Tuesday, August 18, 2015

candy buffet party


Assalamualaikum.

2 minggu lepas lebih kurang, tadika aku buat sambutan birthday sekali dengan candy buffet party.
disebabkan tahun ni trip takde, so pn boss decide ganti dengan candy buffet party je.
kiranya sejak aku kerja sini, nilah first time kitorang buat event macam ni.
so semua tak sabar n tak boleh nampak lagi flownya cane.

rupanya on that day kitorang tak payah buat apa pun.
semua dah setel just kita kena kontrol budak pastu ikut jelah jadual majlisnya cane.
dalam candy buffet party ni selain sambutan birthday, ada aktiviti sand art dan magic show jugak.
gambar ni pun yang ambil dari OP je. 



sambutan besday pelajar bulan july.



candy buffet siap dengan chocolate fountain.
ada station ice cream jugak.
takde gambar.



sementara student bergilir buat sand art, ada jugak clown nak hiburkan dorang
masa mula mula nampak clown semua macam waaaaa.
sorang stduent aku siap tanya masa clown melintas depan kelas.
teacher, mana badak?
aku macam...badak?
rupa rupanya nak cakap badut.huhuhu



stop jap untuk makan
setakat budak banyak manala sangat makannya.
kek sekeping.
mashmallow dengan coklat.
ambik lollipop. tu jelah.
teacher pandai pandaila menyelit kalau nak ngap serba sedikit.hihi.



lepas makan ada persembahan magic.
tapi bukan untuk semua student la.
yang ni just student yang sambut birthday, dengan kelas 4 dan 6 tahun je.



bebudak jakun. first time tengok magic show kot.hihi
aku layan la jugak.
pastu bila asik dok terkekeh gelak tetiba terdetik, kalau aku pregnant cane?
tak elok kot dok gelak gelak kan clown tu.
so aku keluar n pegi layan aiskrim je.hihi
saje mengada padahal bukan mengandung pun. tapi manala tahu kan?





aktiviti sand art.
selitla gambar ticer sekeping.hihihi
kita pun nak enter frame jugak. ;p

ok, tu je nak cite. 

Sunday, August 16, 2015

Game over!

Assalamualaikum.

Minggu ni entah kenapa rasa penattttt sangat.
Penat dengan laundry.
Penat dengan masak masak.
Penat dengan tetttt.hehe
Tapi yang paling penat, penat melayan game.
Semenjak 2 menjak ni entah kenapa aku macam ketagihan main game pulak.
Takdela main game glamer glamer.
Bukan aku pandai pun.hehe

Tapi bila layan game, selgi tak capai target macam yang aku nak, memang aku takkan berenti.
Dah seminggu ni aku asik tak boleh capai ranking no 1.
Tapi semalam gigih punya pasal, tup tup dapatla cecah markah 780k.
Elok je aku nak save point, tab tetiba hang.
Eeei rasa nak baling je tab ke dinding.
Bila hang, kena off, bila on balik memang takdela markah tu dalam scoreboard.huhu
Yang tak tahan tu siap mengadu kat laki tu.

Aku punya layan game sampai jadi pening2 lalat.
Menjelang malam, dah rasa berat n sakit kepala.
Selalunya if hari cuti n panas, memang aku akan sakit kepala.
Tapi semalam takdela panas pun.
Konfem sebab banyak jam sangat layan game.
Aku tak tahula orang lain main game cane.
Kalau cakap main game boleh release stress, tipu sangat.
Aku main game lagi stress.huhu

Pagi ni bangun je tidur terus cari tab. Kena cepat cas sebab nak main game lagi.haha.
Semalam pun masuk bilik nak tidur tapi sempatla round layan game. Stop pun sebab bateri dah takde.hiii.
Lepas tu pandai mengadu kat laki sakit kepala la, sakit lenganla. Lenguh sebab main game.hahaha

Sekarang lesson plan dah siap.
Masak lunch dah.
Makan brunch pun sudah.
Masa untuk gameeeee, yahuuuu.

Hari ni untuk brunch aku masak ayam goreng pedas, ikan rebus goreng, sayur kubis telur je.
Simple tapi sedap.

Suami n anak of kos la makan bertambah.
Aku je makan nasi sesenduk, tapi lauk kena banyakla.hehe
Gulai gulai ni tak payahla.
Setakat makan satu sudu kuah, buat penat menggulai je. Padahal aku tak reti.hahaha

Okayla, tu je nak update untuk hari ni.
Kejap lagi nak balik rumah mak.
Saya nak sambung main game jap ekkkk. Daaaa

Saturday, August 08, 2015

My name is huang.



Assalam.

Dah 2 hari aku menangis nangis tanpa sebab.
Bila suami tanya aku ckp takde apa apa.
Adala kot sebabnya. Tapi sebab spesifik susah nak cakap kat dia. Tak tahu nak cakap apa. Nak cakap aku sedih?

Mungkin aku terlalu stress kot.
Kecewa dengan banyak perkara.
Mungkin aku saja buat perangai nak dapat perhatian suami.
Kadang kadang rasa pelik.
Aku ni kalau luaran, memang nampak konfiden, jenis outspoken, kental etc etc.
Tapi bab emosi, bab dalaman ni, aku jenis lemah sikit.
Cengeng. Suka beremosi.  Ada ke patut tengok miss usa pun boleh berair mata. Sedih. Boleh macam tu?

Satu yang aku perasan dari dulu lagi, aku ni tak boleh kalau orang tak beri perhatian kat aku.
Aku nak selalu disayangi, nak selalu jadi perhatian.
Dari sekecil hal, memang aku mudah terasa.
Aku selalu rasa tak disayangi.
Selalu rasa suami tak sayang.
Selalu rasa mak tak sayang banding dengan adik beradik lain.
Pendek kata, aku kalau bab kasih sayang ni jadi insecure.

Tapi yang peliknya, lepas menangis boleh plak makan nasi sepinggan.
Sambung lagi dengan cookies pulak.
Then boleh pulak terkekeh ketawa tengok tv.

Agaknya betol la yang aku pernah baca dulu.
Sape sape yang dilahirkan awal malam, mood jenis mudah berubah.
1 saat sedih, kejap je boleh ok.
Satu masa ok, sekelip mata je aku boleh jadi badmood. Penat la weh. 

Hari ni bila bangun mood macam ok la sikit.
Bangun je terus mandi n masak.
Ingatkan anak takde pergi sekolah hari ni, so nasi masak cukup2 jelah untuk aku dan suami
Rupanya anak ada,so kena masak nasi lagi.
Anak dahla makan banyak.hehe takut tak cukup.
Motto aku kalau bab makan minum ni baik terlebih dari tak cukup.hehehe

Hari ni buat sambal ikan bilis, goreng ikan je.
Pastu beli je gulai daging kerutup.
Then ada lagi lebihan ulam pegaga yang semalam.
Lepas makan suami keluar baiki motor n hf dia rosak katanya.
Aku balik rumah mak je. Anak takpe dah besar, dok main dengan sepupu2 dia je.
Singgah pasar beli pisang goreng, nasi air untuk nenek.
Tapi rupanya mak, ayah n nenek semua puasa 6, last day.

Mak tanya aku tak puasa 6 ke tak? Hehe malu nak cakap.
Aku cakapla hari kerja tak larat nak puasa.
Letih dengan budak budak. Tapi mak cakap puasa sebulan boleh pulak?
Hehe tu lain. Yang tu wajib n suasana lain.


Sekarang ni banyak aplikasi mengarut macam ni kan? Selalu aku dapat link dari kawan kawan yang share kat facebook. Tapi best je layan. Untuk suka suka.

Chinese name aku huang? Macam nama jantan jekk...haha mentangla nama aku isruzaini, nama jantan. Tapi royal highness tu yang tak tahan. Kerabat raja dinasti cina rupanya aku ni.hahaha. tapi bab bijak, berpengetahuan, orang selalu cari aku untuk pertolongan dan nasihat tu memang betulla sangat.hahaha.

Ok, aku rasa macam mood aku dah makin ok jer.

Friday, August 07, 2015

Redha la muis

Assalam.

Hari ni rasa stress la pulak. Frust betol bila apa yang kita plan tak menjadi disebabkan orang lain yang tak efisien dalam kerja.

Tapi betolla orang cakap, kita hanya mampu merancang, tuhan yang tentukan. So aku anggap jelah ni antara dugaan yang aku kena tempuh. Redha la muis.

Patutnya sebelum bulan puasa hari tu lagi aku dah boleh proceed dengan iui, tapi disebabkan misscommunication dalam setting date, last last iui ni kena tunda lepas raya.

Punyalah aku tak sabar tunggu first period lepas raya. Tup tup ada jugak halangan kali ni. Hampir 2 bulan menunggu, nampaknya aku kena tunggu lagi sebulan. Apalah nasib. Dugaan macam nilah yang selalu buat aku stress, tension n takde mood.

Kadang rasa nak give up je dengan hidup ni. Kenapala banyak sangat dugaan datang bertimpa timpa? Apalah dosa aku ya Allah? Mujur iman tu ada. Pujukla hati sendiri. Memang dah takde sape yang boleh tolong aku melainkan aku sendiri dan Allah. Redha la muis.

Nak marah pun dah takde guna.
Nak nangis buat membazir air mata.
Nak diluah dah habis kata kata.
Nak ditelan, sabar pun dah takde.
Apa aku boleh buat? Redha jelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...