Friday, October 02, 2015

Aidil adha 1436h.


Assalam.

Selamat hari raya korban uollls. Hehe. Raya dah lama baru nak update ye muis.
Actually aku taip entri ni petang raya, tapi pagi ni baru nak up entri. Memang sah blogger tegar. :P

Raya haji tahun ni meriah sangat sangat.
Dari 11 beradik, abang kat johor n perak je tak balik. Yang lain semua ada.
So rumah mak memang penuh. Ramai. Bingit. Hingar bingar. Sakit palo!

Pagi raya macam biasala. Suami pergi semayang raya dengan anak.
Aku jugak yang berpeluh ketiak sorang sorang.huhuhu
Malam raya tu je sampai rumah dah pukul 8 lebih. Lepas mandi n solat, layan tv kejap n trus tidur.
Pagi tulah baru nak kemas ruang tamu, baru nak gosok baju, baru nk masak, nak basuh bekas hidang, baru nak itu nak ini.




Ni je hidangan raya.
Aku masak spageti je pagi tu.
Pastu ada cookies yang beli untuk kunyah kunyah.
Cheese tart order dari kakak. Actually mintak free je.kahkahkah.
Ketupat dengan tapai yang mentua ke kak ipar yang buat, tak sure.

Kesudahannya, lepas siap semua, i is penat.
Sebelum suami balik solat raya, kena siap siap dah pakai baju, kot tak nanti tak sempat bergambar pulak.
Tu pun masa aku dah sibuk buat air, suami dah tukar baju nak sembelih lembu.
Aku suruh sarung balik jubah n panggil anak tangkap gambar.
Sempatla tangkap gambar sedas dua.



Suami isteri.
Muka aku kembang semangkuk, dagu berlapis lapis. Nasib je cute.kahkahkah.



Keluarga kecil aku.
Tahun ni tema caca marba.
Jubah suami warna coklat cadbury. Untuk anak aku jumpa warna biru je tapi matching dengan dress aku. Tapi malas punya pasal aku sarung je jubah yang tak payah gosok tu. Jubah baru je, yang mak beli di mekah tapi dah banyak kali la aku pakai. Tudung pun aku sarung tudung badahan je.huhu

Lepas suami dengan orang yang ambik bahagian lembu pergi belakang rumah, aku lepak jelah.
Dalam pukul 10, balik rumah mak kejap sampaila tengahari.
Bila balik orang yang ambik bahagian korban tengah makan nasi.
Suami cakap dia cari aku nak bagitau suruh masak nasi, tapi bininya takde.hehe
Aku ingatkan masa aku mintak kunci kereta dia dah tau aku nak balik rumah mak kejap.
Nasibla dapat bini macam aku ni.

Petangnya dalam pukul 4 baru gerak balik rumah mak dengan suami.
Kat rumah pun tengah sibuk sibuk untuk kenduri akikah anak sedara esok.



Kakak tengah siapkan cheese tart untuk goodies bag. Aku konon2 nak tolong, tapi dia cakap aku buat tak cantik.kahkahkah. makan aku pandaila.




Petang sikit suami dengan abang pergi cari kelapa muda. Bahagian dalam tu kena kopek pastu campurkan dalam gulai daging. Kalau orang kelantan cakap, putik nyor. Sedap campur dalam gulai daging. Aku buat sikit je. Lepas ambik gambar terus blah. Hahaha.

Gambar ni dengan kakak di jertih. Dia g post kat fesbukla pulak. N ada kawan dia dok memuji macam arab. Puji sape lagi kalau bukan puji aku la kan.kahkahkah. Orang selalu cakap aku macam muka mix arab, bagha, tokseh la. Macam macam.huhu. tak kisahla muka cane pun, asal cukup lengkap semua syukurrrr.

Aku bawak baju siap siap. If suami tak datang ambik, tidola rumah mak je. Lagipun nani sophia ada. Aku nak main dengan bidak tecit tu. Nanti fia dah besar macam suri hannah, mesti dah tak nak main dengan aku, huhu.

Tidur rumah mak ni aku dah risau jugak. Bilik konfem dah penuh. Aku plak jenis tidur awal. Dengan budak bising lagi. Kepala pulak sakit dengan bau durian kat dapur. Bau pulat perut lembu yang mak tengah rebus kat dapur. Tu lah satu satunya masalah aku tiap tahun kalau raya haji. Bau perut lembu tu memang buat kepala aku berdenyut.huhu.

Macam yang diduga, pukul 9 lebih aku dah mula mengantuk.
So tidurla dalam kebisingan sambil tutup hidung.
Dahla malam tu hujan. Nasib baik aku lelap sampai ke pagi.huhu.

Tu jelah cerita raya korban tahun ni. Cerita raya puasa hari tu pun tak up entri lagi.













No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...