Saturday, December 20, 2014

a long hiatus...


Assalam.

A long hiatus? Hihihi. Kengkonon la kan.
Bajet blogger glamur la pulak aku ni.
Padahal takde sape care pun if tak update blog *cries*
 Tapi takde, i dont care.
Asal dapat bebel, mak ok jeww...

Malas je pun.
Banyak kerja. Banyak masalah.
Cuba nak update tapi mood tak datang datang.
La ni banyak rehat, tengok tv n tidur je if kat rumah.
Kat tempat kerja pun, if bukak laptop asik mengadap worksheet je.

2,3 hari ni kecoh kecoh dengan banjir.
Macam biasala, setiap tahun orang lain bersusah payah bila banjir tapi alhamdulillah aku ni tak bermasalah sangatla.
Still boleh pergi balik kerja.
Rumah mentua pun air naik kat dapur n bilik aku pun masuk air, tapi still boleh survive.
Ni pun nasib baik duduk rumah mentua, merasala nak main air, mengharung air.
Cuba duduk rumah mak? Mimpi jelah nak tengok air masuk rumah.huhuhu

Tapi kalau dah nama banjir, kesian la pulak yang kena berpindah randah.
Tu belum masuk yang rumah tenggelam sampai bumbung.
Semalam tengok kat fesbuk kereta yang tersadai terlingkup dalam banjir.
Habis rosak n rugi harta benda.

Cuti 2 hari ni walaupun hujan n mendung, aku memang pulun basuh basuh 3, 4 trip.
Nasib baik berangin n semalam tak hujan sangat, so sempatla kering.
Hari ni sambung lagi pulun basuh 4 pasang telekung solat dengan baju kerja suami.
Puas hati bila tengok bakul besar kosong.hehehe
Yang peliknya kalau time hari panas takdela pulak aku rajin macam ni.
Sesuka hati je biar baju menimbun.kihkihkih

Semalam je hujan reda. Hari ni hujan bersambung sambung pulak.
Aku macam biasala, dah nama bukan kaki tidur.
Lepas subuh tadi sambung baring tapi layan movie je.
Suami pulak if hari cuti, membuta if tak cecah 11, 12 dia tak bangun.

Hari ni aku buang tebiat pergi beli breakfast berjalan kaki dalam hujan.
Memang dah plan taknak bawak kereta.
Bawak je payung seronok seronok main air kat jalan.
Kampung suami rendah, so memang air banyak kat jalan.
Kedai pun takdela jauh sangat dalam 400 meter kot tapi sempatla basah seluar.
Masa otw balik ada nampak akak dok lepak depan rumah dengan anak dia.
Agaknya dia pun pelik nape aku dok berjalan dalam hujan sambil tersengih sengih main air.
Saje lepas gian.

Aku ni spesis takut bila masuk dalam air je, tapi suka sangat main air redah redah air banjir.
Tapi setakat betis ke lutut ke bolehla.
Kalau banjir nak tenggelam rumah, takde maknanya.hihihi

Hopefully hujan akan reda n banjir surutla.
Kesian yang terlibat banjir.
Susah segala galanya.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...