Posts

Showing posts from February, 2016

Udang Goreng Kunyit+Kari

Image
assalamualaikum dah lama tak letak resepi kat blog bukan ada masak apapun selalu masak simple je nak letak resepi watpe.hehe kali ni nak letak resepi udang goreng saja bag aku biasa aja tapi anak sedara hubby suka sangat kalau aku masak udang ni sampai my SIL yang balik bercuti dari Kl ritu sampai jenguk dapur tanya cane aku masak udang tu sebab anak dia dok cakap sedap sedap.hehe mana ada bahan special pun tapi bila aku nak goreng apa apa aku suka letak kunyit banyak banyak pastu letak rempah kari ikan or daging/ayam sikit kadang aku letak cili kisar sikit so bila kita taruk lebih dia macam jadi bumbu gitu so bila goreng dia tak kering tu jelah makan dengan nasi panas panas memang sedap hubby suka je makan simple macam ni ada ulaman and budu cukupla
Image
Assalamualaikum. Memang sekarang ni cuaca asyik berangin je. Kuat pulak tu. if hari cuti, aku suka sangatla lepak depan tv bukak pintu luas luas. Tup tup minggu ni siap ngan hujan pulak. lagila best.hihihi Makan kenyang kenyang, lepak je depan tv layan movie. bahagia sungguh hidup. lagipun tu jelah cara aku nak bahagia. simple je kan? Minggu ni dah plan nak layan cerita hantu. So semalam lepas subuh aku memang dah tak sambung tidur. If nak lepak dalam bilik takut kacau laki pulak. Aku ni bukan reti dok diam. Hehe Kalau layan game atau video kat hf mana aku reti nak low volume speaker. Memangla laki tak pernah komplen apa pun, tapi kita ni sebagai bini kenala pandai pandai nak jaga hati laki.huhu lately aku perasan aku ni makan banyak sangat. dari pagi ke malam asik bagitau suami nak makan itu ini. selalunya pagi jumaat memang aku tak masak or beli breakfast. selalunya lepas suami balik solat jumaat barula makan. Lapar gila. tapi hari ni bangun je tidue t

Beli kat mana?

Assalamualaikum. Petang tadi lepas balik rumah mak tanya suami malam ni nak makan apa? Dia cakap masak nasi jelah. Aku dah boleh agak dah sebab pagi tadi dah makan pagi pastu tengahari tak makan. So mesti dia nak nasi. Tambah tambah petang tadi hujan, konfem lapar.hehe So aku masak nasi. Pastu keluarkan ikan kembung dengan ayam. Memang dah plan nak buat ikan kembung 3 rasa. Kebetulan nanas pun ada. Dalam 645 masuk dapur terus siap nak masak. Mula tu cadang nak goreng ayam jugak tapi malasla pulak. So tukar buat telur dadar je. Ikan 3 ekor ikan besar, agak2 dah okla tu 2 lauk. Ulam n budu. Okla tu. Lepas maghrib aku terus sendukkan nasi. Tunggu laki kat meja makan. Lapar kan.hihi Bila dia duduk je terus tanya beli kat mana? Aik? Beli? Bila masa pulak aku membeli. Penat saya masak tau! Rupanya ikan kembung 3 rasa yang aku masak hari ni sebijik sama dengan yang dia selalu beli kat kedai makan masa bulan puasa hari tu.hihi Memang hari ni aku tukar sikit resepi.

IUI: SECOND ATTEMPT =FAILED!

Image
Assalamualaikum. *update. 10.2.2016 Prosedur kali ni pun tak berjaya jugak. Isnin lepas elok je sempena chinese new year, pagi tu tengok tengok dah period Kitaran 28 hari dari last month. Sehari pun tak lewat. Punctual betul. Takpelah, takde rezeki lagi. Suami pun macam tahu tahu je, tetiba tanya dah period ke belum. Aku diam je. Malas nak jawab. Tengahari tu masa makan baru aku bagitau dia. N tanya nanti nak buat IUI lagi tak? Dia kata ok je. Nanti pergi berurut jugak. Sedikit frust, tapi takpe. Allah kan ada... Jadi, ahad lepas aku dah proceed dengan 2 nd IUI. Tapi untuk IUI kali ni, pengalamannya tak berapa seronok. If kali pertama dulu, progress tu lancar, sekejap n tak menyakitkan. Tapi yang kali ni dahla lama, siap ada bleeding la jugak. N IUI kali ni aku nangis.kihkihkih. Disebabkan dah kali kedua, so takdela excited or berdebar ke hapa. Aku cakap kat suami tak payahla nak rushing sangat ke hospital. So singgah breakfast apa semua n sampai

Ular & Gergaji.

Assalam. Nak share satu kisah yang elok kita jadikan pengajaran. "Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka.  Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali kali. Serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.  Marah dan sakit yang teramat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan itu menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ." Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri. Maka benarla sabda Nabi saw yang bermaksud,"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi

Foods.

Image
assalamualaikum... dah lama tak share gambar makanan.. satu penyakit jugak ni keje dok snap gambar makanan.kihkihkih bilis dengan sotong kering. yang ni dijual masa pesta makanan thai kat kbmall hujung tahun lepas. walaupun mahal rm10 untuk 100 gram, tapi memang sedap. masin, manis, pedas semua cukup. kakak beli kerabu mangga. perghhhh memang terbaik ori dari tukang masak thai. patutla orang suka pergi pesta makanan thai.hihihi kuetiow kungfu yang aku masak 2,3 hari lepas. kali ketiga aku buat mende alah ni n bagi aku yang ni yang paling best. kali ni aku campur udang, daging, ayam n sotong. tepung jagung pun letak lebih so kuahnya jadi lebih pekat. tabur plak dengan daun bawang, daun sup, daun ketumbar. lagi mengancam. 3 jenis daun ni memang faveret aku. so kalau ada stok kat rumah, semua masakan aku letak. daging kicap black pepper. menu daging faveret aku. acar pisang muda air tangan mak. faveret aku dengan mak mentua. kalau kat kamp

Jamu Kencur.

Image
assalamualaikum.. entah mengigau hapa tetiba aku terbeli jamu kencur la pulak. memangla tiap tiap hari kat fesbuk tu ada je iklan pasal jamu kencur ni. tapi kebetulan tengah ada promosi beli 2 percuma 1. so aku pun wasapla salah sorang online seller yang berlambak kat fb tu. yang masa aku beli ni, harga promosi rm130 untuk 2 kotak, n dapat free 1. if retail 1 kotak rm80. dengan kawan mak sedara dia jual rm70. so beli rm130 dapat 3 kotak memang murahla sangat kan? dalam rm44 je sekotak.  so malas nak fikir banyak beli jelah sebab nak try. dah alang alang ada promosi. kalau ikutkan testimoni yang dia share memangla best best. selain dari sebab nak tolong dalam proses aku nak pregnant,  aku jugak dok aim untuk period. sebab aku baca ada satu testimoni tu dia cakap bila makan jemu kencur ni, dia macam bersihkan peranakan. bila period, keluar semua darah hitam berketul ketul. aku ni memang ada masalah period terlampau sikit, so nak tryla mana tahu menjadi. then, ja