Sunday, January 17, 2016

dilwale vs bajrangi bhaijaan



assalam.

sekarang ni tengah demam dilwale lagi ke?hehehe.
disebabkan kat kelantan no takde wayang, so kena beli dvd atau download jelah nanti.
tapi nak dapat gambar cantik konfem lama lagi.

last week suami beli dvd pirate kat pasar malam je. 5 hengget.hehe
selalunya if beli kat situ gambar cantik, tapi disebabkan dilwale ni hot sangat gambar tak cantik pun dia dah jual.
bila suami beli aku memang tak excited sangat pun nak tengok.
aku biar je cd tu dok tepi tv.
lagipun lately aku memang not in the mood. badan pun rasa tak berapa fit. emosi pun tak ok.
rasa dah berlarutan hampir 2 minggu.
tak tahula nape. makin nak tua ni makin moody menjadi jadi.hehe

lagipun dilwale ni bagi aku takdela best sangat.
cite ni just hot sebab kajol je pun. sebab dah lama sangat dia tak berlakon.
aku ni, kalau SRK takdela minat sangat.
hero aku dari dulu sampai sekarang salman khan jelah yang kena dengan taste aku.hehe
then dilwale pun meletop jugak sebab lagu dia best n ramai yang buat cover version.

then sekarang ni pulak, tetiba bajrangi bhaijaan orang dok viralkan di fesbuk.
aku pun tak sure cerita ni keluar bila tapi cuti sekolah bulan 12 ritu aku dah suruh adik download siap siap dengan subtitle.
gambar pun memang dah cantik.
honestly bg akulah, cerita bajrangi bhaijaan ni berkali ganda best dari dilwale.
masa aku suruh adik download, aku tak tahu pun sinopsis cite ni.
aku just tahu filem baru salman khan tu jelah. tak sangka cerita ni boleh buat aku menangis tak henti dari awal sampaila akhir filem.

3x aku repeat bajrangi bhaijaan ni, then tiga kali jugak aku menangis sampai sakit kepala, bengkak mata. psiko sangat kan?
jalan cerita dia bagi aku tersangatla best n menyentuh hati.
sedih lucu semua ada.
kebetulan pulak watak utama budak dalam tu tersangatla comel. aku terus fefeling if anak aku berada dalam keadaan tu, ya Allah sedihnya.
aku lately dahla tengah fokus untuk dapat anak, so bila tengok cerita touching sangat ni, konfemla banjir banjir aku menangis.huhuhu
yang kelakarnya bila first time aku tengok cite ni, esoknya aku citela dekat suami.
masa tu otw nak g kerja, dahla naik motor. terteleng teleng kepala aku dok cite kat dia. siap menangis nangis lagi tu masa dok stori tu.

in sha Allah dalam masa terdekat ni nak repeat tengok lagi untuk kali yang ke4.
standby tissue jelah banyak banyak.hehe




6 comments:

husna zahidi said...

alaaa nak tgk jugak.. dilwale pon tak sempat lg nih.. huhuhu..

Azian Elias said...

bajrangi bhaijaan ni dari akak kat kashmir lagi si tour guide tu suruh tgk.. tp sampai la tak hertengok.. sebab akak mmg kurang minat Hindi even dah ke Kashmir 3 kali. dan this film mmg shoot kat Kashmir. i sud watch lah kan.. nanti lah..

Rina said...

Setuju. Bajrangi bhaijan mmg best. Sy pun masa org tgh demam dilawale rasa x heran pun, mmg x minat nak tgk. Tgk bajrangi bhaijaan tu mmg buat sebak. 5 bintang.

muis ismail said...

Sila tengok. If x nanti rugi. Hehehe

muis ismail said...

Hehe kan sis? Best sangat sangat

Anonymous said...

Wow 3 Kali dah pi Kashmir.. Tolong share pengalaman..tour guide yg direkemen Kat sana.. Selamat ke suasana? Tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...