Thursday, November 06, 2014

Masterchef Junior US Season 2


Assalamualaikum.



Malam tadi dah start pun episod 1 junior masterchef season 2. Yeayyy.
Baru je habis yang season 5, dah main pulak yang junior ni.
Yang ni bebudak la masak.

Bila tengok bebudak masak, rasa macam kagum sangat sangat.
Rasa macam kita yang dewasa ni pun tak pandai macam tu.
Almaklumla, anak mat saleh.
Pendedahan pun mana nak sama dengan kita ni.

Yang kelakarnya bila budak memasak ni, siap ada yang guna bangku sebab rendah sangat.
Tak sampai sangat masa nak memasak dekat meja tu.
Lepas tu bila buat team challenge, bila bergaduh siap nangis nangis lagi.
Bila makanan tak masak atau tak elok pun nangis jugak.
Lepas tu kawan yang lain pepakat pujuk.
Comel je.

America Next Top Model pun dah main season baru. Minggu ni dah episod ke2 pun.
Double yeayyy...

I kan takde anak.
Suami pulak tiap malam bukak kedai.
7hari seminggu, 30 hari sebulan.
Lepas maghrib bukak kedai, pukul 1, 2 pagi baru balik.
So tv jelah peneman setia.huhu

Lately bila wasap suami asik cakap bosannya.
Rasa macam dah boring je asik layan tv.
Remote astro sampai dah jammed sebab i asik tukar channel itu ini.
Memangla banyak cerita, tapi macam hati tu takde nak menonton.
Maybe sebab dah nak period kot.
Sehari dua ni rasa lebih bekeng, mudah terasa hati dengan laki, pastu takde mood.

Malam semalam disebabkan tak tahu nak tengok cerita apa, i pegi tengok channel 610, rancangan bijak bahasa.
Sebukla pulak dok sama menjawab soalan dalam rancangan tu.
Ritu pi bukak channel tutor tv spm.
Masa tu subjek bahasa melayu, karangan.
Ralit jugak i melayan.
Lepas ni kalau i kena pegi exam mtest lagi, bolehla layan channel ulangkaji macam ni.hehe










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...