Saturday, November 01, 2014

6 going 60.


Assalamualaikum.

I rasa i start blogging since November 2011 kot.
Masa tu baru je kenal cikji.
Masa kami dok buat promosi pembukaan tadika di KB MALL.
masa dok sembang dengan dia, terkeluarla pasal topik blog.
Dia dah otai blogging, i baru je nak mula.
Since that day, i memang seriously start blogging.
Masa nak start pilih, i tak ambik masa lama pun untuk pilih url blog.

www.itsmymuislife.blogspot.com

Memangla panjang sikit tapi maksudnya sangat dekat dihati i.
Yelah, berblogging pun pasal my life kan
Idea dapat masa tu sebab i suka sangat dengar lagu its my life, bon jovi.
So i just tambah nama i je kat situ.

Then tajuk blog i, Muis Membebel.
Sebab i ni personally suka sangat membebel dan banyak sangat bercakap.
If tengok entri i jarang sangat kot entrinya pendek pendek.
Selalunya berjela panjang.
Kata penulisan kan, kenala elaborate panjang pajang.hehe

I ni jenis yang suka membaca n menulis, so blogging memangla masuk sangat dengan jiwa i ni.
Masa tu tak reti pun dengan follower ke apa, cuma i start follow blog yang i suka baca.
I perasan jugak masa tu blogger ni if nak ramaikan follower dorang joinla segment ke apa, tapi i macam tak reti sangat. So malas.

Lepas tu i perasan ada jugak jenis blogger yang suka tinggal komen..Hai, please follow me back. Dengan harapan followernya bertambah.

Yang tu pun i tak minat jugak. Rasa macam ada paksaan pulak di situ.huhu
But no offence ye..hak individu.

I tahu bila ramai follower, boleh tolong dari segi income iklan dengan nuffnang, pastu nak glamerkan blog.
Terpulangla pada niat masing masing mana yang selesa dengan cara sendiri. :D

Lagipun i berblogging sebab i suka menulis, so memang tak kisahla sangat dengan follower. Asalkan ada medium untuk i menulis dan bercerita, okla tu.



Hari ni 1 november, genap 3 tahun i berblogging. Kebetulan semalam tengok tengok follower dah jadi 60 orang.
Masa i start dulu rasanya follower ada 6 je dalam kalangan kawan terdekat.
Rasa banggala jugak dengan i tak buat apa apa, masih ada orang yang berminat nak follow blog i yang banyak membebel ni.hehehe

But please, i ni amatur. Janganla bandingkan dengan blogger glamer yang beribu riban follower tu.
Terima kasihla kepada yang sudi baca blog i ni.
Maaf kalau ada yang tak suka dengan penulisan i dalam blog ni.
Apa yang i tulis, baik atau buruk, itulah gambaran peribadi i.

I pun dah tukar dari penggunaan aku, so harapnya gaya penulisan i bila dibaca jadi lebih lembut dan sopan, bukan gedik ye. :P

Till then, babai....

#3yrsbloganniversary#itsmymuislife


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...