Monday, September 08, 2014

af 2014



Assalamualaikum.


Malam tadi konsert pertama af 2014. Kesimpulan yang boleh aku simpulkan kat sini.....hmmm kalau tak tengok pun tak rugi apa. Dari dulu sampai sekarang, pengajar lama ke baru ke gituuuuu jelah rancangannya.

Nasib baik bukan zizan sorang pengacara. Ada sekali jihan pengacara bersama. Tapi dengarnya macam jihan nak digantikan dengan faizal ismail? Eeeh tolongla dahla setiap tahun aku menahan rasa menyampah nak tengok muka si fbi tu jadi pengacara juara lagu. Ni af pun dia nak tayang muka jugak? Pleasela....tapi aku baca dekat beautiful nara tadi pun banyak yang nak jihan, taknak so fbi tu.

Lepas tu lagi satu yang aku menyampah dengan  si raja azura tu jadi juri. Komen ntah apa apa. Lepas tu semacam je aku dengar dia bertanya nape si azwan nyanyi lagu irama malaysia. Bila si azwan tu cakap sebab tu lagu faveret mak dia yang dah meninggal, hah ternganga la kejap. Dah minggu ni minggu bebas, sukahati dia la nak nyanyi lagu apa pun. Bukan tak best pun.

Bagi akulah dalam 12  orang pelajar ni, adala a few yang telinga ni sedap nak dengar. Macam azwan, farez, adel, nuha, nina dengan yang nyanyi lagu nirmala tu, lupa dah apa nama dia. Yang lain, hancussss. Tak payahla berangan lebih lebih, konfem tak kemananya lepas ni. Takat nyanyi karaoke bolehla kot. Especially si aman tu. Apala motif af nak ambik dia. Sebab jambu ke? Suara dahla tak sampai, gaya langsung takde. Memang sape mengundi dia tu, saje jelah nak mengabiskan duit.huhuhu

Lepas ni maybe dah tak tengok kot af ni. Sebab kalau tengok akan mendatangkan aura negatif pada aku. Tak memasal pulak aku nak stress sebab rancangan sengal ni.

Teringat dulu astro ada buat satu rancangan tajuk Jangan Lupa Lirik. Haa, yang ni memang best. Sangat sangat fun, bagi akulah. Walaupun kebanyakan peserta suara pecah mikrofon tapi asalkan ingat lirik, okla tu. Rancangan ni sempat main 3 musim je kot. Lepas tu dah takde dah.

Af ni macam biasalah. Lepas ni ada la macam macam gezutan. Bercinta la, nangis nangis la. Eeeiiii boring. Dahla penajanya satu hal. Iklan yang susu pencerah kulit tu. Sekali tengok, ok la kelakar la. Tapi kalau dah berkali kali tengok, rasa macam nak bagi penampar je. Kalau tengah pregnant, janganla dok layan sangat, takut terkenan.huhuhu

Yang iklannya pun satu hal. Kalau betul la lepas pakai krim tu kulit jadi cerah, takdela orang kulit gelap lagi lepas ni agaknya...

Dahla, letih aku membebel panjang panjang. Letih jari. Guna tab ni asik typho je. Mana yang tak setuju dengan pendapat aku pasal af ni, terpulangla. Hak masing masing. No offense ye ;D




1 comment:

Anonymous said...

hai . saya peminat azwan. sy kesian tgk azwan tuuu , sebab raja azuran every week komen utk azwan YANG TAK MEMBINA LANGSUNG. CONDEMN MACAM2 , KATA KENAPA UNDI TINGGI . bg la komen yang support azwan tu. peserta lain dia bg komen yang membina, but azwan ??????? thanks !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...