Saturday, October 31, 2015

Kasut hitam

Assalamualaikum.

Hari ni ada annual meeting tadika kat hotel perdana.
So kenala pakai formal attire.
Yang masalahnya tetiba kena wajib pakai kasut hitam.
Aku memangla ada kasut tertutup sepasang yang boleh pakai masa ihtifal, masa sukan pun boleh tapi masalahnya bukan warna hitam, tapi warna kelabu.
Mulanya plan nak pakai je tapi risau jugak kang orang lain semua pakai hitam, i sorang je kelabu matikla kena tembak kat bos.huhu

So semalam keluar la cari kasut n jumpala sepasang.
Takdela berkenan sangat tapi bolehla sebab nak pkai kejap je.
Lepas tu singgah jugak beli barang lain.
Bila sampai je rumah tengok2 plastik kasut takde.
Alamak, tertinggal kedai ke?

So keluarla balik cari kasut yang tertinggal.
Bila cari kat dua kedai sebelum tu, semua cakap takde pulak nampak kasut aku.
Bila ingat ingat balik rasanya lepas bayar, aku tak ambik kot kasut tu.
Kebetulan pulak masa beli tu kedai tu memang dah nak tutup sebab hari jumaat semua kedai tutup awal.
Dahla urgent nak pakai esok.huhuhu

Petangnya lepas siap lunch, aku cakap kat suami nak pergi kedai.
Laptop tetiba rosak, so kena guna pc tadika nak siapkan monthly report student.
Lebih kurang pukul 5, lepas setel kerja pergila pulak supermarket kot kot ada kasut berkenan.
Gigih lagi nak cari kasut lain.hihi
Lepas tu pergi bata jugak. Try kasut yang tu yang ni, last last tak beli jugak.
Gamble jelah pakai kasut kelabu.
Masa tu memang dah rasa stress dah.
Tub tub sebelum tidur tetiba teringat mak ada beli sepasang kasut masa nak pergi umrah ritu.

So pagi tadi singgahla rumah mak dulu.
Syukur sangat kasut mak sama saiz dengan aku. Elok elok je muat kat kaki aku.
Alhamdulillah, akhirnya mak jugak penyelamat masalah aku.hehe


Sempat singgah belikan brekfast mak ayah.
Ayah sengih je bila aku cakap belikan dia roti canai telur. Faveret tu.
Alhamdulilah, benda kecik pun hopefully boleh buat mak ayah gembira.


Kasut hitam pinjam.
Cun je kat kaki aku.kahkahkah
Tq mak :D






Sikit hari lagi boleh rembat salah satu ni cun gak kan?
Aku tak suka kasut ladies.
Yang ni senang boleh jalan buat gaya bebas tak payah nak control cun.hihi

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 14, 2015

Assalamualaikum.

Salam maal hijrah untuk semua.
Alhamdulillah, syukur kita ni masih panjang umur n sempat bertemu tahun baru lagi.
Semoga tahun baru ni akan bawa banyak keberkatan dan kebaikan dalam hidup kita semua. Aminnnn.

So hari ni macam biasa cuti. Sayangnya jatuh hari rabu. So esok kena kerja lagi.huhuhu
Tapi takpe. Saya suka kerja.
Last 2 days rasa tak sedap badan tapi aku still pergi kerja. Suami cakap kalau rasa tak sedap bafan rehat jelah kat rumah.
Tapi aku rasa kalau stay rumah, jadi tak aktif n lagi sakit kot.hehe
So hari pertama yang rasa macam nak demam tu, malamnya aku telan sebiji panadol.
Esoknya pergi kerja, memang seharian aku pakai sweater supaya berpeluh.
Menjelang petang, rasa makin ok.
Tapi bila balik rumah malamnya rasa tak sedap badan jugak tapi aku still pergi kerja jugak.
Alhamdulillah, semalam aku dah cergas macam biasa.
Nasib baik demam tak melarat.

So rasanya esok kerja macam biasalah.
Lepas tu weekend. Boleh rehat lagi.
Hari ni macam biasa je rutin hari cuti.
Aku bangun sebelum 9, mandi pastu terus masuk dapur keluarkan lauk.
Hari ni plan nak buat sup tulang je.
Ada lagi tulang rusuk yang dari raya haji bulan lepas.






Sup tulang, ayam goreng kunyit n telur dadar.
Dalam pukul 11.30 dah siap makan dah.
Lepas tu jemur baju n lepak tengok tv je sambil lipat baju yang dah membukit tu.
Hari ni suami baik hati tolong sapu ruang tamu.
Walaupun dia terhencot hencot sakit kaki sebab main bola petang semalam, still nak sapu jugak. Bagus sangat.kahkahkah.

Alang alang aku dah membebel ni, nak share sikit kejadian petang semalam.
Pasal jiran dengana anak dia.
Actually dah lama pun aku perasan orang sebelah rumah ni selalu jerkah n marah anak anak dia.
Pendek kata memang bekeng habisla.
Bukan setakat action, bahasa pun memang kasar habisla if nak guna dengan anak anak.

Alkisahnya pagi semalam sebelum pergi kerja, aku sempatla jemur baju dulu.
Tetiba aku dengar dia jerkah anak dia yang tengah mandi kat paip tepi rumah, suruh cepat cepat mandi.
Bahasa memangla kasar habis siap beraku, mu lagi.
3, 4 kali dia jerkah anak dia.
Budak tu agaknya takut so diam jelah kat paip air tu.
Lepas tu dia datang dekat anak dia pastu pukul nak dia. Terus meraung budak tu.
Anaknya peremopan, dalam umur 5 tahun, comel je rambut kerinting. Kesian aku tengok.
Dia plak dah bersiap la pakai baju cantik siap bertudung semua.

Tu yang aku pelik.
Setahu aku, mak mak ni if nak kemana mana siapkan anak dulu. Lepas tu baru mak bersiap.
Ni nak kita je cantik, anak biar je mandi sendiri.
Kalau cerdik, mandikanlah anak tu, barulah cepat sikit.
Ni kejadahnya dok jerkah anak suruh mandi cepat, makin lambat adalah.
Ntahla tak faham aku dengan sesetengah orang ni.
Agaknya ko tu senang dapat anak, so bolehla ko layan anak macam tu.

Seriously, aku memang rasa geram bercampur sedih.
Nak dijadikan cerita, petang nya balik kerja aku pun kutipla kain baju masuk bakul.
Kebetulan dia n anak dia tu baru balik dari kelas mengaji petang.
Lepas tu anaknya turun dari motor dengan muka yang sedih. Aku dok perati je.
2, 3 langkah anak dia jalan, dia jerit panggil anak dia woi. Bila anaknya patah balik, rupanya tertinggal beg dalam bakul motor.
Bila anaknya nak capai beg, terus ditunjalnya kepala anak dia.
Ya Allah, ada jugak manusia macam ni.
Apa salahnya beg kecil ada buku mengaji tu ko yang ambikkan.
Sampai nak main tunjal tunjal kepala tu kenapa?
Terus bergenang air mata aku. Sedih.

Ya Allah, kalaulah suatu hari aku ada anak...jauhkanlah aku dari perangai macam ni.
Nauzubillah.

posted from Bloggeroid

Saturday, October 03, 2015

First IUI: Negative

Assalamualaikum
Hari ni aku nak sembang result dari iui kali pertama yang aku buat 3 minggu lepas.
Sepatutnya lepas dari tarikh buat iui tu, aku akan period 25hb, raya haji kedua.

Tapi sebelum tu memang dah rasa pun macam nak period. Tapi nurse cakap if awal kehamilan pun rasa macam tu jugak.
Aku tahu percentage iui memangla rendah, tapi still ada sikittttt harapan di situ.hehe

Tapi kali ni memang tak terlambat sehari pun period terus datang tepat tepat 25hb.
Tak bagi can langsung kat aku.hahaha
Sedikit frust tapi takpe, aku tak putus asa pun lagi.
Lambat lagi kot nak putus asa.hehe
Layan sedih kejap pastu aku okayla.

Takkan tak pernah baca kan...
Allah takkan uji hamba dia kalau dia tahu kita tak mampu.In sha Allah ujian ni aku masih mampu bertahan lagi.Insha Allah.

Bila aku bagitahu suami, dia cakap ok je. Takde rezeki. Nanti kita cuba buat lagi.hehe
Suami positif sokmo. Okayla tu. If dia pun emo macam aku, habisla :P

Next appointment dengan gynae on 19.11. Lagi sebulan lebih. Bila balik rumah baru perasan rupanya tarikh tu hari khamis, 2 hari sebelum Ihtifal tadika. Rasa rasanya macam susah sikit aku nak cuti untuk ke hospital.
Maybe pagi tu ada full rehearsal la kot. For sure, akan busy nak siapkan itu ini.

So aku ingat nak kol balik klinik yhen tukar tarikh temujanji. Ingatkan nak awalkan sikit kalau boleh.
Lagipun masa tu period patut on 18.11, so macam rugi je sebulan kalau appointment lepas period.
Tapi tengokla cane.
Klinik o&g kemain lagi sudah nak dapat line.
Dari pagi sampai ke petang aku try kol asik dapat cakap dengan operator je.huhu

Tapi takpe, banyak masa je lagi. Sabar muis, sabar!

posted from Bloggeroid

Friday, October 02, 2015

Jumaat yang bahagia

Assalamualaikum.




Breakfast pagi tadi.
Hari ni dan esok suami ada game dekat bachok.
So pagi pagi lagi sebelum keluar dia dah belikan nasi.
Acctually bukan dia yang beli.
Aku suruh dia, dia suruh budak bola dia.hehehe

So lepas suami gerak aku macam biasala start rutin hari jumaat.
Basuh baju, jemur baju, kemas ruang tamu, kemas dapur, kemas bilik.
Lepas dah settle semua barula boleh layan tv.hehehe

Raya haji ritu adik ada bagi 6 movie yang aku request kat dia. So hari ni dah plan nak layan movie hantu dulu. Alone. Cite hindustan.
Aku ni memangla suka tengok cite hantu, tapi tuannya penakut.
So cerita hantu harusla tengok pagi pagi.
Tu pun sama je meremang naik bulu roma.huhu

Cite alone ni bolehla tahan dia punya seram tu.
Jalan cite pun agak best. Takdela boring macam raaz 2, 3.
Tapi still takleh celen cite hantu faveret aku, 1920 the evil return. Yang ni 10x tengok pun naik bulu roma jugak.huhuhu

Lepas siap layan alone, aku stop jap jemur baju n sambung basuh second round.
Lepas tu sambung lagi lagi tengok jurassic world.
Best gak seposen cite ni. Lagipun cite pasal jurassic ni aku takdela layan sangat, tapi yang ni memang best.
Habis jurassic world baru aku masuk bilik n mandi.

Dalam pukul 1 suami balik, tapaukan nasi ayam je.
Bagus. Aku memang malas nak masak.kahkahkah.
Lepas tu sambung layan tv pulak. Tengok empire, tengok scandal, tengok say yes to the dress.
Dalam pukul 3 barula rasa lapar n makan.
Sib baik nasi ayam tu sedap.

Then sambung pulak tengok cinderella 2015.
Cite ni a little bit boring.
Pelakon memang aku tak kenal.
So sambil baring sambil terlelap.
Tu pasal perut aku buncit. Lepas makan terus baring.huhuhu
Terlelap kejap sampaila pukul 5 lebih.
Bangun mandi pastu solat.
Suami dah keluar lagi main bola.
So aku layanla korea pulak sampaila maghrib.
Lepas angkat kain di jemuran masuk bilik, mandi lagi, solat n mengaji jap.

Malam tak payah masak lagi.yahuuuu.
Cakap kat suami nak makan roti canai je. So lepas isyak dia keluar.
Tapi lepas tu suami balik cakap semua kedai roti canai tutup.
So aku masuk dapur aku goreng mee je.
Kejap je siap. Makan sambil layan bola. I is boring ok. I tak minat bola.huhu

Ok, tu je cerita hari jumaat saya. Daaa...
posted from Bloggeroid

Aidil adha 1436h.


Assalam.

Selamat hari raya korban uollls. Hehe. Raya dah lama baru nak update ye muis.
Actually aku taip entri ni petang raya, tapi pagi ni baru nak up entri. Memang sah blogger tegar. :P

Raya haji tahun ni meriah sangat sangat.
Dari 11 beradik, abang kat johor n perak je tak balik. Yang lain semua ada.
So rumah mak memang penuh. Ramai. Bingit. Hingar bingar. Sakit palo!

Pagi raya macam biasala. Suami pergi semayang raya dengan anak.
Aku jugak yang berpeluh ketiak sorang sorang.huhuhu
Malam raya tu je sampai rumah dah pukul 8 lebih. Lepas mandi n solat, layan tv kejap n trus tidur.
Pagi tulah baru nak kemas ruang tamu, baru nak gosok baju, baru nk masak, nak basuh bekas hidang, baru nak itu nak ini.




Ni je hidangan raya.
Aku masak spageti je pagi tu.
Pastu ada cookies yang beli untuk kunyah kunyah.
Cheese tart order dari kakak. Actually mintak free je.kahkahkah.
Ketupat dengan tapai yang mentua ke kak ipar yang buat, tak sure.

Kesudahannya, lepas siap semua, i is penat.
Sebelum suami balik solat raya, kena siap siap dah pakai baju, kot tak nanti tak sempat bergambar pulak.
Tu pun masa aku dah sibuk buat air, suami dah tukar baju nak sembelih lembu.
Aku suruh sarung balik jubah n panggil anak tangkap gambar.
Sempatla tangkap gambar sedas dua.



Suami isteri.
Muka aku kembang semangkuk, dagu berlapis lapis. Nasib je cute.kahkahkah.



Keluarga kecil aku.
Tahun ni tema caca marba.
Jubah suami warna coklat cadbury. Untuk anak aku jumpa warna biru je tapi matching dengan dress aku. Tapi malas punya pasal aku sarung je jubah yang tak payah gosok tu. Jubah baru je, yang mak beli di mekah tapi dah banyak kali la aku pakai. Tudung pun aku sarung tudung badahan je.huhu

Lepas suami dengan orang yang ambik bahagian lembu pergi belakang rumah, aku lepak jelah.
Dalam pukul 10, balik rumah mak kejap sampaila tengahari.
Bila balik orang yang ambik bahagian korban tengah makan nasi.
Suami cakap dia cari aku nak bagitau suruh masak nasi, tapi bininya takde.hehe
Aku ingatkan masa aku mintak kunci kereta dia dah tau aku nak balik rumah mak kejap.
Nasibla dapat bini macam aku ni.

Petangnya dalam pukul 4 baru gerak balik rumah mak dengan suami.
Kat rumah pun tengah sibuk sibuk untuk kenduri akikah anak sedara esok.



Kakak tengah siapkan cheese tart untuk goodies bag. Aku konon2 nak tolong, tapi dia cakap aku buat tak cantik.kahkahkah. makan aku pandaila.




Petang sikit suami dengan abang pergi cari kelapa muda. Bahagian dalam tu kena kopek pastu campurkan dalam gulai daging. Kalau orang kelantan cakap, putik nyor. Sedap campur dalam gulai daging. Aku buat sikit je. Lepas ambik gambar terus blah. Hahaha.

Gambar ni dengan kakak di jertih. Dia g post kat fesbukla pulak. N ada kawan dia dok memuji macam arab. Puji sape lagi kalau bukan puji aku la kan.kahkahkah. Orang selalu cakap aku macam muka mix arab, bagha, tokseh la. Macam macam.huhu. tak kisahla muka cane pun, asal cukup lengkap semua syukurrrr.

Aku bawak baju siap siap. If suami tak datang ambik, tidola rumah mak je. Lagipun nani sophia ada. Aku nak main dengan bidak tecit tu. Nanti fia dah besar macam suri hannah, mesti dah tak nak main dengan aku, huhu.

Tidur rumah mak ni aku dah risau jugak. Bilik konfem dah penuh. Aku plak jenis tidur awal. Dengan budak bising lagi. Kepala pulak sakit dengan bau durian kat dapur. Bau pulat perut lembu yang mak tengah rebus kat dapur. Tu lah satu satunya masalah aku tiap tahun kalau raya haji. Bau perut lembu tu memang buat kepala aku berdenyut.huhu.

Macam yang diduga, pukul 9 lebih aku dah mula mengantuk.
So tidurla dalam kebisingan sambil tutup hidung.
Dahla malam tu hujan. Nasib baik aku lelap sampai ke pagi.huhu.

Tu jelah cerita raya korban tahun ni. Cerita raya puasa hari tu pun tak up entri lagi.













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...