Posts

Showing posts from November, 2015

Bbq dalam hujan.

Image
Assalamualaikum. Dalam seminggu ni cuaca okay je, tak hujan sangat, tak panas sangat. Tup tup malam tadi kemain hujan lebat. Suami cakap start semalam hujan akan turun berterusan. Cantikla sangat tu. Dahla hari ni plan nak buat bbq merangkap majlis perpisahan la konon. Apapun, lepas decide nak buat bbq, aku terus setel semua dah. So nak tak nak hujan ke tak, memang kena proceed jelah.huhu. Pagi tadi, aku sedar je dalam 5.30, memang tengah hujan. Kemain lagi aku berdoa biarla hari cerah nanti hujan reda. Dalam drup wasap, semua dok update banjir kat kg masing masing.huhu Nasib baik aku keluar pagi dalam pukul 8 tu dah x hujan, just mendung je. Aku keluar awal sebab nak balik rumah mak kejap. Pastu nak kena beli ais dengan arang jugak. Janji dengan yang lain, pukul 9 kat petronas jelawat. Tapi dorang semua cakap otw hujan n jem sikit, so dalam pukul 10 semua sampai n terus gerak. Kali ni bbq kat tempat sama je. Damai melawi. Sebabnya if hujan, ada tempat teduh untuk

Tabung IVF

Image
Assalamualaikum. Memandangkan aku dah konfem dengan suami nak proceed ivf, so kena siap siapla nanti dengan kos untuk ivf ni. Untuk ivf di hospital kerajaan, hari tu doktor wan cakap dalam 4, 5k, n takleh guna gl. Tapi nanti boleh claim. Okla tu kan? Atleast kalau tak berjaya, takdela duit hangus macam tu je. Duit claim nanti boleh simpan untuk next procedure. Semalam aku pergi kedai RM2 nak beli barang untuk bbq jumaat ni, then nampakla tabung minion tapi kaler pink. Terus tangkap 1. Tabung ivf tc is.kihkihkih Dalam ni aku just isi note hijau dengan syiling je. If sehari rm5, by the end of next year, dekat 2k dah boleh dapat. Atleast boleh tampung belanja untuk ivf. Aku ni selalu nak menabung tapi susah sangat. If masuk tabung haji, kejap korek balik.hihi Kita orang susah, duit selalu tak cukup. *cries*. Tabung besi ni susah nak korek, hopefully bila dah betul betul penuh or after a year nanti, barula tebuk nak keluarkan duit. Tapi sayangnya. Tabung ni kan comel.hu

Its over.

Image
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, tengahari tadi selesaila event tahunan ihtifal untuk tahun ni. Rasa macam baru je mula sesi orientasi awal tahun, tup tup dah akhir tahun pun. Cepat sungguh masa berlalu. Aku yakin bukan aku je, tapi semua kawan lain pun dah lega semua dah berakhir. Atleast untuk sebulan lebih ni. Untuk persediaan tahun depan, yang tu kita fikir lain la pulak.hehehe Actually, sekrang ni rasa mengantuk tapi biarla dulu. Lagipun dah leps asar. Malam ni aku tidurla awal sikit Esok pun cuti, so boleh rehat betul betul. Alhamdulillah, majlis kali ni pun sama macam tahun tahun sebelumnya. Lancar walaupun maybe ada cacat cela tu biasalah, dah kita ni namanya manusia, manalah sempurna kan. Tapi keseluruhan in sha Allah semua yang hadir berpuas hati la kot. Bila majlis selesai, sempatla jugak jumpa a few parenta n feedback dari dorang alhamdulillah, berbaloi rasa penat lelah. Kami tak mintak balasan apa pun, cukupla dengan ucapan terima kasih, yang tu pun dah

Masak kuetiow kungfu

Image
Fuhh, cuti 5 hari direct ni kemain lagi aku rajin memasak. Memang hari rabu lepas pergi pasar dengan suami, borong lauk n sayur, mihun, mee n kuetiow semua. Entah hantu apa merasuk aku minggu ni.hehe Dalam kepala dah plan nak masak masak something yang aku tak pernah masak lagi. Setakat ni semua yang aku plan, adala a few yang aku dah buat. Mihun goreng, sayur lemak, kuetiow kungfu. Yang belum buat lagi soto ayam dengan char kuetiow. Kerang n tauge memang dah beli siap siap pun. Unuk soto pun bahan memang semua dah ada. Nasi himpit segera pun banyak lagi lebihan yang hari raya ritu. Oh ya, plan jugak nanti nak buat roti sosej, nak buat popiah inti ayam, sandwich ala ala club house gittew.hehe. Akhirnya malam ni aku buat jugak kuetiow kungfu. Lepas konfem je suami nak makan aku terus masuk dapur lepas maghrib. Oh ya sebelum masak apa apa, memang aku konfem dulu sama ada suami nak makan ke tak. Sebabnya if dia taknak makan, memang tak la aku nak masuk dapur.hehe Resepi ni

Masak mihun goreng

Image
Hari ke3 public holidays. Esok cuti weekend pulak 2 hari. Haihhh, sangap sangat aku kat rumah sekarang ni. Selalunya if cuti lama adala kerja nak buat. Ni semua kerja dah setel. So melepak depan tv jelah.huhu Hari ni lepas subuh aku terus masuk dapur. Dah plan nak goreng mihun. Hari ni anak dah nak keluar ikut mak sedara dia pergi kolam air panas. So biarla dia sempat alas perut sikit. Lepas siap masak, aku terus kemas dapur n mandi. Dah fresh barulah best nak makan nak minum. Tapi aku ni dah spesies makan lewat, so mihun tu kita hold dulu. Bagi je mak mentua makan dulu. Bila aku tanya dia cakap rasa dah okay je. Sebabnya aku letak garam tapi takut tak cukup rasa. Dan jenis aku ni if memasak, kadang kadang malas nak rasa masin tawar. Aku breakfast yang ni je dulu. Dah pandai minum kopi dah aku sekarang ni.hehehe Jangan sampai ketagih dahla. Pinggan suami. Dia makan sikit lepas tu dia cakap nak simpan dulu. Lepas tu cepat cepat explain cakap dia tak selera ma

Tongue ulcer

Image
Assalamualaikum. Dah lama sejak last aku kena mouth ulcer. Selalunya bonjela memang luak if beli. Tapi yang latest ni dah nak expired bulan 12 ni, tapi memang baru n penuh lagi 1 tiub. Ingatkan kisah aku dengan ulcer ni dah berakhir. Tup tup minggu ni tetiba naik ulcer. Bukan kat mulut tapi kat lidah la pulak. Memang dari minggu lepas aku dah rasa macam tak selesa je. Dah rasa macam naik ulcer tapi disebabkan tak sakit sangat so aku buat dek jelah. Bila kat rumah, bonjela pun aku tak guna. Selalunya if ulcer baru naik, aku terus apply n dia akan cepat sikit surut. Tahu tahu dah 3 hari ni ulcer makin sakit. Disebabkan terkena kat bawah lidah, so memang sakitnya naik sampai ke telinga. Selalunya if lepas letak bonjela aku steady je. Tapi kali ni tiap kali letak memang sakitnya tak boleh nak cakap. Aku cuma mampu ber adui adui jelah.huhuhu 2, 3 hari ni pun aku still boleh makan, tapi kunyah pelan pelan jelah. N kunyah belah yang jauh dari ulcer. If nak berkumur ke apa

AGM at Hotel Perdana

Image
Assalamualaikum. Semalam tap first time buat annual meeting lepas 4 tahun beroperasi. Mulanya puan bos cakap meeting buat kat bangunan ofis baru je. Tup tup tukar ke hotel perdana. Wahhh, grand gittew. So bila ada majlis rasmi macam biasala kena pakai baju korporat, kain hitam, tudung hitam, kasut hitam. Cerita pasal kasut hitam aku dah story entri sebelum ni. Sape tak baca lagi cepat baca! Hihihi. Disebabkan meeting kali ni konon gempak buat kat hotel so semua staf kalut semacam. Mana yang sebelum ni main bedal je skirt dengan kasut, terpaksalah cari yang baru. Aku selamat sebab memang ada kain sarung hitam. Mana yang sebelum ni pakai skirt kembang, puan bos tak approve, so harusla cari skirt potongan lurus je. Tu belum kira yang takde kasut hitam. Selain dari kasut, aku siap beli tudung bawal baru. Tudung yang lama dah tak best, tak muncung.hehe Dahla aku sekarang ni muka mengalahkan doraemon, pakai pulak tudung lembik, lagila kembang setaman muka aku ni. Alah, tu