Thursday, October 02, 2014

penawar sakit kepala


Assalamualaikum.

Aku ni sebenarnya, memang dari dulu lagi mudah sangat sakit kepala.
If panas sangat, sakit kepala.
If keluar je, mesti sakit kepala.
Asal petang je, lepas penat balik kerja semua, pun sama jugak akan sakit kepala.
Lepas tu, kalau bau apa apa yang kuat mesti sakit kepala.
Contohnya bau durian.
If ada durian kat rumah, mesti aku bising n jadi tak tentu arah.
Lagi satu, aku akan sakit kepala if terbau benda yang manis.
Kalau pergi mall, lalu dekat gerai popcorn, mesti aku akan tutup hidung.
Jadi tak selesa dengan bau bau macam tu.
Perfum pun sama. If ada yang pakai perfum bau manis je, mesti kepala aku jadi pening dan sakit.

Sakitnya pulak bukan main main.
Berdenyut denyut dan biasanya akan hilang esoknya lepas aku telan ubat dan tidur.
Kiranya jenis aku ni mudah sakit kepala dari zaman sekolah lagi.
So, memang dah tak pelik.
Disebabkan kerap sangat aku sakit kepala, boleh katakan setiap hari,
sampaikan aku ni pernah terfikir, ada barah otak ke aku ni? Hehe. Drama sangat kan?

Lagi satu sebab aku ni dalam badan jenis banyak angin.
Kentut jarang, so angin memang tak keluar.
Pagi pagi muntah mengalahkan orang pregnat,
memang dah tak pelik pun.
Dengan gastrikla apala, tu pun salah satu sebab jugak selalu sakit kepala.
Then, ntah bila tapi tahun ni lah jugak.
Aku dah lupa sape, tapi dia bagitahu aku if nak kurangkan angin dalam badan, stop minum teh.

Memang kalau minum air manis, aku paling suka teh o ais limau.
Kadang kadang tiap hari sampai 2x aku beli.
Takpun beli yang dalam botol, ice lemon tea brand season.
Aku ni suka if makan or minum kena ada rasa masam masam, so if keluar makan ke hapa memang ice lemon tea jelah aku pandai order.
Kalau kat rumah pun sama.
If aku teringin minum air manis, aku buat teh o ais limau sendiri.
Buat satu jag, simpan dalam peti ais.
Dari pagi ke malam la aku dok minum, air masak langsung tak minum dah.

So, lepas kawan cakap gitu, aku pun stop minum ice lemon tea.
Dalam 2 hari je kot lepas aku stop minum,
langsung dah tak sakit kepala dan aku start kentut.
If dulu aku pelik kenapa suami siang malam asik kentut je.
Sebabnya aku ni memang jarang sangat kentut.
Sebulan sekali pun tak kot.
Sendawa lagilah. Kenyang makan banyak mana pun, memang jarang sangat sendawa.

Dan sampaila sekarang aku stop minum air teh.
Dan penyakit mudah sakit kepala ni pun stop sama sekali.
If dulu, boleh kata tetiap hari, sekarang ni seminggu sekali pun takde.
Memang aku rasa macam amazing sangat sangat.
If dulu nak keluar ke nak buat apa apa mesti risau n standby panadol, minyak cap kapak semua.
Tapi sekarang ni ok sangat sangat.

Dah tak boleh minuh teh, sekarang ni aku just minum n bancuh sirap limau jelah.
Teh susu, milo atau neslo kadang kadang je.
Tapi sekali sekala if keluar makan, orderla jugak teh o ais limau.
Lepaskan gian.hehe.



Sekali sekala takpe.
Tapi segelas ni macam tak cukup je.
Tak hilang semua dahaga.hehe
Teh o ais limau pulak bukan semua yang orang bancuh sedap.
If teh tu tawar tak manis sangat, lepas perah limau terus tak rasa apa.
Sebab tu kalau order teh o ais limau atau sirap limau,
aku mesti cakap suruh lebihkan gula.
Bila perah asam limau barulah kaw molek.
Suami pulak cakap nak stop minum nescafe, tak tahula pulak kenapa.
Ada kaitan dengan kesuburan ke?




3 comments:

Rina said...

salam..
saya pun mcm tu juga. kerap sgt sakit kepala dari time sekolah dulu. angin pun byk. tapi senang aje kentut dan sendawa. Tapi, saya memang bukan peminum teh pun! sebaliknya saya peminum milo yang tegar. Bila kurang minum milo lagi senang sakit kepala...
Hihi mmg sebijik mcm awak la. Bila panas sakit kepala. Bila bising pun sakit kepala. Bau wangi lebih sikit pun sakit kepala. Balik kerja pun selalu sakit kepala. Pelik...
Pernah juga g cek siap mri lagi sebab takut apa-apahal kan.
Tapi mak kata ni penyakit keturunan. (pulak). Dia dulu pun sangat kerap sakit kepala, nenek pun mcm tu, moyang pun mcm tu.. kata mak saya tu... :) So pe2 hal kena sabar jelah...

muis ismail said...


Alamak, sakit kepala pun sakit keturunan ke? Hehe..if mcm tu kena elakla dr punca sakit kepala. Semua benda serba x kena kan? Huhu

muis ismail said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...