Tuesday, November 04, 2014

final exam bebudak tadika

Assalamualaikum.

Minggu ni bebudak tadika ada final exam.
I is happy sebab tak payah mengajar. Legaaa seposen.
Tapi risaula pulak kot student tak perform well, masalah jugak tu.

Mak bapak zaman sekarang ni jangan dibuat main yer.
Anak 4 tahun pun siap mintak homework utk revision sebelum exam.
Tetipa hari tanya teacher anak boleh jawab exam ke tak.huhuhu

Almaklumla kos anak belajar setahun almost 5k. Tu baru sorang. Kalau 2 beradik? Kalau 3?
Kalah belanja nak habiskan diploma 3 tahun tau.
So, kesimpulannya biarla anak tu dapat gain something yang berbaloi dengan apa yang parent bayar.
Win win situation gittew.

Teringat i dulu, sehari sebelum upsr dok terkekeh depan tv baca ujang, takdenya mak ayah nak risau sangat pasal exam.
Tapi maybe sebab i pandaila kot, tu mak ayah tak risau.hihihi

Semalam exam paper maths. Sempatla i snap gambar sedas dua tadi.





Kalau final exam, ticer berdebornya lebih la sikit.
Almaklumla, kalau markahnya takde peningkatan nampak sangat ticer tak pandai mengajar.huhu

Kata je exam bebudak, rules tetap rules.

Jangan meniru.
Jangan bagi tiru.
Jangan jeling jeling kertas kawan.
Jangan tengok number square kat dinding.
Jangan bercakap.
Check balik jawapan sebelum hantar kertas.
Double count untuk semua soalan counting.

Kemain lagi kan?
Kesian bebudak, kecik kecik dah stress.hihi

Tapi kalau boleh survive yang ni, In sha Allah bolehla survive bila masuk darjah 1 nanti.
Untuk kelas 6 tahun memang expectations parent lebih tinggi.
Maklumla anak nak masuk darjah 1.

Risau takut anak tak boleh bersaing.
Risau takut anak tak pandai bergaul.
Risau takut anak tak boleh catch-up apa yang akan belajar bila masuk darjah 1 nanti.

Selalunya masa parents meet la ada sesi meluah perasaan.
Sebagai ticer, harusla kita gembirakan hati parent kan?hehe
Selalunya i akan cakapla kat parent jangan risau.
Bagitau karakter anak dia cane kat tadika.
Selalunya banyak yang positif la dari negatif tu.
Bukannya kita reka cerita pun, lagipun parent pun bukan tak tahu anak dia cane.

Selalunya parent ni dia risau sebab anaknya kat rumah tak pandai itu ini, tak boleh bacala, malas bacala kalau mak bapak dia suruh.
Padahal kalau kat tadika, anaknya ok je.
Kalau pandai membaca, takkan kita nak cakap tak pandai?
Bebudak kan faham jelah.
Dengan mak bapak sendiri memangla manja n mengada.
Dengan ticer lagi dia takut n dengar kata.hihihi

Lepas habis exam ni, adala a few things lagi yang nak kena setelkan sebelum berakhir tahun 2014.
Bolehla ticer release tension jap sebelum sibuk untuk persediaan tahun depan pulak.

Haihhh, kalau fikir pun dah letih rasa.
Tapi dah keje, alah bisa tegal biasa. Hadap jelah...dengan ikhlas. :D



















1 comment:

May said...

Looking forward for good results to all who took the test..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...