Monday, December 29, 2014

pasca banjir.


Assalam.

Semalam suami cakap hari ni nak ke bandar.
So mohler kite.
Air kat dalam bandar pun dah surut.
Dah boleh masuk bandar la kot.
Plannya suami nak pi tengok ofis dia.
Pastu kami nak cari barang sikit kat kbmall.

Tapi harapan tinggal harapan jelah.
Kbmall, parkson semua tutup lagi.
Bila tanya katanya maybe esok beroperasi.
Tapi supermarket pacific still bukak.
So masuk jelah tapau barang sikit.

Memangla banjir dah surut tapi sedih sangat nengok keadaannya.
Dengan kotor, dengan selut tebal bertepek tepek.
Jaga kat ofis suami bangunan mpkb cakap maybe hari rabu baru boleh masuk kerja.
Hari ni baru start keje pembersihan.
Tapi aku cakap kat suami ntah ntah hari rabu ni pegi keje nan hado, buat penat je.



Lepas singgah sini suami gerak masuk bandar.
Rata rata yang aku tengok kebanyakan kedai tengah dok cuci cuci jelah.
Adala a few pics yang sempat aku snap.








Then, menghala ke tesco pulak.
Suami bawak ronda atas jambatan sungai kelantan.
Walau air sungai dah surut tapi still boleh nampak laju lagi pergerakan.
Pokok yang hanyut pun kejap je laju je dibawak arus.
Walaupun kata dah surut, tapi still ada a few places n rumah yang tenggelam dalam air.
Hai tak tahula bila benda ni nak back to normal balik.

Hari ni pun dah umum sekolah ditangguhkan lagi seminggu.
Tapi esok dah kena masuk keje. *cries*








2 comments:

Azian Elias said...

sedih sangat...

kesannya pasti lebih hebat.. semoga mrk tabah dan reda..

nik ros said...

teruk nya. lumpur tu.nak bersih ni makan masa jugak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...