Ke-26.


Assalamualaikum.

Hari ni i kena ganti kelas tuisyen, dua kelas pulak tu.
So i is penat. Dahla cuaca panas.
Sampai rumah dekat pukul 12noon.
Suami cakqp nak singgah pasar beli lauk ke tak
Tapi i cakap tak payahla.
Masak je apa ada dalam peti sejuk.
Ada lagi ayam, daging n telur ikan.
Cukupla tu.
Ingat nak buat tomyam tapi daun limau purut takde.

Sampai rumah i terus mandi lagi sekali.
Jemur baju n sapu sampah.
Kejap lagi nak masuk dapur pulak.
Petang sikitla kot baru buatnkerja.
Kalau panas n tak selesa, i memang malas buat kerja.
Rasa nak baring depan kipas je.hehe

Sebenarnya i nak cite pasal anak buah yang baru.
Anak abang yang duduk perak.
Dah 4 bulan pun baru dapat jumpa.
Ritu masa kakak ipar lepas bersalin, mak ayah je pergi perak.

So raya haji tahun ni, dapatla jumpa.




Muhammad fateh al zikri.
Kalau tak silapla.hihi
Lupa dah masa kakak ipar bagitau nama penuh dia.
Kitorang dok panggil fateh je pun.

Shomel kan anak sedara i yang ni?
Dahla comel, perangai pun baik sangat.
Sepanjang i stay n bermalam rumah mak, sekali je kot i dengar dia nangis.
Tu pun sebab tersedar dari tidur.
Pastu bila i usik usik dia asik sengih sengih je.

Masa kat rumah makcik, ada orang tanya anak sedara sulung ke?
Sebabnya nampak i ralit sangat dok main dengan dia.
Terus i gelak.
Anak sedara sulung la sangat.
Si fateh ni dah dapat no 26 pun.
Anak sedara sulung i dah umur 24 tahun pun.
Anak abang sulung.
Dah habis ijazah dah nak kawin pun.hihihi

In sha Allah awal tahun depan akan dapat lagi sorang anak buah.
Kakak cikgu isroha tengah mengandung sekarang ni.
Dah 6 bulan kot.
Tapi i tak tau lagi jantina boy ke girl.
Tapi famili i ni baka boy lagi kuat.
Dari 26 orang anak buah, 10 je girl. Lagi 16 boy.

I nanti kalau dapat baby, kalau boleh nak girl.
Nak kumpul girl untuk kalahkan team boy.hehe
Tapi tak kisahla kot.
Asal dapat baby dah syukur sangat sangat.

Btw, suami i dah buat sperm test khamis lepas.
Resultnya alhamdulillah semua ok.
Bangga je suami dok cite kat i petang tu.
Pastu suami cite cane masa dia kat klinik tu.
Punyala kelakar, i tergelak sampai lenguh mulut.
Tapi overall, kami gembira sebab masih ada harapan untuk kami dapat baby.
Anggapla sekarang ni masih belum ada rezeki.
In sha Allah kami ok je ;D





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM