Posts

Showing posts from November, 2014

4th Visit HRPZ II: Meeting Fertility Specialist

Image
Assalamualaikum. Rabu lepas temujanji kali ke3 dengan klinik o&g. Yang kelakarnya temujanji pukul 2 petang, tapi aku ingatkan pagi. Otw pagi tu baru belek kad temujanji then realised yang timing salah. So suami hantar aku masuk kerja jelah. Tengahari dia janji akan datang ambik. Tapi dah kakak kebetulan nak datang hantar tart yang kawan2 tempah, lepas tu dia nak ke husm ada temujanji anak sedara, so mintak dia tolong hantarkan aku ke hospital. Tak payah suami berulang alik. Kali ni temujanji barulah jumpa dengan pakar fertility. Sebab tu timingnya petang. Sampai je kat klinik dah dekat 3pm pun, tapi klinik lengang je. Ada 2, 3 orang je kot. Lepas check tekanan darah n berat terus masuk bilik doktor. Last timbang 58.6, hari ni 59.9kg. Syabas muis, ada peningkatang berat sokmo.huhuhu Rasa macam diet dah makan nasi sekali sehari. Nape makin gemok??????? Bila masuk jumpa pakar, ingatkan dia check la apa apa. Rupanya sekejap je jumpa tak sampai 15 minit pun. Dia j

penangan ihtifal.

Image
Assalamualaikum. Nasib baik hari ni tadika cuti. Balik je dari ihtifal petang semalam memang tubuh rasa letih sangat sangat. If letih je takpela jugak. Tapi macam nak demam pun ada. Badan rasa sejuk panas n tak selesa. Tekak pun rasa sakit macam nak kena tonsil. Kepala pulak jangan cakapla berdenyut denyut macam nak pecah gamaknya. Penangan ihtifal la ni. Masa kat sana dok kehulu kehilir semalam tak rasa apa pun lagi. Malam tadi pun tak boleh nak tidur. Asik tersedar je. Sampaikan pagi tadi terbabas tidur. Suami lagila, if bini tak sedar jangan harap dia nak bangun sendiri. Kitorang tersedar pun sebab mak mentua datang kejutkan. Masa tu dah pukul 8 pun. Melompat suami dari katil dah lewat dia nak masuk kerja. Dah dua dua tak solat subuh. Tapi if tak tersedar tak dosa kan? Bukan sengaja.huhu Lepas suami pergi kerja, i mandi n tukar baju. Barulah rasa segar sikit badan. Makan kek sikit n telan panadol 2 biji, berbungkus dalam selimut depan tv. Tengah dok lay

Hujan. Banjir.

Assalamualaikum. Musim banjir dah mai dah. Aduhai...lumrah alam kan? Hujan memangla best. Tapi kalau tak berenti hujan je non stop tak bestla jugak.huhu Rumah mentua ni if sehari je hujan turun tak berenti, air memang naik kat dapur. Disebabkan bilik i pun sebelah dapur, so terima nasib yang samala. Huhu Air mula naik petang selasa. Balik je keje tengok air dah penuh kat dapur. So suami just letak batu bata je bawah mesin basuh. Peti ais takpe kedudukan dah tinggi, tak tenggelam dalam air. Nasib baik masa tu bilik belum masuk air. Suami alihkan semua rak dengan almari, rug semua letak bilik sebelah. Malamnya suami tak bukak kedai sebab area kedai dah banjir, so i masakla sambil harung air kat dapur. Best. I suka je. Boleh main air. Tapi suami cakap lepas dah siap semua tak payahla masuk dapur, air kotor. Iyer lerr suami. Dalam 2 jam lepas tu hujan dok turun lagi, air pun dah masuk bilik. Kena tidur kat luar la kami suami isteri. Tido depan tv je. I tertido ata

BREAKDOWN

Assalamualaikum. Hari ni tak tahula kenapa. Nak kata moody tak jugak. Tapi memang tak seceria biasa. Suami tegur, jawab. Bercakap jugak, senyum senyum jugak. Masa kakak singgah kejap tadi pun okay. Tersengih sengih jugak bila jumpa anak sedara. Anak sedara pun bila nampak mak sedara, terus nak bersalam. Sejuk hati rasa. Tapi bila suami pergi je kedai, terus rasa sunyi. Lambat lagi dia balik. Bila dia balik aku dah tidur. Lepas solat maghrib tadi, ambik quran. Tak sempat habis satu muka surat, air mata bercucuran. Ya Allah, nape sunyi sangat hidup aku ni? Nape berat sangat dugaan ni? Memang dah sabar. Memang dah redha. Tapi aku ni manusia. Lemah. Hati rapuh. Aku cuba gembira dengan kegembiraan orang lain. Aku ikhlas bila ucap tahniah. Tapi pedih hati ni? Aku usaha, tapi mungkin belum masa. Aku tak tahu Ya Allah. Apa yang ada di langit, dan di bumi, hanya Engkau yang tahu, Ya Allah. Apa percaturan masa depan aku, hanya Engkau yang tahu Ya Allah. “Hasbi

jeruk mangga asam boi

Image
Assalamualaikum. Dah tak ada benda lain ke nak jadi viral sekarang ni? Tetiba je buah mangga dengan asam boi ni jadi glamur. Setakat pauh lemak dengan asam ni, dah berzaman i dok makan. Statement kemain berlagak kan?hihihi Cuma bezanya dulu i selalu makan mangga ni dengan serbuk asam je. Masa mula mula benda ni dok viral kat laman sosial i dok tertanya la jugak apa istimewanya benda alah ni. Siap ada yang share resepi lagi. Kebetulan masa tu ada kawan jual sebekas rm10, so i share dengan kawan beli. Bila dapat rupanya pauh lemak potong, letak dalam bekas, taruk asam boi, lada potong, garam gula sikit. Tapi kalau yang beli memang takkan puas hati. I ni cerewet. Yang beli ritu rasa masin sikit. Lepas tu beli yang ada jual dekat van depan tadika, sebekes kecil rm3. Rasa masam manisnya dah ok dah tapi pedas sangat sangat. Haihhh, tak berapa kena dengan selera i la tu. So pagi tadi dalam pukul 10, siap mandi i terus pergi pasar. Niatnya nak gunting rambut n cari mangga

resepi mudah: tomyam tanpa pes

Image
Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi tomyam tanpa pes yang i masak long long time ago.hehe Hari ni tak masak pun. Kepala dapur gas rosak, so tengahari tadi suami just tapau nasi, telur dadar dengan sup daging je. Acctually, masa nak masak tomyam ni takde pes dengan kiub tomyam kat rumah. Nak keluar beli, malas. So i google je resepi tomyam tanpa pes. Dapat 2 resepi berbeza, combined ikut citarasa i je. Bahan bahan: Ayam, serai, bawang besar, bawang putih, lada kisar, lengkuas, halia, asam jawa, kunyit, daun limau purut, sayuran. Cara membuat: Tumis bawang besar n bawang putih, lada, serai yang diketuk dengan sedikit minyak. Tambah lada kisar n goreng hingga masak. Lada kisar sedikit je just untuk dapat warna lite lite. Masukkan ayam, kacau sekejap sebelum masukkan air. Masukkan air asam jawa, sedikit serbuk kunyit. Masuk daun limau purut. Masukkan perasa garam, gula. Bila air mendidih masukkan sayur keras dulu. 1, 2 minit sebelum tutup api, masukkan say

hectic day!

Assalamualaikum. Hari ni masuk keje i ingat kena hantar draf untuk comm book je. Ghupe ghupe nyerrrrr... Esokler kena hantor semua keje. Complete comm book. Result dengan assessment final exam. Bindingkan soalan final exam. Bindingkan worksheet. Bindingkan ramadhan worksheet. Nampak sikit kan? Sikitla sangat. Hari dok busy printla, guntingla, key in markah, tanda kertas sampai hf pun tak sempat tengok. Adala 7 wasap dari suami tak baca pun. Lepas ambik beg nak balik baru baca n reply. Haaa, baru dia tahu. Selama ni kalau i wasap dok tunggu dia lambat balas, taula macamana sabar ke tidak menunggu balasan. Lepas ni kena kerap sikit kot abaikan wasap suami. Eh tetiba je.hehehe Nasib baik hari ni i cuti. So lepas budah siap baca iqra i terus makan pastu sambung buat kerja. Punyala terkejar nak siapkan banyak kerja, sampai nak tenting pun i tahan.hihihi Bazir masa je pergi tandas. So balik tadi cecepat mandi, tukar baju barula lega rasa. Jap lagi kena sambung

Moody Saturday.

Assalamualaikum. Minggu ni cuti 2 hari i is takde mood. Rasanya sebab PMS. Mood pun rasa tak berapa nk elok. Rasa nak marah marah. Rasa geram geram. Rasa tak puas hati. Pendek kata macam macam rasalah. Semalam seharian hari jumaat kat rumah mak. I tidur n makan je. Petang baru suami datang ambik. Mulanya dia janji nak ambik pagi, tapi petang baru sampai. So, memang i jadi bad mood. Bagi i senang je. If janji buat. Kalau tak boleh jangan janji. Bagi suami dia fikir takpela dia datang lambat sebab i kat rumah mak ayah, bukan rumah orang lain. Tapi jenis i ni sekali janji, buatla macam janji. Senang kan? I tak penyabar. Tak suka menunggu nunggu. So kalau suami lengah lengah memang i tak akan senang hati. I memang kepala angin, but dont take me for a granted. Selalu macam tu. Sampai ke hari ni mood tak berapa molek. Cuba dah baiki. Sebabnya bila difikirkan kesian jugak kat suami kena hadap kepala angin i ni. Tapi nak buat macamana. Dahla 2 hari berturut

Masterchef Junior US Season 2

Image
Assalamualaikum. Malam tadi dah start pun episod 1 junior masterchef season 2. Yeayyy. Baru je habis yang season 5, dah main pulak yang junior ni. Yang ni bebudak la masak. Bila tengok bebudak masak, rasa macam kagum sangat sangat. Rasa macam kita yang dewasa ni pun tak pandai macam tu. Almaklumla, anak mat saleh. Pendedahan pun mana nak sama dengan kita ni. Yang kelakarnya bila budak memasak ni, siap ada yang guna bangku sebab rendah sangat. Tak sampai sangat masa nak memasak dekat meja tu. Lepas tu bila buat team challenge, bila bergaduh siap nangis nangis lagi. Bila makanan tak masak atau tak elok pun nangis jugak. Lepas tu kawan yang lain pepakat pujuk. Comel je. America Next Top Model pun dah main season baru. Minggu ni dah episod ke2 pun. Double yeayyy... I kan takde anak. Suami pulak tiap malam bukak kedai. 7hari seminggu, 30 hari sebulan. Lepas maghrib bukak kedai, pukul 1, 2 pagi baru balik. So tv jelah peneman setia.huhu Lately bila wasap suam

spoiler alert!

Assalamualaikum. I ni memang spesis spoiler alert. 2, 3 malam lepas tertengok satu cerita kat channel 709, Lifetime. Tajuk The Wrong Woman. Cerita pasal seorang wanita yang dituduh cuba membunuh seorang wanita lain. Belum masuk setengah jam, bila masuk je watak suami dia, i terus get the idea that suami dia yang punya hal. Tengok tingkah acuh tak acuh suami masa datang jumpa dia dekat lokap. Dan pompuan mangsa tu mesti pompuan yang ada hubungan dengan suami dia. So untuk konfemkan i punya tekaan, google jelah. Tapi tekaan i salah, rupa teman sekerja laki dia yang punya angkara.hihi Tapi takpela, i memang malas nak tertanya tanya sape pembunuh. Kesimpulannya, i ni memang jenis tak penyabar. Drama ke, filem ke, i akan tengok dia punya ending dulu. Tak menyabar, terus bukak last episod. Kalau novel, i akan baca ending dia dulu. Lepas tahu ending baru i boleh sambung dengan tenang. Kecuali drama bersiri yang tengah on air la. Yang tu memang tak bolehla nak tahu end

final exam bebudak tadika

Image
Assalamualaikum. Minggu ni bebudak tadika ada final exam. I is happy sebab tak payah mengajar. Legaaa seposen. Tapi risaula pulak kot student tak perform well, masalah jugak tu. Mak bapak zaman sekarang ni jangan dibuat main yer. Anak 4 tahun pun siap mintak homework utk revision sebelum exam. Tetipa hari tanya teacher anak boleh jawab exam ke tak.huhuhu Almaklumla kos anak belajar setahun almost 5k. Tu baru sorang. Kalau 2 beradik? Kalau 3? Kalah belanja nak habiskan diploma 3 tahun tau. So, kesimpulannya biarla anak tu dapat gain something yang berbaloi dengan apa yang parent bayar. Win win situation gittew. Teringat i dulu, sehari sebelum upsr dok terkekeh depan tv baca ujang, takdenya mak ayah nak risau sangat pasal exam. Tapi maybe sebab i pandaila kot, tu mak ayah tak risau.hihihi Semalam exam paper maths. Sempatla i snap gambar sedas dua tadi. Kalau final exam, ticer berdebornya lebih la sikit. Almaklumla, kalau markahnya takde peningkatan nampak

af 2014 separuh akhir

Assalamualaikum. Kali kedua i nak membebel pasal af tahun ni.hihi Minggu ni akhirnya dah sampai separuh akhir pun. Tetiba terlayan la pulak. Terlekat masa tengok ewal duet dengan adira. Cantik baju adira.hihi Lepas tu bersambung dengan firman. Bersambung lagi dengan si nuha. Hmmmm, macam best la pulak af malam ni. Tapi pertama sekali mestila sebab lagu pilihan malam ni kebanyakannya lagu faveret i. Ewal duet dengan adira nyanyi muara hati. Best. Firman pulak nyanyi lagu awie wings, nurnilam sari. Pun best jugak. First time kot i dengar firman nyanyi betul betul. Sedap rupanya suara dia. Masa duet, nyanyi pulak lagu rock kapak. Sape tak minat rock kapak memang rugi i say you. :P Lepas tu si nuha nyanyi lagu Khatijah Ibrahim, Kupendam Sebuah Duka. Fuhhh. Boleh tahanla sedapnya. Tup tup sampai turn azwan duet dengan noraniza idris. Erk! Macam hampeh kot azwan nyanyi. Suara putus2 macam tak sampai je. Solo pun sama tak sedap, ntah nyanyi lagu sape ntah. Kengkonon

muis #2

Assalamualaikum. Hari ni i nak share perihal diri i lagi. Muis #2. Sape nak baca Muis #1,  klik sini . I tak tahula benda ni bermula sejak bila tapi dah lama kot. Sebelum tidur, i ni ada tabiat suka basahkan anggota badan dulu, then baru tidur. Anggota badan tu termasukla kaki, tangan, lengan, muka, perut, rambut etc. Biasanya i akan solat isyak sebelum tidur. Tapi lepas solat kiranya anggota badan yang basah masa ambii wudhu dah keringla. So i akan masuk semula ke bilik air dan basuh balik semula kaki, tangan lengan, muka, tengkuk. Lepas tu i akan cepat cepat naik katil dan tidur. Katalah i tak mengantuk sangat dan lambat tertidur, kalau rasa kering je, i pergi bilik air lagi. Tak kiralah berapa kali nak ulang ke bilik air, yang penting, sebelum tidur kena basah atau lembab. If kering memang i takkan boleh tidur. Kepala i ni macam dah set siap siap dah. Kalau macam tahan diri dari pergi bilik air pun, kesudahannya mesti akan pergi jugak. Nasib baikla bilik air da

Langkawi Trip: Underwater World

Image
Assalamualaikum.  Nak sambung cerita di langkawi hari ke2. Disebabkan semalam dah sampai guest house malam, so hari ni memang tak sabarla nak meneroka pulau langkawi. Macam biasa, i kalau bab bersiap nak kemana mana mestila i yang siap dulu. Lepas siap gosok baju, i terus bersiap. Lepas tu gesa yang lain bersiap jugak. Masa yang ada jangan dibazirkan.hehe Keluar je dari guest house, belok keluar ke jalan besar, kedai yang pertama sekali jumpa, kitorang terus singgah untuk brekfast. Kedai kecik je tapi okla ada nasi lemak dengan berbagai pilihan lauk. Ada roti canai. Ada mee dan mihun jugak. So kira kenyangla untuk alas perut pagi tu.  Destinasi pertama, Underwater World. Masa dok bincang nak datang langkawi i dah bajet memang nak masuk sini. Tapi bila i google internet, kebanyakan review cakap tak berbaloi pun masuk Underwater World dengan harga tiket yang agak pricey. Harga Tiket Underwater World:  Dewasa: RM30 Kanak2: RM20

6 going 60.

Image
Assalamualaikum. I rasa i start blogging since November 2011 kot. Masa tu baru je kenal cikji. Masa kami dok buat promosi pembukaan tadika di KB MALL. masa dok sembang dengan dia, terkeluarla pasal topik blog. Dia dah otai blogging, i baru je nak mula. Since that day, i memang seriously start blogging. Masa nak start pilih, i tak ambik masa lama pun untuk pilih url blog. www.itsmymuislife.blogspot.com Memangla panjang sikit tapi maksudnya sangat dekat dihati i. Yelah, berblogging pun pasal my life kan Idea dapat masa tu sebab i suka sangat dengar lagu its my life, bon jovi. So i just tambah nama i je kat situ. Then tajuk blog i, Muis Membebel. Sebab i ni personally suka sangat membebel dan banyak sangat bercakap. If tengok entri i jarang sangat kot entrinya pendek pendek. Selalunya berjela panjang. Kata penulisan kan, kenala elaborate panjang pajang.hehe I ni jenis yang suka membaca n menulis, so blogging memangla masuk sangat dengan jiwa i ni. Masa tu tak ret