Saturday, October 18, 2014

Orange Foodcourt, WCY.


Assalamualaikum.

Hai hai hai.
Kali ni i bersiaran dari hotel holiday villa, wcy.
Esok kami ada launching new program, so malam ni semua stay tidur hotel.
Sebabnya tengah malam ni, dalam pukul 12 baru dapat masuk dewan untuk persiapan event esok.
So sekarang ni masih dok lepak lepak dalam bilik.

Sampai hotel dalam pukul 5 lebih.
Terus check in dan masuk bilik.
Lepas short briefing dengan mrs boss, kami keluar makan jap.
Dari pagi tadi i just makan laksam je, so memang i rasa lapar sangat sangat sangat.
Nasib tak kebulur je.

Kami keluar makan pun dekat dekat situ saja.
Lagipun transport kami kaki je, malas nak pegi makan jauh jauh hehe.


Walaupun kebulur, moh kite welfie dulu.
Hukumnya harusss.hehe



Kedainya okla, bersih n besar.
Depan sekali ada stall nasi kukus n bermacam lauk.
Kat tepi tepi ada stall macam abc, somtam, jenis soup.
Walau cikji cakap nasi kukus dia sedap, tapi i memang dah rasa nak makan nasi dengan tomyam.



I order tomyam putih, nasi n telur dadar.
Untuk semua ni termasuk air tea o ais laici harganya rm9.50.
Okayla kot. Tak mahal n tak murah sangat, tapi ada je kedai lagi murah.
Makanan pun rasanya boleh tahanla.
Sedang elok dengan selera i, so licinla semua tu.hehe




Teringin nak makan abc tapi selalunya tak habis. So berbelah bagi.
Tapi cikji cakap dia nak tapau nasi kukus, so dia order abc n share dengan aku je.
Bila i try, memang sedap abc ni.
Cukup manis n banyak bahan dalamnya.
Cuma takde aiskrim je.




Nasi goreng pataya cik afida punya. I ngap sikit. Boleh tahanla.
Then, hazirah n rubi order tomyam merah. Pun sedap jugak cuma pedas.

Kedainya overall okayla. Cuma tak tahula kenapa dengan pelayannya.

Order 2 teh o ais laici, tapi yang datang 2 teh o laici.
Order 1 mangkuk abc, tapi yang datang 2 mangkuk abc.
Order tomyam ayam, tapi yang datang tomyam campur.
Order 2 portion tomyam ayam, tapi yang datang 1 mangkuk big portion untuk 2 org makan.

Mabuk ke hapa masa ambik order? Lain yang diorder lain pulak yang datang.

Tapi kalau tengok, memangla pelayan tu nampak selebet sikit. Dengan rambut agak panjang n pakaian yang tak kemasnya, alahaiiiii. Tapi if nak makan area situ lagi, bolehla singgah situ lagi.

Okayla nak cite tu je. Next entri nanti pasal hotel holiday villa pulak. Dah ngantuk, nak tido.hehehe. babaiiiiiii





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...