Wednesday, October 22, 2014

the files of young kindaichi


Assalamualaikum.

Selama i dok langgan channel variety, takdenya i nak layan channel 715, animax.
Memangla i minat komik, tapi takdela semua i tengok.

Tetiba malam ahad ritu terbukak channel animax n nampak ada cerite penyiasat remaja.
If sesape minat komik, konfem tahu pasal komik penyiasat remaja, hajime kindaichi.

I dulu memang membesar dengan komik.
Kami adik beradik semua jenis minat komik.
Penyiasat remaja, mutiara naga dragon ball, great teacher onizuka (GTO), ujang, gila gila..macam macamlah.
Nampaknya minat i ni sampai ke tua la gamaknya.huhu

Tapi adik yang cikgu tu lagi gila komik. Segala jenis komik dia beli n baca.
I pilih yang best je, dan selalunya i tak beli.
Baca yang dia beli je.hehehe
Tapi penyiasat remaja ni memang faveretla.
Komik dia pun i asik dok ulang baca je.
Rupanya ada main kat tv?
Apalagi! Harusla kita menonton kan? Hihi
Malam ahad tu memang 2 jam lebih non stop i layan si hajime ni.
Memang tak tukar channel lain dah.
Nasib baik ada english sub. Syukurrrrr.
Kalau tak sepatah haram i tak faham apa dia cakap.

Rupanya ahad tu dia ulangan untuk semua episod yang main sepanjang minggu.
Disebabkan new episod pukul 11.30 malam, so tunggu ulangan jelah ahad malam.
Lagi best sebab dapat tengok direct je.

Malam tadi dah wasap adik tanya pasal cite ni.
Katanya dia ada cd n movie.
Bagus.
Nanti tunggu dia balik cuti sekolah bolehla ambik.



Tengok kat tv rupanya lagi best dari baca komik.
Time part saspen tu kemain lagi bunyi.
Tanjat gegirl tau.
Dahla cite ni dalam bahasa jepun, best je dengar kuat kuat.
Takpe, laki takde nak tegur i.kihkihkih





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...