Wednesday, October 01, 2014

diet n timbang


Assalamualaikum.

Berbalik pada enteri lepas kengkononnya, start minggu ni aku nak diet.
Malam kengkononnya nak makan buah je.
Siang hari nak makan nasi sekali je.
Takde maknanyaaaaa.....

Rehat pukul 10 macam biasa aku makan nasi bungkus.
Tengahari makan ringan ringan je.
Then dalam pukul 3,4 aku makan nasi lagi sekali.
Malamnya makan buah, tapi rasa macam tak kenyang.
So kalau tak masak nasi, aku makan megi.
Sama je, karbohidrat jugak semua tu.

Niat aku tu memangla suci murni, nak kuruskan badan.
Sebab makin lama memang rasa makin berisi.
Baju dress yang dulu saiz 42, longgar di badan sekarang ni bila pakai molek terletak.
Yang saiz 40 bolehla muat muat lagi.
Tapi yang saiz 38 memang dah jadi macam pembalut nangka.hehehe

Tapi nak laksanakan niat dan plan aku tu?
Fuhhhh, memang rasa berat sangat sangat.
Tiap hari aku berperang dengan perasaan nak kurangkan makan, nak kurus, nak diet.
Tapi kesudahannya selera makan tu mengatasi segala.
Lepas makan siap menyesal lagi tu.

Sekarang barulah aku faham macam mana perasaan orang yang gemuk.
Tambahan if dorang dibuli, dikutuk, dipandang hina oleh orang lain.
Lagilah perasaan nak kurus tu membuak buak kan?
Sebab tu ada yang sanggup ambik jalan mudah, bahayakan diri.
Makan ubat, suntik itu ini, sampai pernah ada kes yang maut tersilap suntik kolagen la, apala.
Semata mata untuk cantik, untuk kurus.

Tapi aku takdela sampai macam tu terdesaknya.
Dengan berat sekarang ni pun, masih berat ideal, tapi tulah perempuan kan?hihi
Tapi rasanya, salah satu sebab aku kuat makan sekarang ni rasanya sebab aku ni suka sangat tengok rancangan masakan.
Mastercheflah, My Kitchen Rules lah, Top Chef lah.
If takde reancangan realiti tv, aku tengok tengok AFC pulak.
Paling aku suka Best In The World.
BIla tengok pengacara si Razif tu makan,
memang nampak macam semua sedappppp je!

Macam malam semalam, aku tertengok cite Marion In Thailand.
Sebelum habis, adala dia tunjuk si Marion tu masak Thai Fried Rice.
Jam tu jugak aku teringin nak makan nasi goreng.
Terus wasap suami, suruh belikan nasi goreng.
Lepas suami balik ke kedai, aku ambik sudu dan makan depan tv je.
Tak sampai 10 minit kot, habis licing nasi goreng tu aku ngap.hehe



Bila siap makan, snap gambar terus wasap suami.
Biar dia rasa berbaloi balik hantar makanan kat bini.hehe
Then, lepas makan sambung layan korea kejap. 
Lepas tu terus masuk tidur. 
Sekarang ni if aku masuk tidur pukul 12 ke atas, susah nak tersedar masa suami balik. 
Dia asik membebel je lama tunggu aku nak bukak kan pintu bilik.
If dulu, dengar je bunyi enjin kereta
atau dia mengemas kat dapur, terus terjaga. 
Tapi la ni, bininya tidur mati.hihi




Semalam, bebudak kat tadika ni beli penimbang.
Share sorang rm3.
Bila timbang, terkejut badak aku.
Tengok berat dah cecah 60kg.huhu
Terus semangat nak berdiet meluap luap.
So malam tadi, makan tomyam je.
Aku tambah lauk ayam, udang, sotong n sayur.
Mihun ada tapi aku tak makan pun, buang je.

Tapi hari ni, masa kat klinik bila timbang,
berat aku 58.4 kg je pun, bukan 60kg.
Tapi naikla 1.5kg dari last datang klinik ritu.
Yang di klinik di penimbang digital, lagi canggih.
So better aku percaya yang ni kot.
Penimbang dekat tadika tu, tipu.  ;P



1 comment:

May said...

Healthy diet is really good for the body...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...