Thursday, December 25, 2014

banjir buruk di kelantan


Assalam.

Ya allah memang tak sangka rupanya banjir tahun ni teruk sangat sangat.
Lepas banjir gelombang pertama ritu, ingat semua akan okay.
Tup tup datang gelombang kedua pulak.
Mulanya pun nampak terkawal je, rupanya makin lama makin teruk.
Lepas air kat dapur surut, hujan reda, ingatkan tempat lain pun sama.

Tup tup banjir kat gua musang berlarutan ke kuala krai.
Malam tadi tengok gambar gambar yang orang share di fesbuk.
Ya allah lautan air merata rata.
Bangunan sekolah yang 4 tingkat tu pun sikit lagi nak tenggelam.
Kalau takde yang terperangkap takpela jugak.
Ni ramai lagi yang tak boleh diselamatkan sebab trak dengan bot dah tak boleh redah banjir.
Helikopter pun takde tempat nak landing.
Just boleh drop bantuan melalui udara je.



Salah sebuah sekolah tempat perpindahan banjir di kuala krai.
Setakat ni air dah cecah tingkat 3.
Orang semua berkumpul tingkat 4.
Imagine kalau air makin naik?

Then, tengok pulak abang ada share satu video di wasap group.
Treler yang panjang n besar tu meredah banjir tup tup terjatuh terus tenggelam.
Macam nak luruh jantung aku tengok.
Aku ni dahla hidrofobia.
Tegak bulu roma bila tengok gambar ni.
Hidrofobia la kot kalau masuk swimming pool pun terjerit jerit kan? Akulah tu. T___T

Ni nasib baik tak hujan lebat sangat, kalau tak lagila buruk keadaan.
Setakat hari ni pulak, air memang dah masuk bandar kota bharu.
Terbaru yang baca tadi air dah paras lutut.



Alhamdulillah aku kat belah bachok ni setakat ni okay lagi.
Hujan pun boleh kata 80% stop.
Pagi tadi adala hujan kejap tapi sekarang cuaca dah panas. Dah naik matahari pun.
Cuma anginla memang kuat sangat bertiup.
Tu je.

Harapnya keadaan macam ni cepatla reda.
Kesian sangat sangat dekat yang terlibat tu.



Sama samala kita berdoa ye... :(

1 comment:

nik ros said...

rumah family nik kat bachok pun ok.risau jugak kalau banjir sampai ke sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...