Sunday, February 14, 2016

Beli kat mana?


Assalamualaikum.

Petang tadi lepas balik rumah mak tanya suami malam ni nak makan apa?
Dia cakap masak nasi jelah.
Aku dah boleh agak dah sebab pagi tadi dah makan pagi pastu tengahari tak makan.
So mesti dia nak nasi.

Tambah tambah petang tadi hujan, konfem lapar.hehe
So aku masak nasi.
Pastu keluarkan ikan kembung dengan ayam.
Memang dah plan nak buat ikan kembung 3 rasa.
Kebetulan nanas pun ada.

Dalam 645 masuk dapur terus siap nak masak.
Mula tu cadang nak goreng ayam jugak tapi malasla pulak.
So tukar buat telur dadar je.
Ikan 3 ekor ikan besar, agak2 dah okla tu 2 lauk.
Ulam n budu. Okla tu.
Lepas maghrib aku terus sendukkan nasi.
Tunggu laki kat meja makan. Lapar kan.hihi
Bila dia duduk je terus tanya beli kat mana?

Aik? Beli? Bila masa pulak aku membeli.
Penat saya masak tau!
Rupanya ikan kembung 3 rasa yang aku masak hari ni sebijik sama dengan yang dia selalu beli kat kedai makan masa bulan puasa hari tu.hihi

Memang hari ni aku tukar sikit resepi.
If selalu aku aku tambahkan cili kisar atau cili kering.
Tapi lepas aku tengok yang suami beli sebelum ni, kuahnya sedikit cair n jernih.
So lepas tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih dengan halia, aku cuma tambah sos cili n sos tomato je.
Lepas tu masukkan tomato dengan nenas.
Lepas tu tambah air setengah cawan.
Walaupun kuahnya pekat sebab penuh dengan bahan bahan, tapi kuahnya nampak jernih n berminyak.
Fuh, nasib baik menjadi.
Tang rasa plak of kosla lagi sedap dari kedai. Kahkahkah.
Kalau buat 3 rasa, aku memang suka dadu semua bahan.
Walau macam penat n leceh, tapi puas hati.
If hiris je, kuahnya nanti nampak tak cantik.

Bangga je bila suami tanya beli kat mana.hihi
Tapi mintak maapla, gambar selalu lupa nak ambik.
Banyak sangat main game, tab asik kena cas je.
Lagipun tadi lapar sangat, memang aku lupa nak snap gambar.
Then aku siap hidang ikan tu dalam pinggan bujur macam kat kedai tu.
Memang nampak kuahnya berlinang, ikan pulak tersusun kalah presentation kedai.hihi
Menyesal tak snap gambar.

Tapi takpe, takde pic yang tu kita letak pic lain je.hehe




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...