Friday, October 03, 2014

nak jadi dj?


Assalamualaikum.

Otw balik rumah mak tadi, dalam kereta sempatla layan thr.
Dalam ralit dok dengar dj membebel, tetiba je terasa macam eh macam best je jadi dj ni.
Kerja just duduk je pastu membebel.
Macam senang je.
Gaji konfem banyakla kot.
Lepas tu glemer pun ada la seposen kot.hihi

Terus aku pun macamana ek nak apply jadi dj?
Tapi stesen yang glamur semua kat KL
Aku taknak duduk kl.
Kalau kat kelantan ni, Kelantan fm jelah.
Erk, boringnya.

Hah sampai ke situ aku dok layan kepala otak tak betul aku ni.
Drama sangat kan?hihihi.

Tapi rasanya aku seswai kot jadi dj.
Sebabnya aku ni suka sangat bercakap, bersembang, membebel.
If baca kat blog aku ni entri semua panjang panjang kan?
Samala if kat luar, mulut aku memangla asik pot pet je 24 jam.hihi

Aku ni kalau pagi pagi, jenis ceria. Petang n malam biasanya bad mood.
Suami pulak pagi pagi jenis badmood. Petang n malam dia okay je.
So pepagi aku ni bangun je tidur sambil nak siap pergi kerja, banyakla dok cakap itu ini, dok bagitahu suami itu ini.
Disebabkan banyak cakap  sangat, suami pun kadang kadang membebel la jugak kat aku.
Hah, kalau dia sound aku, barulah aku stop bercakap.
Tapi kejap je.hehe
Bila mood aku okay, hah hadapla bebelan aku ni ;P

Kadang kadang aku ada jugak terfikir, orang suka ke aku ni jenis cakap banyak.
Kadang kadang rasa jugak nak kurang bercakap.
Tapi susahla, dah habit kan.
Aku suka bercerita. Aku suka share semua benda dengan orang. Aku suka usik kawan kawan.
Dalam kelas pun, biasanya lepas baca doa, sebelum aku mula reading, aku akan membebel dulu dekat student.
Bukan bebelan marah pun, tapi biasanya bebelan nasihattttttt.hihihi

Okayla, berbalik pasal nak jadi dj tu, berangan je pun.
Takde maknanya orang nak ambik aku ni jadi dj.
Cakap banyak, kepala angin, keras kepala.
Kang sesaja je aku bergaduh dalam telefon dengan pendengar radio. wakaka







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...