Langkawi: The Journey



Assalamualaikum.


Amboiiii, dah berapa bulan baru nak up entri. Mulanya dok tunggu nak kumpul semua pic, tapi rasa macam dah lama sangat. Gambar yang dalam kamera abang rasanya if aku tunggu tahun depan belum dapat lagi. Senang yang sendiriiiiii jugak.huhu

So, marila mengupdate dengan gambar mana yang ada.

Plan nak pergi langkawi ni mulanya akak ipar yang mengajaknya. So aku pun macam teringinla jugak sebab tak pernah sampai langkawi lagi. Lepas tu dengarnya mak ayah pun macam nak ikut la jugak. Suami cakap if dari kelantan takde family lain yang konvoi sekali dia taknak la pergi, nanti takde geng katanya if kami 3 beranak je. Mula tu ingatkan tak jadi, last last rupanya jadi jugak. Abang akan pergi jugak bawak mak ayah dan dia anak beradik satu kereta. So tak payah fikir banyak aku on jelah. Aku dengan suami dan anak naik kereta sekali. Mulanya abang ingat semua naik kereta dia, memangla macam muat je tapi macam lagi senang if drive sendiri kot. Lagipun bosan aku nak travel jauh jauh dengan budak ramai ramai. Mau aku yang bertempik tension nanti.

So pagi 30 June mulakan perjalanan. Hari Sabtu. Cutinya sampai hari ahad je tapi aku apply siap siap hari isnin selasa. Plan nak gerak balik hari isnin. So hari selasa kira buat spare la kot kot penat nak pi kerja ke. Gerak dari rumah suami drive dulu, sampaila ke Machang ke Kuala Krai aku dah lupa. Disebabkan suami ni pagi jenis mengantuk, so lepas tu aku ambik alih drive sampaila ke Jeli. Bukan aku tahu jalan pun, follow je abang. 



Lepas singgah Petronas Jeli, suami sambung drive sampaila RnR Banjaran Titiwangsa. Dekat situ singgah makan bekalan yang emak bawak, nasi dengan lauk lauk semua. Ni kali kedua aku pernah singgah sini. Dulu pernah singgah sekali masa ikut cikgu ismira pergi perak. Dalam banyak banyak hentian, kira yang nilah yang paling best dan sekali. Sambil rehat dan makan makan boleh tengok pemandangan cantik. Cuaca pun sejuk. Ada je gambar ramai ramai tapi dalam kamera abang jugak. 




Bekal sepanjang perjalanan. Aku beli semua dekat kedai rm2 je, habisla dalam rm20 total semua ni. Air mineral wajib ada. Aku beli 2 botol. Suami merokok, nanti dia nak minum air masak je. So prepare siap siap. Sepatutnya bawak sekali bekal sosej ke, nagget ke. Terlupa nak beli.

Rasa macam dah jauh sangat perjalanan, tapi sampainya idok.huhu. Lepas tu bila dah masuk Kedah, area Sik kalau tak silap aku ambik alih drive. Macam biasa, jalan tak tahu so follow jelah abang. Masa dok follow tu aku perati je abang ambik jalan menghala ke Gurun je, dan jalannya pun straight je. Sampaila bila nak masuk ke highway, aku terlepas pandang kete abang, so bila dia belok kiri aku tak nampak. So aku straight jelah sebab ingatkan kena ikut Gurun. Lepas tu kakak ipar pun kol cakap suruh aku patah balik. Bila aku patah balik sepatutnya aku masuk kanan traffic light kedua, tapi tersilap masuk lagi traffic light pertama. Aduhhla, serius rasa tension je. Suami pulak, bukan makin nak menyenangkan, aku pulak yang dibebelnya. Dahla aku yang drive, salah jalan aku jugakkkk yang disalahkan. Bukan tak boleh patah balik pun. So bermulalah drama air mata aku sepanjang perjalanan tu. Serius lepas ni rasa tobat dah tak nak jalan jauh. Kecewa.

Lepas tu nasib baikla jumpa jugak jalan yang betul. So suami pulak ambik alih drive, lagipun nak masuk highway, aku tak biasa bawak. So sepanjang jalan tu sampaila ke Kuala Perlis, aku diam je. Kata sedih kan. Malas nak cakap. Sampai lenguh kepala aku dok teleng belah kiri. Konon konon taknak tengok muka lakila,wakaka...




Akhirnya, selepas 9 jam perjalanan yang hazab, akhirnya sampaila jugak ke Terminal Feri Kuala Perlis. Mak siap cakap lagi, if tahu perjalanan sejauh ni, tobat lepas ni taknak datang dah. Abang cakap dalam 6, 7 jam je. Iyeeeeelah tu.

So, belanja untuk minyak kereta perjalanan pergi: +- RM100.

Sebabnya malam sebelum gerak suami isi rm60, sempat pusing kb, lepas tu tengah jalan isi lagi rm50. So masa sampai terminal kira minyak masih ada lagilah.

Sedang elok sampai pukul 5, abang sulung n famili dah masuk pulau pun. Cikgu isroha je tunggu kami kat jeti. Disebabkan taknak rushing sangat ambikla feri pukul 6. Lepas tu sempatla pergi solat jamak zohor asar. Lepas tu lepak je tunggu feri. Suami pergi makan dengab anak. Mula dia ajak tu, aku cakap taknak, kata merajuk kan. Lepas tu dah bosan, pergila jugak tapi just minum je. Style aku merajuk, biasa berlarutanla walau sekejap tapi style suami pulak if marah marah bukan asal salah aku, lepas tu mesti nak baik baik balik. Menyesallah tewww.

Then sampaila masa naik feri. First time ni untuk aku. Opkosla excitedkan? Tiket tak beli kaunter pun, just beli dengan orang yang datang approach masa duduk kat dalam tempat menunggu tu je. Tapi harga samalah.

Harga tiket dari Terminal Feri Kuala Perlis - Langkawi:
Dewasa: RM18
Kanak2: RM13

Total harga tiket kami 3 beranak pergi balik: RM98.

If naik dari Kuala Kedah - Langkawi:
Dewasa: RM23
Kanak2: RM17




Otw pergi naik Coral Island 1. Feri sederhana besar kapasiti dalam 400++ je. Feri pun tak baru sangat. Disebabkan anak nak duduk tepi tingkap, mak haruslah mengalah. Masa dalam ni, ada pasang cerita melayu tajuk apa ntah, maya karin dengan bront palarae jadi hero heroin. Suami kejap je naik terus membuta.






Perjalanan ke pulau adala dalam 45minit ke sejam kot. Nasib baik naik feri ni aku tak pening lalat. Sebabnya dah makan ubat mabuk awal awal.hehehe. Aircond pun tak sejuk sangat, so selesalah.





Lepas sampai je kat jeti langkawi, ambik troli nak punggah barang, boleh tahanla banyak. Lepas tu rupanya jauh jugak nak kena menapak untuk keluar dari situ. Masa tu penat tak usah cakapla. Dengan badan melengas semua, yang ada dalam kepala nak mandi dan rehat je.

Then tunggu abang datang ambik dengan kereta. Aku naik round ke2 dengan suami, anak, abang n ayah. Sampai je terus mandi tukar baju. Then tapaukan je makanan, lepas makan lebih kurang terus masuk tidur.

Maka berakhirla hari yang panjang dan memenatkan jiwa raga aku ni. Hari kedua bersambung next entri. Jangan penat membaca yerrrr, aku penat menaip takpe....  ;D





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM