Tuesday, March 24, 2015

Emosi.


Assalam.

Maybe disebabkan minggu ni stress terlampau, tup tup 4, 5 biji jerawat naik di muka.
Sampaikan suami pun tegur kenapa dengan muka.
Kawan kawan tempat keje pun tegur.
Bos pun tegur.

semua pelik agaknya sebab sebelum ni aku bukan jenis muka berjerawat.
Selalunya sebelum period naikla seketul.
Tapi kali ni lain macam je.

Hari tu dah naik 2 ketul sampai nampak kesan parut.
Pastu naik seketul besar jerawat batu.
Esoknya naik seketul jerawat nasi bawah hidung.
Pastu naik lagi kat tepi hidung.
Pastu naik lagi kat bawah bibir.
Kali ni aku dh tak berani nak buat main.
Tak sanggup nak bayangkan muka berparut bekas jerawat.

Tak tahula kenapa, tapi pms bulan ni rasa macam teruk sangat sangat.
Dari segi emosi, fizikal.
Tak tahu kenapa. Asik teringat benda tak berfaedah. Asik persoal itu dan ini.
Jadi keras hati. Sakitkan hati sendiri.
Semuanya macam tak boleh ditahan tahan.
Moody, menangis, cari gaduh dengan suami.
Hari ni baru datang mood nak berbaik baik.
Nak bercakap, nak suap dia makan.

Entahla. Hati ni bukan boleh diarah arah.
Dalam doa asik zikirkan benda sama.

Ya allah, tenangkan fikiran aku.
Redhakan hati aku.
Lupakan semua benda yang melukakan hati aku.
Permudahkan semua.
Tu jelah yang aku dok ulang tiap kali lepas solat.
Hati yang gembira paling penting bagi aku.
Rezeki dan yang lain dah jatuh no 2 pun.

Cuma satu je yang aku perasan.
If mood elok, selalunya aku bekeng dengan student.
Tapi kalau mood tak elok, jadi tak bekeng pulak.
Mungkin sebab tenaga negatif dah mengalir ke lain, malas nak ambik pot dengan bebudak.
Sekali sekala bagi can kat dorang.


Saturday, March 21, 2015

Rahsia.


Hilang punca!
Bila rahsia hanya jadi rahsia aku dan dia.
Tak boleh dicerita.
Hanya mampu ditelan saja.
Kau pun tak pernah tahu aku derita.
Hanya pandai berdusta.
Menyakitkan hati, menyesakkan dada.
Tak mampu tenangkan jiwa.

Tapi tak apa.
Kan Allah itu ada?

Aku pun ingin bahagia.
In sha Allah, dipermudahkan segala.

Wassalam. 

Friday, March 20, 2015

cuti sekolah seminggu

Assalam.

Hari terakhir di minggu cuti sekolah.
Esok weekend.
Ahad pun still cuti lagi sebab ada election dun cempaka.
Tapi kelantan jelah.

seminggu cuti sekolah ni aku tak apply cuti pun.
So hari ni kebetulan ada kenduri rumah sedara, mintak nak half day terus dengan boss.
Alhamdulillah, walau last minit, nasib baik lulus.hehe

Aku memang macam ni.
Walaupun masa cuti sekolah boss bagi kebebasan untuk bercuti, tapi selalunya aku jarang cuti.
Rasa sayang je nak habiskan cuti.
Selalunya aku akan apply cuti kalau anak sedara ada balik jelah.
Ni pun, abang yang kat melaka dari ahad lagi dah balik kampung, tapi hari ni baru berkesempatan nak jumpa.
Hari kerja memangla dah tak sempat nak menyinggah.

Alhamdulillah, cuti minggu ni dihabiskan dengan berfaedah.
dalam 4 hari ni sempatla jugak siapkan beberapa hiasan kelas dengan tema bulanan.



Buat simple simple je.
Yang penting nampak ceria n penuh hiasan.
Ada a few hiasan macam belon warna, bulan dengan abc ambik bbm yang adik ipar punya.
Tq ye zira, if u're reading this. :D

Tak sabar nak tunggu hari isnin.
Mesti my students akan happy bila masuk kelas nanti.
Get ready jelah nak dapat pujian dari anak murid sendiri nanti.hihihi

Kepuasan tu kalau anak murid suka dengan apa yang kita buat.
Sambil buat dorang happy, boleh jugak ajar dorang cara nak menjaga barang dalam kelas.
Kena jaga elok elok dan jangan rosakkan apa apa.
Dengan budak senang je.
Sekecik kecik hal, boleh dijadikan proses pembelajaran untuk dorang.

Selain hias kelas untuk student, aku sendiri pun suka sangat if kelas cantik.
Tapi bila ada yang puji, takut ada riak pulak.
So caranya, senyum, cakap alhamdullillah, terima kasih. Tu je. senang kan?
Sekarang ni pun aku cuba praktikkan, tapi kadang2 tu terlupa jugak.hehe

Ok, tu je nak share kali ni. Tq for reading this. :D

Tuesday, March 17, 2015

31yo


assalam.

dah lebih 2minggu baru nak update pasal besday.
takpelah. buat kenangan. hihi

1 mac 2015. 9 malam.
genap 31 tahun umur aku.
tahniah ye muis.
bertambah umur lagi setahun.

syukur alhamdulillah jugak tuhan dah bagi aku hidup sempurna selama 31 tahun.
walau hidup aku takdela perfect mana, tapi aku bersyukur.
cukup makan pakai, cukup keperluan n kehendak, kira okayla tu.
syukur dengan segala takdir tuhan kepada aku.
walau ada kadang kadang rasa tak puas hati n aku kerap persoalkan takdir,
tapi kenala percaya qadha' qadar.
tak beriman aku kalau tak percaya rukun iman yang ke6 ni.

if tahun lepas, aku malas nak ambik pot sayang pasal besday.
maybe sebab baru cecah 3 series, rasa sedihla seposen.
tapi tahun ni ntah kenapa mood menggatai la kot.
dah tua tua perasan lagi nak celebrate.

if orang lain, biasanya umur macam ni seronok menyambut besday anak.
tapi dah aku ni nan hado lagi, excited sambut besday sendiri pun okay je kot.
lagipun aku still young at heart.
age does not matter hokeyyyyy. :p

malam sehari sebelum besday, aku suruh suami belanja makan je.
disebabkan aku ada sebut nak makan ikan bakar dan maggi ketam, so bila keluar rumah je suami tanya nak makan apa.
aku ni menggatal je selalu ajak laki makan megi ketam, padahal aku alergik ketam.
so pergi makan ikan bakar tok bali jelah.





kali ni aku makan nasi sikit je. sepinggan n separuh.
sikit ke tu?hehehe
macam biasa aku ambik udang ketak je.
yang lain suami pilih.
suami tak menyempat je nak makan.
tak sempat i nak snap gambar dah menggagau tangan.


hadiah besday pulak suami dah bagi siap siap petang tu.
dahla bagi dalam plastik kedai je.
takdela balut cantik cantik dengan wrapper happy besday.huhuhu
nasib baikla dapat hadiah best seposen.
terubat luka di hati.


tahun ni dapat gadjet lagi.
entah kenapa bila dapat hadiah ni, aku tak rasa excited sangat.
maybe sebab aku perempuan bukan kaki gajet kot.
hadiah ni pun bila tunjuk kat kawan, ramai cakap baik beli barang kemas.
bila aku cerita kat hubby, dia cakap kan barang kemas dah ada.
iyelah, tahun lepas pun dia dah bagi rantai.
tapi kan ke best if duit beli ipong ni buat beli bangle pandora ke.
mesti aku happy ala ala pharrel william gitu.
tapi takpela, dah orang nak bagi, syukur ye muis.
sayangla kot kat bini dia ni.hahaha

then, esoknya hari birthday kebetulan kena pergi hospital.
so mintak la kek besday dengan laki.
dia bagi duit je, kek beli sendiri. kejam sungguh.
nasib baik bini jenis selamba.
beli kek n tulis wish untuk diri sendiri. ada apa hal.hahahaha




3 keping cukupla. tapi tersilap beli new york cheese.
patut ambik marshmallow cheese, baru nampak ceria sikit.
laki awal awal lagi dah bagitahu dia taknak makan kek.
eh memangla sape nak bagi kat dia pun.
setakat 3 keping celah gigi i je.hihi

alah laki pun, macamla tak tahu bini dia ni mengada ngada lebih.
layan jelah setahun sekali.
orang lelaki ni kadang tak tahu kot.
kalau bini ni happy, in sha Allah rumah tangga aman bahagia.
bukan susah sangat pun nak gembirakan aku ni.
buat je semua macam yang aku suruh atau nak, of kos la aku jadi happy.
senang je kan?hihi.



ok, tu je nak bebel. tq for reading this...






Monday, March 16, 2015

saving duit hijau


Assalam.

just sharing.
start awal bln january, aku istiqamah save duit hijau. Duit rm5.
sekarang ni dah hujung bln 2, alhamdulillah aku berjaya kumpul 84 keping bersamaan rm420.

aku memang sediakan satu purse khas untuk save duit hijau.
asal ada je duit hijau terus simpan.
if satu hari tu dapat sampai 6, 7 keping duit hijau, memang semua simpan.

tipsnya, jangan fikir banyak, simpan je.
Tup tup aku ni dah macam ketagih je nak simpan duit hijau ni.
macam best je tengok duit makin lama makin banyak.hehe
Tiap malam sebelum tidur wajib aku kira dulu duit hijau.

Pagi pagi bukak wallet suami, rembat sekeping duit hijau setiap hari.
If takde duit hijau, mesti membebel kat dia.
Malam sebelum tutup kedai, tolong simpankan duit hijau sekeping ye untuk saya.Huhu

plan mulanya nak cukupkan simpan 100keping baru nak masuk bank.
Tapi fikir punya fikir, kot tetiba ke purse ni hilang ke hapa, naya je.
Aku ni dahla pelupa.
So, decide nak masuk tabung haji je.
Nak tambah saving seciput yang dah lama sangat tak bergerak dalam tu.haha


Simpan rm400 je. Bakinya untuk start saving balik.
Tapi bila dah masuk bank ni, risau jugak.
Kot kot terguna ke hapa
If dok pegang duit hijau tu memangla sayang dan tak guna.
If terguna, mesti cepat cepat ganti balik.
Tapi kalau tak simpan risiko nak hilang pulak.
So simpan jelah.

update.
start saving balik dah duit hijau
sekarang dah ada dalam 29 keping.
kali ni target cecah 100 keping baru bank in.
chaiyok muis.



Saturday, March 14, 2015

berduka.


Assalam...

Ternampak kawan share di fesbuk tadi. 
Manusia memang macam ni ke?
Bila tengah bersedih, ada masalah baru nak ingat tuhan kan?

Tak kata kat orang. 
Aku pun macam tu lah. 
Kalau sedih, barulah rajin nak baca quran. Barulah rajin nak solat sunat. 
Masa tulah baru nak ingat tuhan. 

Masa gembira, masa senang tak bersyukur. 
Lupa yang kegembiraan dengan kesenangan tu dari tuhan jugak. 
Hah, sekali datang musibah, baru nak ingat tuhan. 

Ok, tu je nak membebel. 
Im not in the mood. 


Friday, March 13, 2015

menyesal.


Assalam.

Rasa macam bangang je perangai aku sejak dua menjak ni.
Asal malam mulala stress fikir nak makan apa.
Kalau suami pergi kedai n tanya nak makan apa, bila aku cakap tak tahu nak makan apa, taknak nasi nanti gemok dia mesti speechless.
Selalu jawapan dia, lerr....
Tu je.huhu

Lepas tu kalau terbabas makan nasi mulala menyesal.
Siap dok terfikir banyak mana portion yang dah makan.
Yang peliknya hari kerja je aku asik terasa nak makan.
If weekend, aku rilek je tak breakfast, pukul 2, 3 baru makan nasi.
Agaknya sebab badan letih kerja kot, tu asik lapar memanjang.

Ni semua gara gara berat badan makin turunla ni.
Bulan lepas 58 kg, ahad lepas dah jadi 56kg.
Wahh kemain lagi aku happy.
Terus terasa nak maintain atau makin kurangkan, tapi nampak gaya macam makin nak menambah berat pun ada.

semalam kemain la konon tengahari taknak makan.
Tapi rupanya balik je kerja petang, suami ajak pergi kenduri rumah sepupu dia.
Makanla sikit.
Then, kirim kat suami nak ayam je 2 ketul.
Tapi lambat sangat delivery sampai, bini ni dah kelaparan masuk dapur buat nasi goreng ikan masin.



Last week suami belikan sebotol terus.
Dah bini asik mengorder nasi goreng ikan masin je, perli i la tu.
Makin senangla aku nak proses nasi goreng ikan masin tiap malam.huhuhu

Nampak gayanya aku kena main taktik la if taknak makan malam.
Taktiknya setiap malam kalau mengantuk je, terus tido.
Aku boleh je tido if perut lapar. Dah biasa.hehehe



Sunday, March 08, 2015

8th Visit: HSG Experience


Assalam.

Nak bercerita pengalaman hsg yang aku lalui kejap tadi.
Serius, sampai sekarang kalau teringat masih rasa sedih n menangis.

Walaupun nurse yang in charge cakap kena datang 2 jam lebih awal, tapi bila aku sampai 12.30, nurse dekat wad mawar cakap kena datang balik pukul 2.
Sebabnya pukul 1 dah lunch break, sape pulak nak uruskan hsg ni.
So aku pergi surau n lepak je dulu.
Masuk waktu zohor, terus solat.
Dalam doa, memang dah bermohon semoga dimudahkan segalanya.
aku ni penakut, so mintak supaya Allah berikan kekuatan.

Pukul 2, aku dah sampai wad mawar lagi sekali.
Lama jugak menunggu ada doktor free, sebabnya doktor yang akan bawa aku ke jabatan xray n radiologi.
Bila sampai situ, terus tukar baju n pkai baju n kain hospital.
then, terus naik katil standby untuk proses.

Bila nampak nurse dok sedia alatan, mmg tak tak rasa berdebar pun.
Bila dia masukkan spatula n lain lain alat rasa okay jelah.
Sebab dah biasa masa treatment sebelum ni.
Tapi bila dia nak masukkan alat yang dia refer as belon, warna kuning, masa tu start rasa sakit.
Tapi still diam.
Doktor yang buat tu pun keep on asking whether aku ok ke tak.

tapi bila dia on skrin untuk x ray n start inject cecair, terus rasa sakit sangat sangat.
Sakit sampai aku mengaduh sakit sakit yang keluar dari mulut aku.
Agaknya terkejut dia terus stop.
Bila aku toleh ke skrin, nampak cecair tu baru masuk saiz lebih kurang duit 50sen.
Lepas tu bila dorang discuss, rupanya cecair tu keluar balik.
Sebabnya saiz belon yang guna tu besar.
So tukar saiz n ulang lagi sekali proses.

Kali ni, memang aku rasa cuak sangat sangat.
Bila xray dia gerakkan ke badan n start inject, aku tarik nafas macam yang doktor ajar tapi halfway memang rasa sakit sangat sangat.
Air mata memang dah bercupak cupak keluar.
Dengan mulut aku dok sebut sakit sakit n aku siap mengerang n jerit stop, stop 2, 3 kali.
Cuma aku jerit perlahan jelah, sambil mengaduh ngaduh sakit.
Tapi kali ni memang doktor terus je suntik non stop sambil suruh aku sabar n tahan tahan tahan.

Allahuakbar.
Masa tu disebabkan terlampau sakit, aku sambil tak boleh nak tarik nafas.
N memang sampai terdetik di hati aku taknak anak.
Aku taknak anak.
In fact, masa tengah menaip ni pun sambil nangis. Sengal kan?

Bila doktor cakap ok dah siap, berkali kali aku sebut nama Allah.
Ngeri sangat aku rasa pengalaman aku ni.
Disebabkan aku tak tengok masa sebelum masuk so tak tahu yang sebenarnya berapa lama proses ni.
Tapi memang sejam or lebih.
Bila tanya suami memang dia cakap sejam lebih. Lama.
Paha n kaki memang rasa lenguh dok mengangkang.
Masa dia nak x ray n  inject ubat je boleh lurus kaki kejap.

Keseluruhan proses ni aku boleh cakap lebih kurang 5 kali spatula tu keluar masuk.
dengan alat yang aku nampak mcm batang playar cuma hujungnya bentuk macam gerudi.
2 kali masuk belon kuning n 2 kali proses inject yang sakitnya tuhan jelah yang tahu.

Aku baca dalam blog ttc, ramai cakap macam senak je.
Tolongla, bukan rasa senak hokey.
Serius demi Allah rasa sakit.
Cuma sikit n banyak terpulang pada individu tulah boleh tahan ke tak.

Bayangkan jelah, if selalu kita sakit perut, kita boleh bereaksi dengan bengkok kan badan dan pegang perut.
Tapi aku ni, terbaring menelentang dengan tangan keatas, dengan rasa sakit dok mencucuk cucuk kat bawah n kawasan peranakan, tak tahu nak menahan sakit macam mana.
Bila datang sape entah nurse ke doktor pegang tangan aku, memang aku pegang kuat kuat masa dok tahan sakit tu.
Mengalahkan orang nak beranak.

Then, bila semua dah siap, doktor yang temankan dari wad mawar bagi aku air n panadol 2 bijik.
Masa tu aku nampak hidung n mata dia merah.
Agaknya tengok aku menangis nangis, dia pun sedih sama.
Dahla dia cakap dia mengandung, so maybe sensitif la sikit.
Kesian pulak kat dia.
Bila aku sembang dengan dia, memang nampakla dia doktor baru n yang ni first time dia join proses hsg ni.
Tapi dia just tengok jelah.
Bukan bidang dia.

Hasil dari hsg ni, walaupun prosesnya menyakitkan, tapi alhamdulillah dapat good news.
Menerusi x ray tu, alhamdulillah kedua dua tiub falapio aku ok, tak tersumbat.
So in sha Allah nanti boleh proceed dengan IUI.

suami pun nampak happy.
then bila dia tahu aku ada bleeding jugak sikit, siap pesan x boleh minum ais, tak boleh makan goreng goreng, aiskrim, benda benda mengarut.
Hmm, sayang jugak rupanya kat bini ni.hehe

aku pun tanya doktor jugak siap siap, proses IUI nanti mana lagi sakit dengan hsg ni.
Doktor cakap IUI in sha Allah tak sakit macam ni.
Lebih kurang rasa macam buat test pap smear je.
Alhamdulillah. Lega sikit dengar.

Then doktor pesan if bleeding tu banyak n packed 1 pad, dia cakap kena cepat cepat datang emergency.
Lepas siap tu pun bila aku masuk tandas nak bersih, memang dah start keluar darah sikit.
Nasib baik dah memang bawak spare pantyliner n pad.
Dalm dok sakit tu sempat lagi nak snap pakai baju hospital, hehe.
Tapi bateri pulak flat. Saje je nak buat kenangan.

Tapi bila proses ni dah siap, entah kenapa badan rasa letih, lesu, macam nak demam, semua adalah.
Masa mandi tadi pun rasa macam orang demam, sejuk sangat sangat, padahal cuaca kat luar panas.
Nasib baik dah apply cuti 2 hari. N dapat mc sehari.
Nak rehat rehat bagi ok badan jelah dulu.

Ya Allah, moga lepas ni segala urusan dipermudahkan..
Bagila aku kekuatan ya Allah. Amin.


Saturday, March 07, 2015

kucing mengantuk.


Assalam.

Tengok kat dashboard blog tadi, untuk tahun 2015 baru ada 4 entri. Wakaka
Memang pemalas tahap maksima nak update blog.
Bila buat entri, kesudahannya asik masuk draf je.huhu

Start minggu ni, aku mengajar tuisyen balik.
Tapi kali ni kelas mula pukul 10.30 pagi.
So, pagi banyakla masa nak rileks.
Nak basuh n jemur baju.
Nak main masak masak kat dapur.

Nak dijadikan cerita masa nak jemur baju tadi, ternampak kucing duduk atas rumput.
dia duduk tapi mata pejam.
aku dok perati je nape pulak dengan kucing laki aku ni.
Mula mula kepala maintain je, tapi makin lama kepla makin tunduk makin tunduk n terus tersengguk.
Hahaha memang aku gelak sungguh sungguh.
Tersengguk sengguk sama macam anak murid aku masa solat.
Bila dh tersengguk terus terbukak mata, terangkat kepala dia.
Dia tengok je aku.
Pastu mata terpejam balik. Sah, dia mengantuk.hihi.
Tulah, malam malam ko taknak tidur sangat.
Nak kejar tikus sangat.

Lepas tu macam tadi jugak.
Bila mata pejam makin lama makin tunduk, makin lama makin tunduk.
Aku cepat cepat masuk bilik ambik tab nak snap gambar dia.
Tup tup bile keluar je..amboihhhh, dah terbaring siap atas rumput.
Hah, tulah. Nak tidur, baringla elok elok.
Tidur sambil duduk memangla tersengguk sengguk.hihihi



Comel je baring macam tu. Mengantuk sangat la tu.
Nasib aku tak ambik kain pelikat laki je selimutkan dia.hahaha
Nasib baikla ada kucing, ceriakan pagi aku.

then, siap jemur baju terus masuk dapur.
Masak sardin dengan goreng ikan tenggiri masin je.
Senang laki bangun nanti terus makan.
Saya kan isteri solehah.hihihi






Sunday, March 01, 2015

7th Visit: Appointment For HSG


assalam.

bulan ni tetiba kitaran period beralih ke 26 hari.
patut period hari ni tetiba je jumaat lepas dah bercuti.
takpelah, so hari ni hari ketiga terus apply cuti untuk set tarikh buat HSG.

pagi ni datang dengan suami je.
lepas dia drop kat depan hrpz, dia terus masuk ofis.
so aku naikla tingkat 4, klinik o & g dan cari nurse yang entertained aku last week.

so dia bagi borang yang dr wan dah isi rabu lepas.
dalam borang tu ada jugak berkaitan dengan alergik yang aku ada.
alergik dengan seafood dan ubat selsema.
so sebelum proses HSG kena makan dulu ubat.

bila aku tengok dr tulis dekat slip tu steroid aku terus macam alamak, aku kena makan dadah?
hihi drama je kan.

so lepas ambik borang perakuan yang aku ni setuju nak buat HSG ni, kena pergi ke unit x-ray.
serah borang dekat situ dan dia bagi satu borang pink.
dekat borang tu ada maklumat bila aku kena buat HSG.
ingatkan lama lagi, rupanya ahad depan dah kena buat treatment ni.

untuk treatment nanti, nurse cakap kena datang 2 jam lebih awal.
then kena consume ubat dulu dalam pukul 12.30 tengahari tu.
lupa dah nama ubat tu.
tapi ubatnya kecik n kena makan 8 bijik.
kemain lagi pahit.huhu.
so hari ni terus pergi ambik ubat tu dekat farmasi.
Ubat ni jugak kena ambik 8 biji 12 jam sebelum.

tu jelah. bersambung dengan next entri terus ke hsg prosedur. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...