Monday, December 29, 2014

pasca banjir.


Assalam.

Semalam suami cakap hari ni nak ke bandar.
So mohler kite.
Air kat dalam bandar pun dah surut.
Dah boleh masuk bandar la kot.
Plannya suami nak pi tengok ofis dia.
Pastu kami nak cari barang sikit kat kbmall.

Tapi harapan tinggal harapan jelah.
Kbmall, parkson semua tutup lagi.
Bila tanya katanya maybe esok beroperasi.
Tapi supermarket pacific still bukak.
So masuk jelah tapau barang sikit.

Memangla banjir dah surut tapi sedih sangat nengok keadaannya.
Dengan kotor, dengan selut tebal bertepek tepek.
Jaga kat ofis suami bangunan mpkb cakap maybe hari rabu baru boleh masuk kerja.
Hari ni baru start keje pembersihan.
Tapi aku cakap kat suami ntah ntah hari rabu ni pegi keje nan hado, buat penat je.



Lepas singgah sini suami gerak masuk bandar.
Rata rata yang aku tengok kebanyakan kedai tengah dok cuci cuci jelah.
Adala a few pics yang sempat aku snap.








Then, menghala ke tesco pulak.
Suami bawak ronda atas jambatan sungai kelantan.
Walau air sungai dah surut tapi still boleh nampak laju lagi pergerakan.
Pokok yang hanyut pun kejap je laju je dibawak arus.
Walaupun kata dah surut, tapi still ada a few places n rumah yang tenggelam dalam air.
Hai tak tahula bila benda ni nak back to normal balik.

Hari ni pun dah umum sekolah ditangguhkan lagi seminggu.
Tapi esok dah kena masuk keje. *cries*








Thursday, December 25, 2014

banjir buruk di kelantan


Assalam.

Ya allah memang tak sangka rupanya banjir tahun ni teruk sangat sangat.
Lepas banjir gelombang pertama ritu, ingat semua akan okay.
Tup tup datang gelombang kedua pulak.
Mulanya pun nampak terkawal je, rupanya makin lama makin teruk.
Lepas air kat dapur surut, hujan reda, ingatkan tempat lain pun sama.

Tup tup banjir kat gua musang berlarutan ke kuala krai.
Malam tadi tengok gambar gambar yang orang share di fesbuk.
Ya allah lautan air merata rata.
Bangunan sekolah yang 4 tingkat tu pun sikit lagi nak tenggelam.
Kalau takde yang terperangkap takpela jugak.
Ni ramai lagi yang tak boleh diselamatkan sebab trak dengan bot dah tak boleh redah banjir.
Helikopter pun takde tempat nak landing.
Just boleh drop bantuan melalui udara je.



Salah sebuah sekolah tempat perpindahan banjir di kuala krai.
Setakat ni air dah cecah tingkat 3.
Orang semua berkumpul tingkat 4.
Imagine kalau air makin naik?

Then, tengok pulak abang ada share satu video di wasap group.
Treler yang panjang n besar tu meredah banjir tup tup terjatuh terus tenggelam.
Macam nak luruh jantung aku tengok.
Aku ni dahla hidrofobia.
Tegak bulu roma bila tengok gambar ni.
Hidrofobia la kot kalau masuk swimming pool pun terjerit jerit kan? Akulah tu. T___T

Ni nasib baik tak hujan lebat sangat, kalau tak lagila buruk keadaan.
Setakat hari ni pulak, air memang dah masuk bandar kota bharu.
Terbaru yang baca tadi air dah paras lutut.



Alhamdulillah aku kat belah bachok ni setakat ni okay lagi.
Hujan pun boleh kata 80% stop.
Pagi tadi adala hujan kejap tapi sekarang cuaca dah panas. Dah naik matahari pun.
Cuma anginla memang kuat sangat bertiup.
Tu je.

Harapnya keadaan macam ni cepatla reda.
Kesian sangat sangat dekat yang terlibat tu.



Sama samala kita berdoa ye... :(

Tuesday, December 23, 2014

5th Visit: TVS ke3/Pregnyl Injection

Assalam.

semalam aku ada lagi temujanji untuk TVS(trans vaginal scan) lepas consume clomip yang doc bagi masa temujanji lepas. 
so macam biasa first day period terus set up tarikh untuk buat tvs, biasa nurse cakap hari ke 12 atau hari ke 14 lah.
temujanji semalam pukul 2.30 petang, tengahari tu lepas solat zohor suami datang ambik. 
dia drop aku depan ong clinic pastu dia terus masuk ofis. 
semalam sekali dengan aku adalah 4,5 orang. 
kali ni kena buat tvs dekat labor room sebab dekat clinic dorang standby untuk banjir.


disebabkan aku ni jenis cekap dan pantas, so dapatla turn nombor 2.
Bila nurse cakap sape nak buat dulu, cepat cepat aku offer dia.
orang lain bila nurse cakap kena buang air dulu, dorang kena pergi balik klinik ong, aku malas. 
so aku cari je tandas dekat wad pesakit, lagi cepat.hihihi

semalam ingatkan nak scan tvs je. 
rupanya aku kena ambik pregnyl injection sekali. 
bila aku tanya nurse kata suntikan HCG. 

so lepas ambik suntikan ni, dalam masa 34-40 jam seterusnya kena bersama dengan suami. 
tak boleh tidak, wajib. 
sebabnya suntikan tu untuk rangsang dan pecahkan ovum. 
hopefully bila bercantum dengan sperma, adala rezeki nak dapat anak.huhu

so nurse kira siap siap timingnya kebetulan elok je pukul 2 pagi lebih kurang. 
memang time tu pun selalunya suami balik dari kedai. 
molek la sangat. 
sejak 2x buat tvs, nilah kali pertama kena inject ni. 
nurse bagitahu kali ni saiz telur aku 24x26mm. 
besar tu. 
agaknya kesan dari dos clomip yang aku consume hari tulah. 

so bila nurse bagitahu je yang aku ni kena inject, memang rasa excited sangat sangat. 
padahal penakut jarum. 
tapi kali ni redha. 
alah jarum halus je pun.
kena gigit semut api lagi sakit.huhu

then, lepas cucuk nurse bagi tarikh appointment lagi 2 bulan. 
if tak pregnant kena datang la. 
if pregnant, kenala kol bagitahu klinik jugak untuk proses lanjut. 
serius semalam memang aku rasa excited n positif sangat sangat. 
dalam erti kata lain happyla. 

walaupun semuanya ditangan tuhan, tapi at least aku dah usaha. 
Ya Allah, kalaula ada rezeki aku...permudahkanlah! 

Saturday, December 20, 2014

a long hiatus...


Assalam.

A long hiatus? Hihihi. Kengkonon la kan.
Bajet blogger glamur la pulak aku ni.
Padahal takde sape care pun if tak update blog *cries*
 Tapi takde, i dont care.
Asal dapat bebel, mak ok jeww...

Malas je pun.
Banyak kerja. Banyak masalah.
Cuba nak update tapi mood tak datang datang.
La ni banyak rehat, tengok tv n tidur je if kat rumah.
Kat tempat kerja pun, if bukak laptop asik mengadap worksheet je.

2,3 hari ni kecoh kecoh dengan banjir.
Macam biasala, setiap tahun orang lain bersusah payah bila banjir tapi alhamdulillah aku ni tak bermasalah sangatla.
Still boleh pergi balik kerja.
Rumah mentua pun air naik kat dapur n bilik aku pun masuk air, tapi still boleh survive.
Ni pun nasib baik duduk rumah mentua, merasala nak main air, mengharung air.
Cuba duduk rumah mak? Mimpi jelah nak tengok air masuk rumah.huhuhu

Tapi kalau dah nama banjir, kesian la pulak yang kena berpindah randah.
Tu belum masuk yang rumah tenggelam sampai bumbung.
Semalam tengok kat fesbuk kereta yang tersadai terlingkup dalam banjir.
Habis rosak n rugi harta benda.

Cuti 2 hari ni walaupun hujan n mendung, aku memang pulun basuh basuh 3, 4 trip.
Nasib baik berangin n semalam tak hujan sangat, so sempatla kering.
Hari ni sambung lagi pulun basuh 4 pasang telekung solat dengan baju kerja suami.
Puas hati bila tengok bakul besar kosong.hehehe
Yang peliknya kalau time hari panas takdela pulak aku rajin macam ni.
Sesuka hati je biar baju menimbun.kihkihkih

Semalam je hujan reda. Hari ni hujan bersambung sambung pulak.
Aku macam biasala, dah nama bukan kaki tidur.
Lepas subuh tadi sambung baring tapi layan movie je.
Suami pulak if hari cuti, membuta if tak cecah 11, 12 dia tak bangun.

Hari ni aku buang tebiat pergi beli breakfast berjalan kaki dalam hujan.
Memang dah plan taknak bawak kereta.
Bawak je payung seronok seronok main air kat jalan.
Kampung suami rendah, so memang air banyak kat jalan.
Kedai pun takdela jauh sangat dalam 400 meter kot tapi sempatla basah seluar.
Masa otw balik ada nampak akak dok lepak depan rumah dengan anak dia.
Agaknya dia pun pelik nape aku dok berjalan dalam hujan sambil tersengih sengih main air.
Saje lepas gian.

Aku ni spesis takut bila masuk dalam air je, tapi suka sangat main air redah redah air banjir.
Tapi setakat betis ke lutut ke bolehla.
Kalau banjir nak tenggelam rumah, takde maknanya.hihihi

Hopefully hujan akan reda n banjir surutla.
Kesian yang terlibat banjir.
Susah segala galanya.




Wednesday, December 03, 2014

Lunch di Payang Serai.


Assalamualaikum.

Sabtu yang lepas je habis program ihtifal last 2 week, boss belanja makan.
Pagi dah belanja brekfast kat hotel, tengahari belanja makan di Restoren Payang Serai.
Lepas habis program dalam pukul 1 lebih, lepas kemas kemas semua terus gerak nak pergi makan.
Masa tu lapar memang tahap nak kebulur dah pun.hihi

Dahla kami sampai dulu dari boss.
Bila masuk je memang dah ada 3 meja yang reserved untuk kitorang.
Takdela lama sangat kot tunggu sebelum makanan sampai.
Sempatla selfie selfie dulu.hehe


me n the gang.
Elok elok muat 2 meja untuk teacher, pembantu dengan cook termasuk mrs boss.













Malas nak tulis caption setiap gambar.
Tapi seriously semua makanan sedap sangat sangat.
Tomyam ni tak sure spesis mana, almaklumla tomyam thai kan banyak jenis.
Tapi sedapnya tak boleh nak describe. Cukup rasa cukup segala galanya.
Masa tomyam sampai dah hampir kekenyangan, tapi sempat lagi habiskan 4 mangkuk kecil.
Bila dah siap makan tu perut rasa macam nak meletop.hehe

tapi if google pun, memang mostly yang review cakap makanan kat Payang Serai ni memang sedapla.
Ni kali kedua makan sini.
Kali pertama dulu boss belanja sempena hari guru dan besday dia.
Untuk kos makan kali ni 1 meja, kosnya dalam rm200plus.
Untuk 3 table ni, rm600 plus plus.

TQ kepada mrs boss.
Belnaja makan ni pun as a reward untuk kitorang atas penat lelah sepanjang tahun.
Berbaloi la penat lelah handle ihtifal untuk tahun ni.kihkih


Meja kitorang licin. Bagusla.
Kan pembaziran tu amalam syaitan.hehehe




muka muka kegembiraan selepas kekenyangan.
Masa untuk balik rumah n rehat.
esoknya off day....

Kat sini aku letak sekali alamat n kontek tempat ni.
Sudi sudikanla ye   :)

Payang Serai Restaurant
Address: PT 351 - 352, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu, 15300, Kota Bharu, Kelantan, Phone:09-748 9890


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...