Monday, November 03, 2014

af 2014 separuh akhir


Assalamualaikum.

Kali kedua i nak membebel pasal af tahun ni.hihi
Minggu ni akhirnya dah sampai separuh akhir pun.
Tetiba terlayan la pulak.
Terlekat masa tengok ewal duet dengan adira.
Cantik baju adira.hihi
Lepas tu bersambung dengan firman.
Bersambung lagi dengan si nuha.
Hmmmm, macam best la pulak af malam ni.

Tapi pertama sekali mestila sebab lagu pilihan malam ni kebanyakannya lagu faveret i.
Ewal duet dengan adira nyanyi muara hati. Best.
Firman pulak nyanyi lagu awie wings, nurnilam sari. Pun best jugak.
First time kot i dengar firman nyanyi betul betul.
Sedap rupanya suara dia.
Masa duet, nyanyi pulak lagu rock kapak.
Sape tak minat rock kapak memang rugi i say you. :P

Lepas tu si nuha nyanyi lagu Khatijah Ibrahim, Kupendam Sebuah Duka. Fuhhh.
Boleh tahanla sedapnya.
Tup tup sampai turn azwan duet dengan noraniza idris. Erk! Macam hampeh kot azwan nyanyi.
Suara putus2 macam tak sampai je.
Solo pun sama tak sedap, ntah nyanyi lagu sape ntah.
Kengkonon nak jadi macam anuar zain la nyanyi lagu balada.
Mintak maap ler, soooo boring.
I is tak faham setiap minggu nape nama dia asik kat atas je.

Hopefully minggu ni si azwan dengan si aman tu keluar malam ni, n adel dapat masuk balik af.
Both azwan n aman tak layak nak jadi artis kot.
Aura langsung takde.
Rupa pun biasa biasa jek.
Tak macam hafiz dulu, memang dah boleh agak dah akan jadi glamur lepas habis af, walau tak hensem.
So harapnya untuk final nanti cuma ada firman, ewal, nuha n adel je.
Barula best kot. Dan yang paling penting, lagu kena best.

Layan af malam ni sampai terlupa nak tengok korea, blade man dengan ulangan hajime kindaichi episod. Ish ish ruginya.

*entri taip malam tadi tapi tertidur, tak sempat habis pun layan af. Bukak je blog tadi, tengok dekat beautifulnara rupanya azwan terkeluar? yeayyyy....im so happy. Tapi si aman ada lagi. Pleasela..nampak sangat orang mengundi sebab dia jambu.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...