Sunday, November 22, 2015

Its over.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tengahari tadi selesaila event tahunan ihtifal untuk tahun ni.
Rasa macam baru je mula sesi orientasi awal tahun, tup tup dah akhir tahun pun.
Cepat sungguh masa berlalu.
Aku yakin bukan aku je, tapi semua kawan lain pun dah lega semua dah berakhir.
Atleast untuk sebulan lebih ni.
Untuk persediaan tahun depan, yang tu kita fikir lain la pulak.hehehe

Actually, sekrang ni rasa mengantuk tapi biarla dulu.
Lagipun dah leps asar. Malam ni aku tidurla awal sikit
Esok pun cuti, so boleh rehat betul betul.

Alhamdulillah, majlis kali ni pun sama macam tahun tahun sebelumnya.
Lancar walaupun maybe ada cacat cela tu biasalah, dah kita ni namanya manusia, manalah sempurna kan.
Tapi keseluruhan in sha Allah semua yang hadir berpuas hati la kot.
Bila majlis selesai, sempatla jugak jumpa a few parenta n feedback dari dorang alhamdulillah, berbaloi rasa penat lelah.
Kami tak mintak balasan apa pun, cukupla dengan ucapan terima kasih, yang tu pun dah cukup.
Tapi mandangkan hari ni last day jumpa student, so rasa sedihla jugak. Hampir setahun dengan dorang.
Rasa macam tak sempat nak say a proper goodbye.
Sempatla jugak peluk n cium sorang dua student.
Jauh dalam hati tetap rasa sedih.
Walau aku ni garang, hati tetap sayang.

Bila balik rumah, terus rasa sunyi.
Aku memang dari kecik lagi memang macam ni.
Aku tak suka perpisahan.
Mudah bersedih dengan setiap perpisahan aku dengan orang yang aku rapat n sayang.
Ingat dulu dulu masa sekolah menengah, bila sampai masa balik asrama mulala aku termenung.
Kakak dulu sekolah kat sm sains dungun, so dia selalu balik asrama awal, tengahari. Aku selalu rasa sedih lepas dia pergi.
Aku sekolah kat kota bharu je, so pergi petang. Balik tiap minggu tapi still sedih nak tinggal rumah, mak ayah, adik beradik.
Gitulah perangai aku dari dulu sampai sekarang.

Tahun depan, aku hilang lagi a few friends.
Memang masa mula mula dapat tahu if ada yang nak berhenti, terus rasa down.
Rasa macam hilang kawan sekepala yang kongsi semua cerita susah senang.


Berpisah dengan cikji kali ke2.
Kalau dulu tak rasa sangat sebab baru kenal.
Tapi kali ni dah makan masa empat tahun lebih kenal n rapat.
Rasa macam hilang sebelah tangan aku.
Tahun depan aku sorang.
Kalau sebelum ni apa apa aku boleh refer dengan dia, dia refer kat aku. Tapi lepas ni?*sigh*

Ok, tu je nak sembang. Im not in the mood.Bye.

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...