Thursday, September 25, 2014

mengalahkan budak


Assalamualaikum. 


Dekat tadika aulad pintar ni, setiap hujung bulan event wajibul ghunnah adalah sambutan birthday students beramai ramai. If dulu, sambutan birthday biasanya buat secara individu, tapi fikir nak jimatkan masa pembelajaran supaya tak terganggu, idea untuk sambutan sekali sebulan ni memangla okay sangat sangat. 

Dah 3 tahun aku mengajar dekat sini. Dah beratus kek agaknya bermacam perasa, bermacam bentuk dan design yang student pernah bawak,  sampai satu tahap bila tengok kek, memang dah tak terliur langsung pun.huhu

Tapi, kalau ada secret recipe...barulah aku ngap kek ke mulut.hihi

Yang bestnya sambut besday bebudak ni, selain kek adalah goodie bag yang parents sediakan. Biasanya if parents sediakan untuk semua student, adala lebih untuk teacher. If student ramai yang sambut birtday, banyakla goodie bag yang datang. Berlambak lambak. Kadang kadang setiap budak pernah dapat 3, 4 goodie bag setiap sorang.

Tapi janganla ingat student je suka dapat goodie bag ni. Ntah ntah teacher yang lagi excited.hihi.. Selalunya if dapat, cepat cepat tengok apa ada dalam tu. Dah namanya goodie bag budak, biasanya ada snek, gula gula, lolipop, sumi atau jeli, kek gulung etc.




Hasil dari 3 goodie bag yang dapat semalam. Semua aku masuk dalam beg khas untuk makanan. Oh ya, aku ada beg makanan ye. Dan beg tu ada dalam bilik tepi katil. Anytime nak ngap senang, just capai je.hehehe

If balik rumah mak, anak sedara ramai. Aku memanag selalu bagi dorang semua makanan ni. Bukan aku makan sangat pun. Jenis aku ni suka ada dari takde. Suami dengan mak selalu cakap aku macam budak budak.huhu. Tapi tabiat aku simpan makanan ni dari zaman sekolah lagi.

Masa kat asrama naim dulu, aku suka susun makanan aku kemas kemas dalam almari di dorm aku. Lepas tu bila masuk u, aku ada satu bekas khas container beroda untuk simpan makanan. Tapi sejak dah kawin, rumah mentua banyak semut, so makanan aku masuk beg je, zip kemas kemas. Suami selalu ambik makanan dalam beg aku ni nak bagi kat anak sedara dia.

Nanti if ada anak, mesti anak pulak yang pau stok makanan tak berkhasiat aku ni. Untungla dia ada mak macam aku ni ;p

Ok, tu je nak cite. Tengah takde mood nak buat kerja tadika, so kita cari mood dengan membebel di blog dululah.hehehe


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...