, mak memang senang hati. Aku pun senang hati jugak. Aku just ambik tugas kengkonon jaga anak dia, yang lain dijamin setel.hahaha

Haih kalau nak cite banyakla. Walaupun sekarang ni kehidupan dia memang dah semua lengkap, dan selesa tapi ntah kenapala rajin sangat akak aku ni. Aritu dok meniaga coklat, lepas tu buat pulak cheese kek, lepas tu meniaga cheese tart, sekarang ni dah start meniaga kek pulak. Siap masuk kelas belajar buat kek lagi. Haih kenapala rajin dan pandai sangat ni. Saje jelah jadi bahan mak nak buat bandingkan dengan aku.huhuhu

Aku ni rebus nasi himpit, rebus ikan pun hangit. Nak banding dengan aku?? Sedihhhhhhh...

Hmmm, apa apa jelah. Kalau aku tak pandai buat kek, suruh jelah kakak buat, kita makan jelah, kan lagi senang tu? Buat apala nak letih letih buat kan? ;p

Dahla, malas nak membebel lagi. Nak pegi mandi dulu.hehe untuk kakak dan abang ipar, selamat ulangtahun ke 15tahun. Dah lebih satu abad tu. Semoga berkekalan sampai akhir hayat. Semoga perkahwinan aku pun berkekalan macam ni jugak. Erk?

In sha Allah, aminnnnnnnnnn.




15 tahun yang lalu.
Hanya mampu gelak bila tengok pic ni.
Dulu kaler kulit tak kontra sangat sebab abang ipar pakai makeup.hahahaha





Selepas 15 tahun.
Amboi kemain lagi berkepit ambik gambo ye
Kaler kulit masih agak kontra.hihi
Nasibla dapat bini putih melepak..kan dah jadi bahan ;p







Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM