Wednesday, September 02, 2015

keras kepala.

assalam.

suami selalu cakap aku ni keras kepala.
senang cakap degilla.
tapi bagi akula, aku ni degil bertempat.
bukan degil membuta tuli.huhu.

tapi aku memang kena mengakula yang aku ni memang keras kepala, degil  dan selalu nak kena menang atau kena mengikut kehendak aku.
tak kirala dengan sape, pasal apa, seboleh bolehnya kena ikut kepala aku.
sebab tu if ada apa apa, suami malas nak layan.
sepatah dia cakap, sepuluh patah aku patahkan balik apa yang dia cakap.
so bila dia malas nak layan, dia selalu cakap aku ni keras kepala.huhu.

macam semalam.
masa kat tesco aku berkenan satu blaus yang display kat patung.
so bila cari tak jumpa aku tanyala salesgirl kat situ.
dia cakap yang tu last piece. tinggal selai yang display je.
so aku cakap takpela aku ambik jelah yang display ni.
boleh ke? aku tanya.
memula salesgirl tu asik dok ulang yang ni untuk display je, macam berat hati jelah nak jual, tapi aku pun cakap jelah aku nak. so kalau semua baju dah tak ada apa relevannya nak display lagi?

lepas tu masa dia nak bukak baju tu, ternampakla yang tagnya dah tak ada, tercabut tanda harga.
so dia cakap tak boleh jual.
memang aku tak puas hati la kan?
if baju tu ada mestila dalam komputer dia dalam stock pun ada.
tapi dah dia dok ulang cakap tag tercabut, ok fine.
so aku sambung cari barang.

bila nak bayar, nampak supervisor ada kat area kaunter.
so aku terus pergi dekat dia n tanya boleh tak aku nak beli if takde tag harga.
dia cakap boleh je n suruh sorang budak lelaki assist aku.
so aku bawak la dia ke department baju tu.
masa tengah jalan tu, aku tanyala dia, boleh ke beli if takde tag harga.
so dia reply, boleh je kak, asal customer nak, semua boleh.

hmmm, memang tepat sekali jawapan budak tu. bagus dia buat kerja.
so bila sampai kat situ, dia cakapla kat salesgirl dekat situ aku nak baju tu.
last last dengan muka tak puas hati, salesgirl tu ambik la jugak baju tu.
kena bukak lengan patung, tudung, rantai, n patung tu pakai bra jugak.hihi..
macam kelakar je. dahla bra yang takde padding pun. agaknya patung tu asal patung jantan kot, takde teeettttt.hahaha

paling tak tahan walaupun aku tak tanya, dengan kerek siap cakap lagi baju tu harga berapa.
then aku cakap ok je.
amboi, dah orang nak beli tu mestila ada duit.
kat tesco je pun, bukan butik kot.
so aku ambik n try, walaupun saiz s, nasib baik muat.

lepas tu aku pergi beratur je dekat kaunter, n budak lelaki tu hantar baju tu siap dengan codebar. setel.
kerana kekerasan kepala aku ni, dapat jugak akhirnya apa yang aku nak.
i am one happy customer.

see? keras kepala tak salah. asalkan bertempat.hihihi



saya budak keras kepala...peace yawww :P

p/s entri lama terperuk dalam draf.hihi




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...