Tuesday, November 11, 2014

resepi mudah: tomyam tanpa pes



Assalamualaikum.

Hari ni nak share resepi tomyam tanpa pes yang i masak long long time ago.hehe
Hari ni tak masak pun.
Kepala dapur gas rosak, so tengahari tadi suami just tapau nasi, telur dadar dengan sup daging je.

Acctually, masa nak masak tomyam ni takde pes dengan kiub tomyam kat rumah.
Nak keluar beli, malas.
So i google je resepi tomyam tanpa pes.
Dapat 2 resepi berbeza, combined ikut citarasa i je.

Bahan bahan:
Ayam, serai, bawang besar, bawang putih, lada kisar, lengkuas, halia, asam jawa, kunyit, daun limau purut, sayuran.

Cara membuat:
Tumis bawang besar n bawang putih, lada, serai yang diketuk dengan sedikit minyak.
Tambah lada kisar n goreng hingga masak.
Lada kisar sedikit je just untuk dapat warna lite lite.
Masukkan ayam, kacau sekejap sebelum masukkan air.
Masukkan air asam jawa, sedikit serbuk kunyit.
Masuk daun limau purut.
Masukkan perasa garam, gula.
Bila air mendidih masukkan sayur keras dulu.
1, 2 minit sebelum tutup api, masukkan sayur lembut.


Walaupun tanpa pes tapi still rasa masam sebab letak air asam jawa.
Lupa asam limau perah ke tak dalam ni.
Untuk resepi ni jugak i letak both lengkuas n halia.
Potong lebar dalam 1 inci, ketuk sikit.

Disebabkan rasa sedap, esoknya i masak lagi sekali tapi i campur kuah lebihan tomyam yang tapau kedai.
I ni hantu tomyam, pekena tiap hari pun takpe.hehe

Ok, tu je nak share. Babai. :D:D:D


3 comments:

Azian Elias said...

yang penting ada rasa serai dan masam sikit tu kan.. akak hanya boleh makan yang tak terlalu masam.. sebab kureng suka tomyam...

nik ros said...

sedapnya.tom yam ni feveret ni jugak ni

aina amin said...

Nampak sedap, boleh try lepas ni. =)
http://ainaez.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...