Saturday, August 08, 2015

My name is huang.



Assalam.

Dah 2 hari aku menangis nangis tanpa sebab.
Bila suami tanya aku ckp takde apa apa.
Adala kot sebabnya. Tapi sebab spesifik susah nak cakap kat dia. Tak tahu nak cakap apa. Nak cakap aku sedih?

Mungkin aku terlalu stress kot.
Kecewa dengan banyak perkara.
Mungkin aku saja buat perangai nak dapat perhatian suami.
Kadang kadang rasa pelik.
Aku ni kalau luaran, memang nampak konfiden, jenis outspoken, kental etc etc.
Tapi bab emosi, bab dalaman ni, aku jenis lemah sikit.
Cengeng. Suka beremosi.  Ada ke patut tengok miss usa pun boleh berair mata. Sedih. Boleh macam tu?

Satu yang aku perasan dari dulu lagi, aku ni tak boleh kalau orang tak beri perhatian kat aku.
Aku nak selalu disayangi, nak selalu jadi perhatian.
Dari sekecil hal, memang aku mudah terasa.
Aku selalu rasa tak disayangi.
Selalu rasa suami tak sayang.
Selalu rasa mak tak sayang banding dengan adik beradik lain.
Pendek kata, aku kalau bab kasih sayang ni jadi insecure.

Tapi yang peliknya, lepas menangis boleh plak makan nasi sepinggan.
Sambung lagi dengan cookies pulak.
Then boleh pulak terkekeh ketawa tengok tv.

Agaknya betol la yang aku pernah baca dulu.
Sape sape yang dilahirkan awal malam, mood jenis mudah berubah.
1 saat sedih, kejap je boleh ok.
Satu masa ok, sekelip mata je aku boleh jadi badmood. Penat la weh. 

Hari ni bila bangun mood macam ok la sikit.
Bangun je terus mandi n masak.
Ingatkan anak takde pergi sekolah hari ni, so nasi masak cukup2 jelah untuk aku dan suami
Rupanya anak ada,so kena masak nasi lagi.
Anak dahla makan banyak.hehe takut tak cukup.
Motto aku kalau bab makan minum ni baik terlebih dari tak cukup.hehehe

Hari ni buat sambal ikan bilis, goreng ikan je.
Pastu beli je gulai daging kerutup.
Then ada lagi lebihan ulam pegaga yang semalam.
Lepas makan suami keluar baiki motor n hf dia rosak katanya.
Aku balik rumah mak je. Anak takpe dah besar, dok main dengan sepupu2 dia je.
Singgah pasar beli pisang goreng, nasi air untuk nenek.
Tapi rupanya mak, ayah n nenek semua puasa 6, last day.

Mak tanya aku tak puasa 6 ke tak? Hehe malu nak cakap.
Aku cakapla hari kerja tak larat nak puasa.
Letih dengan budak budak. Tapi mak cakap puasa sebulan boleh pulak?
Hehe tu lain. Yang tu wajib n suasana lain.


Sekarang ni banyak aplikasi mengarut macam ni kan? Selalu aku dapat link dari kawan kawan yang share kat facebook. Tapi best je layan. Untuk suka suka.

Chinese name aku huang? Macam nama jantan jekk...haha mentangla nama aku isruzaini, nama jantan. Tapi royal highness tu yang tak tahan. Kerabat raja dinasti cina rupanya aku ni.hahaha. tapi bab bijak, berpengetahuan, orang selalu cari aku untuk pertolongan dan nasihat tu memang betulla sangat.hahaha.

Ok, aku rasa macam mood aku dah makin ok jer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...