Thursday, April 30, 2015

umrah ziarah mak ayah


assalamualaikum.

petang selasa mak ayah dah selamat berangkat ke mekah.
disebabkan tahun ni masih belum dapat panggilan nak buat haji, so mak dah plan nak buat umrahla dulu.
walaupun petang selasa baru berangkat, tapi mak ayah dah naik kl hari sabtu lagi.
travel agency yang dorang ambik ni pun based dekat kl.
KRS Travel Agency.
mak ayah ikut travel agency yang pakcik pernah ikut dulu.
so senang semua pakcik handle.
kiranya takdela geng sedara mara atau orang kelantan.
tak pelah, yang penting selamat pergi balik dan boleh buat umrah tanpa masalah lain.
kami kat kelantan ni hantar di airport sabtu lepas jelah.
so semalam kakak, abang n adik yang duk belah luar  hantar dekat klia.



gambar dari wasap yang adik share.
hensem je ayah bila pakai ihram ni.
tapi bila tengok gambar ni rasa sedih la pulak.
walaupun mak ayah pergi umrah sekejap je tapi still rasa sedih.

typical me.hehe
mak jangan cakapla.
dari hari sabtu lepas dah sedih.
nak tinggalkan mak dia, adik beradik dia, anak anak n cucu semua.
kali ni pun sama, lagilah sedih.

pagi selasa tu masa otw pergi kerja sempatla kol bercakap dengan mak ayah.
dekat mak aku pesan suruh doakan semoga aku dapat anak, dapat kerja gomen.hahaha
n doakan supaya panjang jodoh aku dan suami.
dan aku kirim jugak kismis besar besar n kacang cerdik.haha mak gelak je.

dekat ayah pulak aku pesan jangan gaduh gaduh dengan mak.
n belikan aku jubah putih.
ayah cakap jubah putih kat kelate berlambak, tak payah sampai nak beli kat mekah.hahaha
pastu masa dok cakap pasal jubah tu aku dengarla mak dok membebel asik beli jubah pakainya tak.huhuhu.

if mak aku tak risaula sebab in sha Allah dia sihat walafiat.
tapi ayah tu risaula jugak.
ayah nampak je sihat tapi selalu sakit kakila, sakit itula, sakit inila..
semoga mak ayah sihat jelah kat sana.

in sha Allah, dalam perlindunganNya.

tadi petang nasib baik mak kol bila dah habis keje.
Bila nampak nombor dari arab saudi aku terus jawab kol.
Alhamdulillah mak cakap dia dengan ayah ok je, sehat takde masalah.
suara mak pun dengar ceria je.
Gembira la kot sampai jugak impian dia nak jejak mekah.
terubatla dulu hati sementara nak tunggu dapat panggilan haji.

mak ayah dijangka balik 8mei.
agaknya dalam 9,10 mei sampaila rumah kot.
tak sabarnya. nak makan kismis dari mekah.hehe. tu je.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...