Friday, November 06, 2015

Tongue ulcer

Assalamualaikum.

Dah lama sejak last aku kena mouth ulcer.
Selalunya bonjela memang luak if beli.
Tapi yang latest ni dah nak expired bulan 12 ni, tapi memang baru n penuh lagi 1 tiub.
Ingatkan kisah aku dengan ulcer ni dah berakhir.
Tup tup minggu ni tetiba naik ulcer.
Bukan kat mulut tapi kat lidah la pulak.

Memang dari minggu lepas aku dah rasa macam tak selesa je.
Dah rasa macam naik ulcer tapi disebabkan tak sakit sangat so aku buat dek jelah.
Bila kat rumah, bonjela pun aku tak guna.
Selalunya if ulcer baru naik, aku terus apply n dia akan cepat sikit surut.
Tahu tahu dah 3 hari ni ulcer makin sakit.
Disebabkan terkena kat bawah lidah, so memang sakitnya naik sampai ke telinga.
Selalunya if lepas letak bonjela aku steady je.
Tapi kali ni tiap kali letak memang sakitnya tak boleh nak cakap. Aku cuma mampu ber adui adui jelah.huhuhu

2, 3 hari ni pun aku still boleh makan, tapi kunyah pelan pelan jelah.
N kunyah belah yang jauh dari ulcer.
If nak berkumur ke apa memangla sakit.
If ada makanan terlekat memang dah tak boleh guna lidah.
Cikji siap cakap 2, 3 hari lepas dia nampak muka aku macam bengkak.
Takkan sebab ulcer kot? Padahal sekarang dah gemuk.huhuhu

Balik kerja tadi kemain lagi beli roti canai sardin.
Selera besar. Tapi makan je secubit aku terus serender.
Sakitnya lahai nak mengunyah roti canai.
Tapi dah 2 malam aku dok makan tomyam je. Jemula jugak asik makan berkuah je.
If nasi okla sikit takdela seliat roti canai sejuk.huhuhu

Apalah dosa aku diuji bulan ni.huhu
Dahla kerja banyak nak kena siapkan.
Mulut pulak sakit menggangu emosi.
Tapi bab sembang aku ok je.kihkihkih


Pic takde kaitan dengan tongue ulcer.
Tapi tetiba rasa lapar nak ngap ciken cop :D

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...