Friday, October 31, 2014

friday housewife


Assalamualaikum.

Rasa macam dah jadi rutin pulak menulis di blog setiap hari jumaat.
Sape tak suka cuti kan?
Hati pun rasa tenang je nak bebel di blog.

Hari ni lepas subuh terus keluar tengok tv.
Sedikit merajuk dengan suami so malas nak sambung tidur.
Agaknya dia pelik nape i tak masuk bilik, dia keluar cari i jugak.hehehe

Tapi memangla sebab malam tadi tertidur awal depan tv, so rasa macam dah cukup tidur.
Kebetulan ada ulangan australia masterchef yang tak sempat tengok petang semalam, so i layan yang tu je.

Lepas habis cite, masuk bilik ambik baju kotor.
Round pertama baju suami la dulu.
Kebetulan pulak hari ni mendung, n tadi hujan renyai renyai.
So kalau basuh banyak, if baju tak betul betul kering susah pulak nanti.

Sementara menantikan baju siap basuh, kemas dapur dulu.
Hari ni habis semua barang dekat kabinet i punggah.
Nak kemas bekas bekas plastik, nak buang mana yang tak perlu, nak simpan pinggan mangkuk mana yang tak guna.

Kami makan berdua je pun, pinggan mangkuk macam nak makan 4, 5 orang.
Buat semak je tau.

Sekarang ni kalau kemas barang, i malas nak fikir banyak.
Mana yang tak releven untuk disimpan terus buang je.
Malas nak fikir sayang ke apa, nanti nak guna ke hapa.
Sebab selalunya memang tak la.

Lepas setel kemas semua, hati pun senang, mata pun tak sakit tengok barang kemas tersusun.
Penat takpe asal hati puas.
Lagipun hari cuti ni jelah nak kemas kemas semua.
If hari kerja manala sempat.

2, 3 hari lepas suami tanya baju baju putih dia semua dah basuh ke belum,
I cakap tunggula hari jumaat sabtu.
Hari kerja rasanya tak kuasa nak ambik tahu hal baju.
Dahla malam suami di kedai, i sorang je kat rumah, baik rehat jelah.huhu

Minggu ni cuti 2 hari rileks la kot.
Boleh la nak tengok tengok untuk siapkan communication student pulak.
Lesson plan dah tak payah buat, n minggu depan seminggu bebudak ada final exam.
I suka je minggu exam sebab tak payah mengajar, just tunggu students siapkan paper je.hehe

Kertas exam pun dah setel.
Semalam sampai lenguh kaki n betis, sakit pinggang berdiri dekat printer.
1 subjek ada 11 helai, kena buat 42 copy.
I pulak kena buat 2 subjek, english dengan mathematic.
Tu pun nasib baik start print dari pagi separuh.
Kalau semua nak buat sekaligus? Dahla kena bergilir guna printer.
Matikla sampai malam tak siap lagi.

Pagi tu memang 42 copy i print je, so tak payah tunggu dekat printer.
Tapi bila petang kertas asik terlekat je dekat copier, so i print 1 copy lepas tu fotostat je.
Nasib baikla semua lancar je sampai semua siap.
Dari pukul 3 lebih kurang start, dalam pukul 6 lebih setel.
Maghrib dah sampai rumah mak.

Disebabkan letih sangat, tula pasal malam tadi suami lambat sikit datang ambik i terus moody.
Bebel bebel kat dia dalam wasap je pun i berani.
If depan depan i sabar.hahaha
I ni jenis morning person, bila malam je if dah letih sangat, tak dapat mandi n rehat macam biasa, mulala nak lepas geram.

Tau je pun bukan salah suami totally, tapi biar jelah.hihi




Dah lama tak masak breakfast pagi jumaat.
Fried rice with fried egg, leftover fried chicken, iceberg lettuce.
Waa, kemain nak letak nama dish ala ala masterchef gidttew.
Padahal nasi goreng  letak telur dadar, lebihan ayam goreng semalam dengan salad laki dalam peti i rembat sikit.hehe
Stok sayur takde.
Maleh kengkadang tu nak beli sayur.
Banyaknya kecut dalam peti.
Laki i tak suka sayur. I suka sayur sangat sangat.
Kan tak sehati sejiwa tu T___T





My portion.
I is dont like my nasi goreng kalau takde sayur.
Ada salad pun jadila.
Lepas tu kena ada timun yang banyakkkkk.
Untuk brekafast ni, satu pinggan, dua kali repeat.
Malam tadi makan mee kuah mak buat je sikit, so lapar sangat sangat sangat.
Sebab biasanya i tak makan pagi jumaat, so merajinkan diri masak.
Alah, takat nasi goreng, i pejam mata je siap.kihkihkih

Gambar pic tak sama sebab pic atas guna instagram, boleh edit edit.
Tapi tak publish pun dekat insta, malas.
Dah lama tak ambik tahu instagram walaupun on9 24jam.
Takat follower 2, 3 kerat, tak kuasa i nak mengupdate instagram :D

Okayla, kite nak makan dulu. Nasi dah sejuk pun.

Penyakit orang zaman sekarang.
Sebelum makan tangkap gambar dulu.hihi
Tak mengata orang, tapi mengata diri sendiri. :P




Wednesday, October 29, 2014

Langkawi: Kilim Geoforest Park



Assalamulaikum. 


Lepas keluar Underwater World dan shopping coklat, destinasi seterusnya ke Sungai Kilim Geoforest Park. Jauh jugak perjalanan sampai aku pun naik boring. Dahla lepas tu hujan turun. If hujan cane nak naik bot kan? Nasib baik elok je sampai cuaca pun elok. Dekat sini aktivitinya adalah ronda ronda dekat sungai Kilim dengan bot. Dengar je nak naik bot memangla rasa cuak jugak sebab aku ni fobia air. Tapi dah semua orang nak join, takkanla aku sorang je nak menunggu kat jeti.huhu


Disebabkan group kami lebih 17 orang, so kena sewa 2 bot. Kakak ipar sewa yang trip 2 jam je. Bot pertama 2 orang abang dengan famili dorang ynag naik, bot kedua pulak, famili aku dengan cikgu isroha dan mak ayah sekali. 



Di jeti sementara nak menunggu naik bot. Sempatla pergi tandas dan makan makan lite lite je dulu. Masa ni rasanya memang tak lunch pun lagi. Sebab nak kejarkan masa. Nasib baik pagi tadi dah ambik heavy breakfast.


Harga Sewa Bot Sungai Kilim Geoforest Park:
2 jam: RM250
4 jam: RM350




Mula mula naik bot je dah rasa berdebar. Aku duk depan sekali dengan mak ayah. Suami duduk belakang sekali. Ingat kan dah naik bot terus pergi jauh rupanya dia berenti kejap dekat Gua Kelawar. Maleh sungguh aku nak turun naik banyak kali ni. Tak tau ke kito tengah debor.huhuhu






Masuk Gua Kelawar kemain lagi busuk. Yang bebudak pulak dah sewa torchlight sorang satu kemain lagi dok menyuluh kelawar. Takde maknanya aku nak menikmati kehadiran kelawar ni. Dalam kepala nak cepat cepat keluar je dari situ. Lemas.





Lepas keluar Gua Kelawar adala laluan nak menikmati pemandangan hutan paya bakau. Ada monyet banyak jugak. Aku seriau je kot kot monyet tu datang terpa ke apa kan. Tapi nasib baik dorang pun dok sebuk bergayut je. Boleh jugak tengok contoh contoh stalagmite, stalagtide. Kagum la jugak walau dah pernah belajar kan. Kali ni tengok dengan mata kepala sendiri. 





Then sambung naik bot lagi. Kali ni duduk belakang sekali dengan suami. Nasib baik anak nak duduk depan dengan sepupu. Kot tak kacau daun je.hihihi. Kali ni driver boat memang bawak boat laju gilos. Main selekoh, corner baring semua adala. Kakak kat depan punyalah terpekik pekik. Dia dahla tengah pregnant. Tapi yang peliknya aku sikit pun tak takut. Agaknya sebab lagi excited kot.


 Dalam tak takut tu memangla dok pegang lengan laki je, kang tercampak dalam air, mau sebulan aku fobia. Masa yang dia pecut tu rasa macam best sangat. Ada tu masa pusing corner tajam sampai terpercik air masuk dalam mulut aku. Masin. Tapi yang paling kelakar makla. Kesian dia takut masa bot tu gerak laju. Driver tu dahla orang Kedah pure, konfemla dia tak faham apa mak cakap.


'jangela bawok laju anok wei..matila mokcik ni...'
(Janganla bawak laju, wahai anak. Matila makcik ni)...

hahahahaha tobat kelakar nak mampus! 

Sape tak faham? Tuu, aku dah siap translatekan.hihihi




Lepas pusing pusing akhirnya bot berenti kejap dekat fish farm. Lebih kurang macam restoren terapung la kot. Tak makan pun dekat sini, just minum je. Dorang semua pergi tengok ikan, maleh aku. Lagipun panas. nasib baik tak mabuk laut naik bot. Terima kasihla kepada ubat mabuk mak punya. Dapatla aku bercuti dengan bahagia.hehehe




Ayah dan belangkas. Orang pelihara jugak ke belangkas ni?





Lepas tu pusing pusing lagi. Kejap kejap bot berenti kejap dan driver dia pun dok cerita itu ini benda yang berkaitan. Walaupun dia duduk belakang aku, tapi takdelah aku faham sangat. pekat sangat loghatnya. Tapi banyakla yang ditunjuk, ada batu bentuk kasut, bentuk muka red indian, dan yang ada signboard KILIM GEOFOREST PARK ni kat atasnya bentuk kura kura. Nampak tak?


Ada jugak mulut gua bentuk macam buaya, tapi disebabkan masa tu air pasang, so bot tak boleh masuk ke dalam gua. Rasa macam aku snap je semua gambar tempat yang dia berenti ni, tapi ntah mana gambarnya. Kendianla update kalau jumpa.




Lepas tu singgah kat tengah laut dan si driver tu campak sisa sisa perut ayam ikan la kot. Terus nampak burung helang datang sambar semua sisa makanan tu. O rupanya sini tempat sight seeing nak tengok burung helang rupanya. Ralit dok tengok helang ni terbang dok sambar makanan.




Kami di dalam bot.
Lepas pusing pusing akhirnya balik la ke jeti semula. Sepanjang sungai Kilim ni adala jugak tertinggal souvenier dalam sungai ni. Topi suami yang anak pakai diterbangkan dek angin masa bot tengah laju, tak sempat nak capai.huhu




Aku tertidur kepenatan.
 Ingatkan dah nak balik tapi ni menghala nak naik keta kabel pulak.


Akan bersambung next entri ye.... :)






Sunday, October 26, 2014

sunday with BSB

Assalamualaikum.

Hari ke 3 bercuti, esok dah keje..yeayyy.
Malam tadi dah plan hari ni peram, n golek golek lama lama sikit kat katil.
Tapi macam biasalah, i ni jenis rimas.
So 830 dah bangun n terus bukak laptop depan tv.
Nak siapkan daily lp dulu.

Sambil buat keje harusla bukak tv, tapi takde rancangan best pun.
Sumer cite ulangan. Demm u astro.

Tapi takpe. I ada banyak hiburan lain.hehe
So sambung hardisc ke player samsung bluray.
Layan je video berlambak lambak dalam tu.
Done.


Lagu yang paling n sangat sangat sangat i suka.
I want it that way.
Dari third album Millennium.
Beratus n beribu kali dengar takkan jemu.




I'll never break your heart.
One of hits dari first album, Backstreet Boys.


Layan my faveret since berbelas tahun dulu.
Rugila sape tak minat bsb di zaman remaja mereka.
Kata sekolah agama punnnnn. Ish ish ish.
Masa tu memang siap cop sorang satu siap siap.
Mine of kos la pilih kevin.hihi gatai.
Masa tu i suka lelaki matang n macho kot.

Then, masa i buat novel pun, memang kevinla jadi watak hero.
Masa tu kan remaja, jiwa tengah berbunga bunga.
Dok koya je i tak suka, so i tulis novel syok sendiri.kahkahkah.
Ntah pergi mana dah novel i tu, dulu ada je simpan.
Dah berbelas tahun simpan elok je lagi.
Tapi anak sedara ramai sangat suka punggah barang, agaknya novel remaja i tu dah arwah dikerjakan dorang.

Teringat dulu, artis punya pasalla sampai kena panggil masuk bilik Pk Hem,
kes bawak magazine, poster artis pergi sekolah.
Tak pandai sorok, kantoila dengan pengawas.hihi

Okayla, nak sambung keje. Ehem. Tapi rasanya mata je kat tv ni, tangan tak bergerak.. :P

Selamat berhari ahad, u olls.




Saturday, October 25, 2014

overweight


Assalamualaikum.

Dah lama tak menggodek apa yang ada dalam playstore.
Tetiba jumpa la bmi calculator apps.
Mandangkan sekarang ni i obses dengan berat i, so terus je install kat tab.

Sebelum ni i memang dah tahu pun berat badan i memangla ideal dengan tinggi.
Tapi dah la ni berat badan i naik mendadak, tak sure kiraan bmi i sekarang ni macamana.

Tapi rasanya if berat 58kg tak overweight lagi kot.

Tapi tu just what i tot je. Hakikatnya?
Nengokler sendiri ye.



The result.
24.
Overweight.kihkihkih.

Konfem. I is gems. Demm.

But what to do? Tu ler akibatnya pukul 12 tengah malam pun pekena nasi sepinggan.

Since then, i bertekad. Nak kurangkan nasi.
Ntah betul ke tidak cara i berdiet ni, tapi if boleh turun 1, 2kg okayla tu kan.

So gigihla i tulis note setiap hari apa yang i makan.





Kalau tengok dalam ni, nasi je i makan sekali sehari.
Yang lain semua i bedal.
Tapi hari ni hari cuti, harusla makan nasi 2x.
Membazir je nasi if tak makan.hihihi

Last week pergi supermarket dah timbang berat turun jadi 56.8kg.
Tapi tak tahula kot penimbangnya lain dari penimbang lain.
Orang cakap kena guna penimbang sama if nak nampak perbezaan ke tak.
Pastu timbangla 2minggu sekali ke, jgn tiap tiap hari.

Takpela. Biar i teruskan je macam ni.
Tak ada masalah pun.
Pastu timbang tengok ada perubahan ke tak.

Acctually i nak kurus sikit bukanla sebab nak jaga body n nak cantik sangat.
Bukan nak tayang kat orang pun.
Tapi cuma nak selesa je dengan tubuh badan.
Tu je.

Chaiyokkkk Muis!




Friday, October 24, 2014

jiwang sat.


Assalamualaikum.

Minggu ni lagi sekali cuti direct 3 hari.
I is boring u know.
If pergi kerja i boleh buat kerja yang lebih 'penting'.hehehe

Hari ni pukul 9 dah bangun, terus mandi.
Malas i nak peram lama lama.
Rutin biasa hari cuti, cuci baju, jemur baju, kemas ruang tamu n dapur.
Lepas tu lepak je tengok tv.

Suami bangun pukul 11 lebih terus makan.
I tak masak pun lagi.
Tapi dia naik rumah kakak ambik nasi n gulai kawah.
I is pelik.
Hari jumaat selalunya dia makan lepas balik jumaat.
Bila i tanya katanya lapar, malam tadi tak makan.
Sejak makan habbatus sauda, dia cakap asik lapar je.
Sebab tu i stop makan habbatus sauda, biar dia je sorang gemuk.hihihi



Lepas suami pergi pasar i masuk dapur masak nasi n masak sambal ikan bilis.
Mak mentua masak asam pedas rebus ikan apa ntah.
Cukupla la tu nak buat lunch, malas i nak masak lauk lain.
Suami konfem dah takkan makan tengahari ni.
Lepas balik masjid tadi dia cakap nak keluar beli barang pulak.
I layan hindi je.


Vivah.
Sape peminat hindi, taula kot cite ni.
Setakat hari ni adala dah 5, 6 kali kot i layan cerita ni.
If iklan ada cerita ni, konfem i layan.
Dalam cite ni takde pelakon seksi, takde adegan pelik pelik, takde lagu ntah hapa hapa.
Tapi bila tengok je cite ni, konfem jadi jiwang.
Rasa syahdu sangat dengan percintaan jodoh pilihan keluarga ni.
I pulak tersipu sipu malu dok tengok hero heroin meluah cinta gittew.

If layan je, sat sat tu jugak terasa bestnya kawin dengan pilihan keluarga.
Pendek kata jodoh yang datang tu memang terbaikla.
Terus berangan i ni cantik macam heroin dan nak kawin dengan hero hensem macam hindustan.kihkihkih.

Tula ko muis, dulu ada pakwe ala hindustan, ko rejekkkkk!

Ops. Hihi. Dah takde jodoh kan,

Kita ni manusia, hanya mampu merancang je, tapi Allah yang tentukan. Ngerti??....  :P



Thursday, October 23, 2014

Syurga.


Assalamualaikum.

Aku paling pantang kalau dengar ada orang bila dah kawin, lupa mak ayah.
Sikit sikit syurga bawah tapak kaki suami.
Sikit sikit syurga bawah tapak kaki suami.
Yes betul bila kawin syurga kita bawah tapak kaki suami.
Tapi neraka kita pun nanti? Bukan suami jugak salah satu faktor penyebabnya?
Tak tahu ke buat buat tak tahu?

Kalau dengan suami, dengan famili suami semua boleh, semua sempat.
Tapi kalau dengan mak ayah sendiri?
Hmmm takpela mak ayah aku faham.
Takpela mak ayah aku takpe if aku tak kol, tak sempat balik.
Macam tu ke?

Ada jugak jenis suami yang kongkong isteri.
Tak bagi si isteri balik rumah mak  ayah.
Tak sedar yang dia tu dapat isteri yang mak ayah mentuanya dah bela besar panjang.
Dah bagi pelajaran. Dah bergaji besar.
Dia ingat bila kawin isteri ni kena perhambakan diri pada dia je.
Syukur aku ada suami yang open minded.
Suami aku tak pernah sekali pun kongkong aku tak bagi balik rumah mak ayah.
Tak kirala raya ke hapa, asal aku cakap nak balik, mesti ok je.
If ada pun dia tak bagi balik, sebab dia taknak aku terluka.
Tapi if aku terluka sekalipun, aku tetap nak balik jumpa mak ayah.

Senyuman ayah setiap kali dia bukakan pintu bila aku balik?
Masha Allah tak boleh nak banding dengan apa apa kat dunia ni.
Masa tu aku tahu aku dah dapat pahala kerana gembirakan hati dia.

Yes, aku menaip entri ni dengan air mata bergenang.
Sebab aku rasa sangat sangat sakit hati dengan orang yang mudah lupakan mak ayah.
Dah senang sikit sampai lupa mak ayah yang susah?
Dah senang sikit sampai malu ke dengan mak ayah yang miskin?
Dapat tempat berteduh yang elok, sampai lupa rumah mak ayah yang buruk?

Aku dengan mak ayah kadang kadang memang ada yang tak kena.
Tapi setakat mana pun aku dan mak atau ayah tak sehaluan, rumah mak ayah tetap aku nak tuju setiap minggu.

Tak pernah sekali pun if cuti aku tak pergi rumah mak ayah.
Kecuali aku ada kerja lain atau tak ada kat rumah.
Tak senang hati aku kalau tak dapat jenguk walau sekejap.

Sekarang ni if hari cuti, suami bukak kedai awal.
So lepas lunch, metsi aku akan curi masa sekejap balik rumah mak ayah.
Sejam atau setengah jam pun jadila.
Lepas tu nak kena bergegas balik pulak.
Aku tak cakap aku orang baik.
Aku pun banyak dosa dengan mak ayah.
Tapi tak gamaknya aku nak belakangkan mak ayah demi orang lain yang belum tentu bersama aku sampai mati.

Biarla adil, supaya both mak ayah n famili belah suami takde yang terasa.

Sebab tu aku paling benci n geram kalau dengar ada orang yang sampai mak ayah kol tanya kenapa tak balik rumah.
Hebat sangat dah ke sampai mak ayah yang kena cari kita?

Suami ni sekelip mata sekali petik jari boleh benci kita, buang kita.
Sekali Allah bolak balikkan hati dia?
Takde dah syurga di bawah tapak kaki suami.
Tapi mak ayahnya kasihnya sampai ke syurga.
Redha Allah terletak pada redha mak ayah kita.
So biarla balance antara suami dan mak ayah.
Tak payahla nak mewar war kan kebahagian kita dan suami.
Dari Allah je semua tu.

Sebab tu pernah dengar orang cakap,
"Orang yang bahagia ni selalunya tak cakap pun orang dah tahu..tapi orang yang selalu dok tayang betapa bahagianya aku ni...hmmm, belum tentu bahagia kot."...

I dont care if ada yang terasa. Sape makan cili diala terasa pedas.

#iisemotoday







Wednesday, October 22, 2014

putu mayam on deepavali


Assalamualaikum.

Otw balik dari rumah mak jap tadi dalam kereta terdengar dj cakap putu mayam salah satu makanan orang india. Ye ke?

 I tot putu mayam makanan orang melayu.

If belah luar putu mayam makan dengan kelapa parut.
Tapi di kelantan putu mayam kami makan dengan kuah santan dimasak dengan gula melaka.

Kebetulan otw masa nak pergi rumah mak singgah nak tapau makanan, so nampak ada putu mayam kat gerai kuih.
Kutu mayam ni my faveret, so terus beli satu bungkus.



Putu mayam ni sedap sebab kuahnya tak manis sangat.
4 keping rm2 saja.
Ok, tu je dinner saya untuk malam ni.

So kesimpulannya, putu mayam ni makanan orang melayu ke orang india? I is konfius.

Apapun, happy deepavali to all hindu.

#entrisempenacutideepavali:D


Qaseh Gold: My Own Experienced


Assalamualaikum.

I selalu teringin nak jadi seller online.
Tapi dulu masalahnya i tak tahu apa produk yang i nak jual.
Lepas tu selain masalah produk, ada masalah kekangan modal jugak.
Duit if i simpan untuk modal, selalu terguna untuk benda lain.huhu

Lagi satu i takut setakat hangat hangat taik ayam.
I sendiri rasa tak konfiden dengan diri i.
Selalu terasa diri i ni seswai jadi pembeli on9 je kot.
Tang nak jual tu bagi je kat orang lain.hehe

Sampaila one fine day tu i terbeli produk qaseh gold.
Bila i start makan, ada perubahan yang i boleh rasa.
Mulanya i beli untuk supplement sebab i tengah ber'ttc.

Tapi bila i start consume qaseh gold, masalah resdung/selsema/susah nak tidur malam completely stop.
Suami pulak cakap dia lebih rasa bertenaga. So takde masalah nak berulang kerja jauh jauh dengan motor, n malam nak buka kedai lagi. 
Tapi yang paling penting, bila comsume qaseh gold ni, hubungan intim suami isteri memang ada perubahan sangat sangat. 
That's why la sesuai sangat if ada pasangan yang tengah berusaha nak produce baby. :D

So i ada join la satu grup wasap untuk dropship qaseh gold.
Tapi masalahnya i tak buat iklan pun.hehe
Tak reti.
Bila tengok orang lain buat page, buat iklan, macam best ni.
I ni memangla bab bercakap, mengalahkan bertih goreng tapi rasa tak reti pulak nak beriklan gitu gini.
Cuma adala i dok cite kebaikan produk ni kat kawan kawan.
Rasanya kena tunggu one fine day la kot.
Tunggu i betul2 bersedia nak jadi online seller.hehehe

Apapun, if nak tahu pasal produk qaseh gold ni, boleh sms/wasap je i...Muis 010-9294038.


Qaseh gold pemakanan sunnah.
Next entri i akan share the benefits pulak.
Stay tuned ek :D



the files of young kindaichi


Assalamualaikum.

Selama i dok langgan channel variety, takdenya i nak layan channel 715, animax.
Memangla i minat komik, tapi takdela semua i tengok.

Tetiba malam ahad ritu terbukak channel animax n nampak ada cerite penyiasat remaja.
If sesape minat komik, konfem tahu pasal komik penyiasat remaja, hajime kindaichi.

I dulu memang membesar dengan komik.
Kami adik beradik semua jenis minat komik.
Penyiasat remaja, mutiara naga dragon ball, great teacher onizuka (GTO), ujang, gila gila..macam macamlah.
Nampaknya minat i ni sampai ke tua la gamaknya.huhu

Tapi adik yang cikgu tu lagi gila komik. Segala jenis komik dia beli n baca.
I pilih yang best je, dan selalunya i tak beli.
Baca yang dia beli je.hehehe
Tapi penyiasat remaja ni memang faveretla.
Komik dia pun i asik dok ulang baca je.
Rupanya ada main kat tv?
Apalagi! Harusla kita menonton kan? Hihi
Malam ahad tu memang 2 jam lebih non stop i layan si hajime ni.
Memang tak tukar channel lain dah.
Nasib baik ada english sub. Syukurrrrr.
Kalau tak sepatah haram i tak faham apa dia cakap.

Rupanya ahad tu dia ulangan untuk semua episod yang main sepanjang minggu.
Disebabkan new episod pukul 11.30 malam, so tunggu ulangan jelah ahad malam.
Lagi best sebab dapat tengok direct je.

Malam tadi dah wasap adik tanya pasal cite ni.
Katanya dia ada cd n movie.
Bagus.
Nanti tunggu dia balik cuti sekolah bolehla ambik.



Tengok kat tv rupanya lagi best dari baca komik.
Time part saspen tu kemain lagi bunyi.
Tanjat gegirl tau.
Dahla cite ni dalam bahasa jepun, best je dengar kuat kuat.
Takpe, laki takde nak tegur i.kihkihkih





Tuesday, October 21, 2014

Holiday Villa & Suites, WCY.


Assalamualaikum.

Meh nak story sikit pasal Hotel Holiday Villa & Suites ni.
Salah satu cawangannya di Kota Bharu nilah
If bukak website katanya 4 bintang. Ye ke?

So untuk launching new program hari ni, mrs boss pilih untuk buat kat sini.
Next month ihtifal pun akan dibuat dekat sini jugak.
Petang jumaat, sampai sana lebih kurang pukul 5pm.
Mrs boss sewa 3 bilik untuk kami, 15 orang, so satu bilik untuk 5 orang.
Lepas sampai sana baru dapat tahu i dengan cikji akan sebilik dengan geng admin.
Bagus. Molek sekali pilihan mrs boss.hehe



Lobi hotel. Tak besar pun ruangannya.
Tiang besar tu macam menyemak je. If ada event apa apa, dia just tampal dekat signboard beroda tu. Macam pelik je.



Ruang menunggu ada 1 ni je.
If penuh, berdiri jelah kat situ.


Bilik kitorang dekat tingkat 6, tapi bila nak masuk tengok bilik masih tak berkemas.
Cadar tak kemas and sampah masih ada.
Maknanya lepas orang last chekout, housekeeping belum kemas rupanya.
Masa tu dah pukul 5 lebih kot.
Kan checkout biasanya 12pm. Kemain lama nak ambik masa nak kemas bilik.

Dahla kami ni datang barang banyak.
Dengan barang sendiri n barang tadika lagi.
Then, pihak hotel cakap tukar ambik bilik kat tingkat 5.
Kemain lagi dorang cakap bilik ni dorang bagi harga lebih murah if nak compare dengan bilik asal.
Katanya lebih mahal sebab bilik deluxe dengan view la konon.
View apanya, nampak belakang hotel ada perumahan n kilang apa ntah.
Kalau setakat view macam tu, baik tak payah ler.

Disebabkan penat nak kedai turun naik lif beralih bilik dengan mengangkut barang lagi,
so gambar bilik tak snap pun.
Tak sempat sebab bilik terus dilambakkan dengan barang barang persiapan majlis.
Takpela, nanti boleh google sendiri ye.

Mulanya mrs boss nak tambah lagi satu bilik, tapi bila difikirkan tak payahla kot.
Dewan yang kami sewa tu kebetulan malamnya ada dinner so dalam pukul 12 baru boleh masuk hias dewan.



Sampai sekarang rahang belah kiri i sakit.
Tiap kali menguap, bunyi rahang berlaga.
Kalau nak mengunyah kacang pun rasa sakit.
Rasanya ada 2 sebab.
Pertama sebab dok tiup belon banyak sangat.
Kedua sebab dok menguap sampai 2.30 pagi.
Masuk bilik tidur dah 2.30 pagi, pukul 6 dah kena bangun sebabnya pukul 7 nak breakfast lagi, pukul 8 dah kena ada kat dewan.



Selfie dulu dengan baju korporat baru.
Muka je kembang, badan nampak slim je.kihkihkih.
Walaupun tidur dekat nak pukul 3, tapi masa ni sebelum 7 pagi dah siap.
Disebabkan malam tadi tak cukup tidur, so mrs boss belanja buffet breakfast kat hotel je. ;D




Lagenda Restaurant.
Keluasan biasa biasa je n makanan pun biasa biasa je.
Rm20/head tapi tak banyak pilihan pun.
Yang i ingat cuma ada nasi lemak, nasi goreng, kuetiow goreng, bubur nasi, cereal, roti bakar, sosej, french toast, baked beans, fruits. Tu je.



I ni hantu bubur nasi. 
If breakfast hotel, mula mula sekali mesti i akan makan bubur. Biasa bertambah la. 
Tapi dekat sini, buburnya memang serius tak sedap. 
Dahla garnish tak cukup, yang penting sekali buburnya sejukkkkkk sangat. 
Sikit pun tak panas. I is pantang dengan benda sejuk ni. 
2 suap je kot i makan bubur ni pastu tolak tepi. 
If makan dekat cameron dalam suhu sejuk pun bubur kemain panas, ada ke patut hidang guest bubur sejuk. 
Ingat baby je ke makan bubur?huhuhu
Nasib baik orang belanja, sabor jelah.



Dah bubur tak boleh nak makan, i ambikla nasi lemak.
Hmmmm, pun tak memuaskan hati jugak.
Nasi sejuk, ikan bilis saiz gedabak, sambal biasa biasa je.
Timun pulak if kat rumah, i sendiri tak beli timun tua biji besar tu.
Blogger fillanie pun rumah dia makan timun jepun.
Ni makan hotel kot? Aduhaiiii.
Maapla kalau membazir tapi nasi lemak ni pun i makan 2,3 suap je.



Nasib baikla ada french toast dengan baked beans ni.
Mula mula i ambik 2 keping je french toast.
Tapi lepas tu masa nak ambik air nampak dia baru refill french toast panas berasap lagi.
So i ambik lagi sekeping. Alamak, yang panas ni makin sedap la pulak.
Sapu je butter terus cair.
apalagi i angkut la lagi, last last 7 keping french toast masuk perut.
Sapu dengan jem marmalade, blackcurrant n butter, nyumssss. Puas hati.
Nasib baik masa tu perut dah rasa penuh n kami kejar masa.huhu



Geng sekutu.
Geng lain kite tak campur ek.hehehe


Then, terus bergegas ke dewan.
Program siap dalam pukul 12 la kot lebih kurang.
I kena jaga kaunter pendaftaran pelajar baru.
So bila dah setel semua, cepat cepat keluar cari makan.
Tapi semua makanan macam dah kering je, so i is malas nak snap gambar.
Masa tu yang ada cuma mihun goreng, ayam goreng dengan fruits je.
Makan jelah apa yang ada.huhu

Gambar masa program tak dapat lagi dari OP.
So sampai sini jelah entri kali ni.




Tuan tanah dengan kasut baru.
I is sempoi je.
Seluar aladin, baju t muslimah, sling beg, done!
Pakai kasut baru ni tak tutup parut kat kaki.
Dah beli stokin tapi malas la pulak nak pakai.
I selambe je.




My new pair.
Disebabkan kasut lama dah macam nak rosak, so baik cari yang baru je.
Brand BATA je pun ni.
Tapi kasut memang best. Ringan, lembut n selesa.
Harga pun murah je rm55.90
Walaupun i biasa pakai saiz 6, tapi untuk design ni kena ambik saiz 5.
Maapler kulit berparut.
I is ada masalah kulit sensitif.
Sape kenal i tahu ler.
Nampaknya nak kena start pakai sarung kaki ni.
Alang alang nak tutup parut boleh jadi muslimah terus.hehehe

Eh, dari nak cite pasal hotel, tercerita pasal kasut pulak. :D
Okay, jumpa lagi ye...daaaa






Saturday, October 18, 2014

Orange Foodcourt, WCY.


Assalamualaikum.

Hai hai hai.
Kali ni i bersiaran dari hotel holiday villa, wcy.
Esok kami ada launching new program, so malam ni semua stay tidur hotel.
Sebabnya tengah malam ni, dalam pukul 12 baru dapat masuk dewan untuk persiapan event esok.
So sekarang ni masih dok lepak lepak dalam bilik.

Sampai hotel dalam pukul 5 lebih.
Terus check in dan masuk bilik.
Lepas short briefing dengan mrs boss, kami keluar makan jap.
Dari pagi tadi i just makan laksam je, so memang i rasa lapar sangat sangat sangat.
Nasib tak kebulur je.

Kami keluar makan pun dekat dekat situ saja.
Lagipun transport kami kaki je, malas nak pegi makan jauh jauh hehe.


Walaupun kebulur, moh kite welfie dulu.
Hukumnya harusss.hehe



Kedainya okla, bersih n besar.
Depan sekali ada stall nasi kukus n bermacam lauk.
Kat tepi tepi ada stall macam abc, somtam, jenis soup.
Walau cikji cakap nasi kukus dia sedap, tapi i memang dah rasa nak makan nasi dengan tomyam.



I order tomyam putih, nasi n telur dadar.
Untuk semua ni termasuk air tea o ais laici harganya rm9.50.
Okayla kot. Tak mahal n tak murah sangat, tapi ada je kedai lagi murah.
Makanan pun rasanya boleh tahanla.
Sedang elok dengan selera i, so licinla semua tu.hehe




Teringin nak makan abc tapi selalunya tak habis. So berbelah bagi.
Tapi cikji cakap dia nak tapau nasi kukus, so dia order abc n share dengan aku je.
Bila i try, memang sedap abc ni.
Cukup manis n banyak bahan dalamnya.
Cuma takde aiskrim je.




Nasi goreng pataya cik afida punya. I ngap sikit. Boleh tahanla.
Then, hazirah n rubi order tomyam merah. Pun sedap jugak cuma pedas.

Kedainya overall okayla. Cuma tak tahula kenapa dengan pelayannya.

Order 2 teh o ais laici, tapi yang datang 2 teh o laici.
Order 1 mangkuk abc, tapi yang datang 2 mangkuk abc.
Order tomyam ayam, tapi yang datang tomyam campur.
Order 2 portion tomyam ayam, tapi yang datang 1 mangkuk big portion untuk 2 org makan.

Mabuk ke hapa masa ambik order? Lain yang diorder lain pulak yang datang.

Tapi kalau tengok, memangla pelayan tu nampak selebet sikit. Dengan rambut agak panjang n pakaian yang tak kemasnya, alahaiiiii. Tapi if nak makan area situ lagi, bolehla singgah situ lagi.

Okayla nak cite tu je. Next entri nanti pasal hotel holiday villa pulak. Dah ngantuk, nak tido.hehehe. babaiiiiiii





Thursday, October 16, 2014

malam jumaat keliwon


Assalamualaikum.

Malam ni tidur rumah mak. Sebabnya suami takde. Pagi tadi dia dah gerak ke Sabak Bernam. Ada sukan tahunan jabatan akauntan negara. So malam tadi packing siap siap 2 bag, my hubby n i. So petang tadi tumpang makcik je balik rumab mak. Tapi makcik singgah tengok sedara kat husm, so i sampai rumah dah dekat pukul 8malam.

Belum sempat mandi n tukar baju, tetiba ayah ajak temankan dia nak pergi rumah orang nak mintak tolong buat solat hajat untuk sedara yang dalam icu tu. Ayah sebenarnya ajak mak. Tapi mak cakap dia penat so ayah ajak i je. Rupanya dia takut sebab rumah yang dia nak pergi tu kena lalu kubur.huhuhu

Kebetulan kereta takde adik guna, so i naik motor jelah dengan ayah. Dia malas nak keluarkan motor, so just guna motor buruk yang lampu depannya menyala ala ala manja gittew. Mak sempat lagi pesan bawak motor elok elok. Risau lettew.hehe

Masa kat jalan besar okayla lagi sebab ada lampu jalan. Tapi bila masuk je simpang jalan ke kubur tu punyalah gelap. I is cuak dah masa tu. Lampu motor ni pulak kalau bawak perlahan makinla dia tak menyala. Ayah pulak rabun. Jalan pulak tak elok. Hah? Apalagi....

Nak dijadikan cerita elok je lalu tepi kubur n lepas selekoh, motor mati. Dengan keadaan gelap gelita. Nasib baik i ni jenis cool, so i diam je. Mata memang tak melilau pun. Ayah sambil merungut cuba hidupkan motor balik. Lepas 2x try, nasib baikla enjin hidup n lampu menyala terang.

Kalaula masa tu elok je lampu menyala suluh ke depan n ada makhluk, memang sah i pengsan kat situ. Tak ke keje gila malam malam jumaat motor mati betul betul tepi kubur? Mengalahkan drama tanah kubur dah ni. Nasib baikla lepas motor hidup, depan tu sikit je rumah orang tu.

Alahai, kenapalah nak buat rumah tepi kubur.huhuhu

Otw balik memangla akan lalu situ lagi. Kali ni i dah pesan siap siap kat ayah bawak laju laju sikit barula lampu menyala. Bila lampu menyala terang sikit barulah nampak jalan n kejap je dah lepas area kubur. Tak jauh pun jaraknya dalam 1 selekoh je pun tapi tulah, dah nama kawasan kubur kan?

Ayah yang keje bilal pun rasa cuak, inikan i yang kurang ilmu agama ni.huhuhu





Saturday, October 11, 2014

Nasi Kak Wok

Assalamualaikum.

Petang ni tetiba je hujan. Best. Sebab cuaca panas dah jadi sejuk.
Cuma yang tak bestnya bila hujan perut jadi lapar lapar la pulak.
Baru je pukul 12 tengahari tadi i makan nasi kak wok dengan suami.
Ni lapar lagi? Ish ish ish.
Tapi i ni memangla dari dulu jenis macam ni.
If makan cepat kenyang, pastu cepat lapar balik.
Tangki kecik je.

Nak cite pasal nasi kak wok je pun.
Sape orang kelantan if tak tahu nasi kak wok tak tahu ler nak cakap.
I pun tak tahu dari bila start glamer nasi kak wok ni, tapi memang dah lama la.
Rasanya kedai asal nasi kak wok di orang cakap belakang kbmc kot.
Maap ye kalau silap.
Tapi i memang tak pernah makan sana.

3 tempat yang ada cawangan nasi kak wok i pernah makan cuma dekat area billion, kubang kerian n pasir tumboh.



Yang ni kedai nasi kak wok dekat area billion.
Original atau tak i tak tahu tapi yang ni serius sedap.

Ingat masa suami i dok berulang ke husm untuk fisio lepas dia operate lutut, dari husm i sanggup drive patah balik menghala ke kb semata mata nak makan nasi kak wok ni.

Mak i bab makan cerewet.
Bagi dia, semua yang orang masak tak sedap, konon dia jela yang pandai masak, tapi gulai nasi kak wok ni dia cakap memang sedap.
Last time yang i singgah makan sini, ada jugak lauk ikan keli goreng. Nyumss. My faveret tu.

Lepas tu bila i sekarang kerja kat pasir tumboh, punyala banyak kedai nasi kak wok.
Ada 3 buah kedai.



Yang ni dari kedai nasi kak wok yang latest bukak di pasir tumboh.
Katanya original kak wok tapi ejaan dekat signboard kedai, untuk ejaan wok tu ada double o. Kak wook.
Rasanya boleh tahan la tapi i tak gemar sebab kuahnya sedikit manis.
Haritu i beli kuah campur, sangatla manis untuk gulai sampaikan i tak boleh nak habiskan.
Jadi muak. Orang kelate cakap ngetak bulu.hehe

Dalam jarak lebih kurang 50, 100 meter, ada lagi 2 kedai nasi kak wok.
Both i pernah beli sekali, tak sedap if ikut i punya selera.
Then, dulu pernah ada satu kedai, dia tak claim as nasi kak wok tapi nasi ala kak wok.
Tapi rasa memang terbaik.
N i dont care if bukan ori nasi kak wok pun.
Asal sedap sudah.
Tapi sekarang kedai tu pun dah tutup.
So tinggal kenangan jelah nak makan nasi ala kak wok paling sedap tiap hari.huhuhu

Masa raya haji ritu, adik yang stay kl tanya kat mana kedai nasi kak wok.
Nak bawak kawannya budak kl pergi makan situ.
Ntah dia pergi ke tak i tak tahu.
Tapi rasanya kat kl pun ada cawangan nasi kak wok ni.
Pernah nampak kawan check in kat fesbuk makan nasi kak wok.
Tapi i tak surela pulak kat mana.
If nak tahu boleh google sendiri tau like je page nasi kak wok original.
I pernah nampak kat news feed fesbuk dulu.
Meletop gittew nasi kak wok.

Org yang nama wok ni memang ditakdirkan glamer ke?
Nenek yang dulu glamer masuk paper sebab kawin dengan lelaki 30an tu nama wok jugak kan?

So, sesape nak anak dia glamer, sila namakan anak u'ols wok ye.hihi

Wok Adelia Qistina...
Wok Amelia Qaisara..

Hah, kan glamer nama tu?
Sape nak, boleh ambik nama ni. I izinkan. ;D
Dah tak payah susah susah fikir nama untuk 2 orang anak.

Macam kakak i, nama anak anak dia,

Rezza Akasyah.
Rezza Rafhan.
Rezza Faiq Aqil.

Btw, i'm just kidding.hihi.
No offense ye...takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal. Peace!




Friday, October 10, 2014

Ke-26.


Assalamualaikum.

Hari ni i kena ganti kelas tuisyen, dua kelas pulak tu.
So i is penat. Dahla cuaca panas.
Sampai rumah dekat pukul 12noon.
Suami cakqp nak singgah pasar beli lauk ke tak
Tapi i cakap tak payahla.
Masak je apa ada dalam peti sejuk.
Ada lagi ayam, daging n telur ikan.
Cukupla tu.
Ingat nak buat tomyam tapi daun limau purut takde.

Sampai rumah i terus mandi lagi sekali.
Jemur baju n sapu sampah.
Kejap lagi nak masuk dapur pulak.
Petang sikitla kot baru buatnkerja.
Kalau panas n tak selesa, i memang malas buat kerja.
Rasa nak baring depan kipas je.hehe

Sebenarnya i nak cite pasal anak buah yang baru.
Anak abang yang duduk perak.
Dah 4 bulan pun baru dapat jumpa.
Ritu masa kakak ipar lepas bersalin, mak ayah je pergi perak.

So raya haji tahun ni, dapatla jumpa.




Muhammad fateh al zikri.
Kalau tak silapla.hihi
Lupa dah masa kakak ipar bagitau nama penuh dia.
Kitorang dok panggil fateh je pun.

Shomel kan anak sedara i yang ni?
Dahla comel, perangai pun baik sangat.
Sepanjang i stay n bermalam rumah mak, sekali je kot i dengar dia nangis.
Tu pun sebab tersedar dari tidur.
Pastu bila i usik usik dia asik sengih sengih je.

Masa kat rumah makcik, ada orang tanya anak sedara sulung ke?
Sebabnya nampak i ralit sangat dok main dengan dia.
Terus i gelak.
Anak sedara sulung la sangat.
Si fateh ni dah dapat no 26 pun.
Anak sedara sulung i dah umur 24 tahun pun.
Anak abang sulung.
Dah habis ijazah dah nak kawin pun.hihihi

In sha Allah awal tahun depan akan dapat lagi sorang anak buah.
Kakak cikgu isroha tengah mengandung sekarang ni.
Dah 6 bulan kot.
Tapi i tak tau lagi jantina boy ke girl.
Tapi famili i ni baka boy lagi kuat.
Dari 26 orang anak buah, 10 je girl. Lagi 16 boy.

I nanti kalau dapat baby, kalau boleh nak girl.
Nak kumpul girl untuk kalahkan team boy.hehe
Tapi tak kisahla kot.
Asal dapat baby dah syukur sangat sangat.

Btw, suami i dah buat sperm test khamis lepas.
Resultnya alhamdulillah semua ok.
Bangga je suami dok cite kat i petang tu.
Pastu suami cite cane masa dia kat klinik tu.
Punyala kelakar, i tergelak sampai lenguh mulut.
Tapi overall, kami gembira sebab masih ada harapan untuk kami dapat baby.
Anggapla sekarang ni masih belum ada rezeki.
In sha Allah kami ok je ;D





Thursday, October 09, 2014

my suami n i

Assalamualaikum.

Malam ni, suami i ngengada je.
Sebelum maghrib macam biasala i tanya nak makan tak?
Nak makan nasi ke megi? Takpun jom makan luar, i belanja.
Tapi, dua tiga kali tanya asik dok biar dulu, biar dulu.
Kengkonon penat baru balik main bola.
Padahal bukan susah pun, jawab jelah nak ke taknak. Setel.

I ni bukan apa.
I suka masak siap siap.
If lepas mandi n tukar baju nak kena masuk dapur, habisla i berpeluh balik.
Nanti baju mesti bau bawangla, samballa.
Satu kerja pulak i nak kena sembur perfum sebelum tidur.
Tapi memang tetiap malam sebelum tidur i pakai perfum.
Sebabnya suami suka perfum.
Dahla malam ni malam jumaat! Eh, tetiba pulak.hehehe

So i mandi jelah n solat maghrib.
Masa tengah mandi, diusiknya pulak i ni.
Terkejut badak i.
Terus terkeluar tengkingan ala ala manja gittew.
I cakap b! je pun, tapi dengan garangla.
Dah terkejut kan. Kiranya tindakan refleks la tu.

Dia tak tau ke i ni garang?
Dan i paling tak suka orang usik usik sampai i terkejut.
Menyampah tau.
So i is badmood kuasa dua.

Tetiba lepas i siap solat, suami cakap ayah mertua kena langgar dengan motor masa otw nak pi surau.
I tanjat la jugak.
Suami pulak sempat lagi cakap kat i..

"Amboiii, sedap lepak dalam bilik. Ayah kena langgar motor nape tak pergi tengok?"

Ler, ada pulak cenggitu.
Dah takde orang cakap manala i tahu.
Bukannya i solat maghrib dekat surau tadi.

Tapi i malas nak layan suami i ni.
So selaku menantu mithali, i bergegas keluar nak tengok keadaan ayah.
Tapi masa tu ayah dah otw ke klinik pun.

Then, lepas dia solat suami pulak cakap nape tak masak nasi.
Pulak dah. Tadi kata taknak makan.
Ntah mana satu yang betul.
Memang i dah rasa badmood n malassss sangat sangat.
Tapi takkan nak keluar makan luar pulak kan?
So redha jelah masuk dapur.

I tanak nasi n buat 2 lauk je.
Sambal ikan bilis n daging goreng kunyit.
Suami suruh goreng ikan pekasam tapi i malas.hihi
Lepas tu masa i dok masak suami nak gurau gurau lagi.
Tapi i takde mood tau nak melayan.
So i cakap dengan lemah lembut kat dia.

"B..sayang malas la nak layan b. Sayang kan tengah badmood ni."

Kata i sambil mengacau sambal dalam kuali.
Tetiba lepas tu masa goreng daging, tetiba gas habis.
Aduhaiiii, double menyampah.
Dahla perut i dah bercerot lapar, nak kena tukar gas pulak.
Dipendekkan cerita, lepas setengah jam lebih kot, barulah setel semua.

Suami lagi over, i baru je nak angkat periuk nasi, tak sempat nak panggil makan pun, dia dah ajak makan.
Lapar lettew.
Dahla i buat lauk faveret dia, harusla dia cair dengan masakan hebat i malam ni. :P



Sedap sangat ke sambal i ni?
Sampai tak sempat nak snap gambar dah licin.
Ni baki sikit lagi je tinggal.
Bolehla i ratah sebelum tidur nanti.hehehe

I buat sambal ikan bilis ni lagi banyak dari daging tapi of kos la yang ni lebih laku.
Suami i memang hantu sambal ikan bilis ataupun ikan bilis goreng.
Cuba kalau i masak satu lauk ni je, konfem dia tak komplen.
So, kalau i beli barang dapur selalunya ikan bilis pun masuk listla.
Ikan bilis pun i beli yang good quality n mahal sikit.
Almaklumla kegemaran suami kan?
Konfem banyak pahala i dapat nanti ;D

Suami i jarang puji i masak sedap ke tak.
Tapi kalau nasi bertambah, assume sedap jelah kan?
Jangan merajuk pulak kalau suami tak puji.
Dapat suami hati kering, u makan hatila sengsorang.huhu
Tapi sambal malam ni dia cakap macam nilah rasa crunchy ikan bilis yang sepatutnya.
Sebabnya malam semalam, i goreng ikan bilis campur bawang n lada, i tersilap angkat sedikit awal, so ikan bilis tu tak sempat betul betul garing.

Honestly, goreng ikan bilis lagi susah dari goreng protein lain.
Bagi i lah. Orang lain i tak tahu.hehe

Kesimpulannya, suami i suka makan lauk simple je.
Tak payahla beriya nak masak itu ini, if dia tak makan, i nanti yang makan hati.huhuhu
Okay, tu je i nak membebel malam ni. Babai.

#buangtebiatnakber-iupulakmalamni




Wednesday, October 08, 2014

soalan cepucemas

Assalamualaikum.



Anak saudara aku.
Anak cikgu ismira yang duduk kat jerteh.
Nama Rezza Rafhan tapi kami panggil Achik je.

Tiap kali dia balik n jumpa aku, adaaaaa je soalan soalan cepucemas yang dia bagi kat aku. Selalunya mesti berkaitan dengan kenapa aku tak beranak, kenapa aku tak ada baby.

Macam raya hari tu, bukan soalan, tapi macam dah kena interview dah aku ni.

"Orang lain semua ada baby. Nape cik inie takde baby?
Dah berapa tahun cik inie kawin?
Nape suami cik inie panggil poknik?

Lepas tu bila aku bagitau aku kahwin 2011,
siap kira lagi dah berapa tahun aku kawin.huhuhu


Aku dok posing posing depan rumah.
Dia duk tengok tengok.
Tup tup..
"Cik inie ngandung ko? Perut napok buncit tu.." T____T

I is sad.
Effect baju je tu.
Please jangan tertipu hokeh.
#nangistepikete.


Sunday, October 05, 2014

muis's eiduladha 2014




Assalamualaikum.

Selamat hari raya aidiladha.
Aku cuti raya 2 hari je, esok dah mula kerja.
Nasib baik raya tahun ni jatuh hari ahad isnin, so dari jumaat lepas dah bercuti.
4 hari tak payah pergi kerja? Heaven!

Bangun pagi tadi, aku sedikit badmood.
Pembawakan dari yang malam tadila.
Badmood dengan suami.
Janji nak datang ambik, tapi dia sorang je jaga kedai, so lambat datang.
Aku ni dahla jenis morning person.
Petang dengan malam if tak kena gaya, mudah badmood.

Kalau dah malam aku still tak mandi, tak boleh tukar baju, tak boleh masuk tidur macam yang aku nak, memang aku akan badmood.
Dahla dari tengahari duduk rumah mak, dengan bebudak ramai, eei tension betul.
Tapi kesian jugak kat suami, so mintak kakak je hantarkan.
Sampai rumah terus mandi tukar baju n terus tidur.

Okay, berbalik cerita raya.
Walau badmood, raya tetap raya kan? Hehe
So lepas subuh aku terus siap siap kemas kat ruang tamu nak hidang makan.
Sapu sampah sambil dengar takbir raya.
Satu channel je kot pasang takbir raya.
Yang lain sibuk dengan rancangan ntah hapa hapa.
Dahla boleh dengar takbir 2x setahun je.
Sunat tu kot bertakbir pagi raya.

Raya haji ni aku just hidang mee kari je.
Kuah mee kari buat malam raya tu kat rumah mak.
Aku siapkan semua bahan n kakak ajar.
Kiranya kuah mee kari ni hasil air tgn kami bersamala.hehe
Nanti aku nak share resepi berdasarkan apa yang aku buat malam tu.


Ntah complete ke tak mee kari aku ni.
Tahun ni sembelih lembu mertua belakang rumah je.
So, sementara menunggu tu suami ajakla naik rumah.
2 bungkus mee je pun aku sedia, sebab memang tak bajet pun orang nak datang.
Sebelum ni sembelih kat padang depan rumah, so takde orang datang sangat.
Aku pun tak sempat makan mee kari, dah licin sekejap je.
Takpelah, tetamu tu kan pembawak rezeki.




Ada jugak cheese kek dengan cheese tart.
Licin jugak.
Maklumla, barang sedap cepat je laku.
Nasib baik ada kakak pandai baking.hehe



Ada jugak biskut raya baki dari raya puasa hari tu.
Elok lagi sebab aku simpan dalam bekas kedap udara.
Then aku letak jugak silicon gel so biskut ni memang tak berkulat pun.

Dalam pukul 12 lebih suami siap siang daging.
Dia suruh aku balik dulu rumah mak sebab if tunggu dia takut lagi lewat.
Nanti dia datang kendian dengan motor je.

So aku masuk bilik tukar pakai baju raya.
Kemas baju basahan sepasang then terus balik rumah mak.
Tapi tahun ni abang abang semua buat korban lembu pakcik.
Jadi singgahla rumah pakcik dulu.
Ada laksa. Nyums...faveret aku!
Baru je nak makan laksa, kak ipar dah angkat hidangan masuk dapur.
Lauk makan tengahari pun dah siap, so makan nasi jelah.


Hidangan biasa masa raya haji.
Singgang tulang.
Daging goreng kunyit.
Ada jugak perut ais asam.
Telur masin.
Acar timun.
Rebung n budu.
Tembikai.

Aku makan sikit je tak bertambah pun.
Tak berapa kena dengan selera.
Daging tawar tak rasa garam.
Acar pulak manis je takde rasa masam masin.
Tapi yang lain okay.
Yess, memang aku cerewet n suka komplen.hehe

Later balik rumah mak.
Rehat, sembang, tengok tv.
Malam ni tak tahu nak balik jelawat ke nak tidur rumah mak.
Anak anak buah semua dah takde.
Tinggal satu famili abang n adik je.
Abang pun anak dia yang besar sorang je.
Sorang lagi baby.
Shomel sesangat. Macam makciknya la.hehehe


Tak percaya?
Kan sama shomelnya tu.. :P



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...