Wednesday, February 03, 2016

Foods.

assalamualaikum...

dah lama tak share gambar makanan..
satu penyakit jugak ni keje dok snap gambar makanan.kihkihkih




bilis dengan sotong kering.
yang ni dijual masa pesta makanan thai kat kbmall hujung tahun lepas.
walaupun mahal rm10 untuk 100 gram, tapi memang sedap.
masin, manis, pedas semua cukup.
kakak beli kerabu mangga. perghhhh memang terbaik ori dari tukang masak thai.
patutla orang suka pergi pesta makanan thai.hihihi




kuetiow kungfu yang aku masak 2,3 hari lepas.
kali ketiga aku buat mende alah ni n bagi aku yang ni yang paling best.
kali ni aku campur udang, daging, ayam n sotong.
tepung jagung pun letak lebih so kuahnya jadi lebih pekat.
tabur plak dengan daun bawang, daun sup, daun ketumbar. lagi mengancam.
3 jenis daun ni memang faveret aku.
so kalau ada stok kat rumah, semua masakan aku letak.




daging kicap black pepper.
menu daging faveret aku.




acar pisang muda air tangan mak.
faveret aku dengan mak mentua.
kalau kat kampung, acar n kerabu mak memang tersohorla.
if buat makan makan kat rumah, kerabu n acar mak memang selalunya licin.
acar ni rasa masam manis masin semua lengkap.
tapi mak selalunya lebih manis.hehe
mak mentua pun suka. so kalau mak ada buat, aku selalu tapau lebih untuk dia sekali.
mak pun if buat acar, dia akan kol bagitahu n balik kerja aku singgah ambik jelah.hehe




nasi kukus lunch bila ntah.
hari cuti tapi aku malas masak, so ajak suami keluar makan je.





nasi pagi.
lauk ayam goreng 2 ketul, tambah lagi lauk ikan n telur ikan.
harga baru rm2.50.
kat kampung suami aku je boleh dapat ni.huhuhu






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...