Wednesday, October 14, 2015

Assalamualaikum.

Salam maal hijrah untuk semua.
Alhamdulillah, syukur kita ni masih panjang umur n sempat bertemu tahun baru lagi.
Semoga tahun baru ni akan bawa banyak keberkatan dan kebaikan dalam hidup kita semua. Aminnnn.

So hari ni macam biasa cuti. Sayangnya jatuh hari rabu. So esok kena kerja lagi.huhuhu
Tapi takpe. Saya suka kerja.
Last 2 days rasa tak sedap badan tapi aku still pergi kerja. Suami cakap kalau rasa tak sedap bafan rehat jelah kat rumah.
Tapi aku rasa kalau stay rumah, jadi tak aktif n lagi sakit kot.hehe
So hari pertama yang rasa macam nak demam tu, malamnya aku telan sebiji panadol.
Esoknya pergi kerja, memang seharian aku pakai sweater supaya berpeluh.
Menjelang petang, rasa makin ok.
Tapi bila balik rumah malamnya rasa tak sedap badan jugak tapi aku still pergi kerja jugak.
Alhamdulillah, semalam aku dah cergas macam biasa.
Nasib baik demam tak melarat.

So rasanya esok kerja macam biasalah.
Lepas tu weekend. Boleh rehat lagi.
Hari ni macam biasa je rutin hari cuti.
Aku bangun sebelum 9, mandi pastu terus masuk dapur keluarkan lauk.
Hari ni plan nak buat sup tulang je.
Ada lagi tulang rusuk yang dari raya haji bulan lepas.






Sup tulang, ayam goreng kunyit n telur dadar.
Dalam pukul 11.30 dah siap makan dah.
Lepas tu jemur baju n lepak tengok tv je sambil lipat baju yang dah membukit tu.
Hari ni suami baik hati tolong sapu ruang tamu.
Walaupun dia terhencot hencot sakit kaki sebab main bola petang semalam, still nak sapu jugak. Bagus sangat.kahkahkah.

Alang alang aku dah membebel ni, nak share sikit kejadian petang semalam.
Pasal jiran dengana anak dia.
Actually dah lama pun aku perasan orang sebelah rumah ni selalu jerkah n marah anak anak dia.
Pendek kata memang bekeng habisla.
Bukan setakat action, bahasa pun memang kasar habisla if nak guna dengan anak anak.

Alkisahnya pagi semalam sebelum pergi kerja, aku sempatla jemur baju dulu.
Tetiba aku dengar dia jerkah anak dia yang tengah mandi kat paip tepi rumah, suruh cepat cepat mandi.
Bahasa memangla kasar habis siap beraku, mu lagi.
3, 4 kali dia jerkah anak dia.
Budak tu agaknya takut so diam jelah kat paip air tu.
Lepas tu dia datang dekat anak dia pastu pukul nak dia. Terus meraung budak tu.
Anaknya peremopan, dalam umur 5 tahun, comel je rambut kerinting. Kesian aku tengok.
Dia plak dah bersiap la pakai baju cantik siap bertudung semua.

Tu yang aku pelik.
Setahu aku, mak mak ni if nak kemana mana siapkan anak dulu. Lepas tu baru mak bersiap.
Ni nak kita je cantik, anak biar je mandi sendiri.
Kalau cerdik, mandikanlah anak tu, barulah cepat sikit.
Ni kejadahnya dok jerkah anak suruh mandi cepat, makin lambat adalah.
Ntahla tak faham aku dengan sesetengah orang ni.
Agaknya ko tu senang dapat anak, so bolehla ko layan anak macam tu.

Seriously, aku memang rasa geram bercampur sedih.
Nak dijadikan cerita, petang nya balik kerja aku pun kutipla kain baju masuk bakul.
Kebetulan dia n anak dia tu baru balik dari kelas mengaji petang.
Lepas tu anaknya turun dari motor dengan muka yang sedih. Aku dok perati je.
2, 3 langkah anak dia jalan, dia jerit panggil anak dia woi. Bila anaknya patah balik, rupanya tertinggal beg dalam bakul motor.
Bila anaknya nak capai beg, terus ditunjalnya kepala anak dia.
Ya Allah, ada jugak manusia macam ni.
Apa salahnya beg kecil ada buku mengaji tu ko yang ambikkan.
Sampai nak main tunjal tunjal kepala tu kenapa?
Terus bergenang air mata aku. Sedih.

Ya Allah, kalaulah suatu hari aku ada anak...jauhkanlah aku dari perangai macam ni.
Nauzubillah.

posted from Bloggeroid

1 comment:

Azian Elias said...

sedihnya ada mak cam tu..


nanti anak dia sure tunjal dia bila dia tua. percaya lah.. tiada kasih sayang.. akak dik, anak lelaki 3 org sume.. even 18 tahun dah tu masih akak peluk cium.. depa tak malu malah suka dipeluk ibu.. sematkan kasih sayang.. hidup bahagia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...