Jamu Kencur.


assalamualaikum..

entah mengigau hapa tetiba aku terbeli jamu kencur la pulak.
memangla tiap tiap hari kat fesbuk tu ada je iklan pasal jamu kencur ni.
tapi kebetulan tengah ada promosi beli 2 percuma 1.
so aku pun wasapla salah sorang online seller yang berlambak kat fb tu.

yang masa aku beli ni, harga promosi rm130 untuk 2 kotak, n dapat free 1.
if retail 1 kotak rm80.
dengan kawan mak sedara dia jual rm70.
so beli rm130 dapat 3 kotak memang murahla sangat kan?
dalam rm44 je sekotak. 
so malas nak fikir banyak beli jelah sebab nak try. dah alang alang ada promosi.




kalau ikutkan testimoni yang dia share memangla best best.
selain dari sebab nak tolong dalam proses aku nak pregnant,  aku jugak dok aim untuk period.
sebab aku baca ada satu testimoni tu dia cakap bila makan jemu kencur ni, dia macam bersihkan peranakan.
bila period, keluar semua darah hitam berketul ketul.
aku ni memang ada masalah period terlampau sikit, so nak tryla mana tahu menjadi.
then, jamu ni jugak boleh kempiskan perut, buang angin.
yang tu memang masalah kronik aku. buncit n angin.
selain tu of kosla untuk hubungan suami isteri.hehehe

tapi sejak beli aku tak pernah try pun lagi. masih dalam kotak.
sebab last week aku baru buat 2nd IUI, so kena tunggu sampai next periodla.
jamu kan selalunya jadi panas dalaman.
manalah tahu kot kali ni ada rezeki, bahaya pulak if consume jamu ni.
so tunggu next period je.
if konfem tak pregnant, lepas habis period sementara nak proceed dengan treatment, barulah aku nak consume jamu kencur ni.
plannya gitulah.hehehe

jamu yang sebelum ni, aku beli brand apa ntah. jenis pil.
masa tu aku makan sebiji je sebelum tidur.
esoknya terus period. padahal masa tu lagi4,5 hari sebelum tarikh next period.
sebab selalunya period aku memang ontime tiap bulan. if tak pun, beza dalam sehari je.
so bila terawal sampai 4,5 hari tu sahla sebab jamu tu panas.
aku terus stop. ntah mana dah aku letak jamu tu.

jamu kencur ni dalam bentuk cecair. dalam sachet.
1 kotak just ada 10 sachet je.
agen yang aku beli ni dia cakap untuk kotak pertama kena consume tiap hari.
untuk kotak seterusnya boleh consume selang sehari.
so untuk 3 kotak ni, penggunaan selama 50 hari. sebulan lebih. okla tu. 

dealer yang aku beli ni elok je layan customer.
lepas aku transfer esoknya dia terus pos and lusa terus dapat. 
tapi bagi aku terlalu mesra la pulak
setiap patah nak ber'dear'...nak ber'sayang'.
geli pulak rasa sesama pompuan ni. kihkihkih

oh ya if sape berminat nak beli boleh kontek 013-4699058 ( Kak Azi).

terima kasih kerana membaca entri saya ni. babaiiiiii....


Comments

  1. Kak Azi boleh bagi feedback selepas minum jamu ni?
    Nak tau juga memang sama dgn testimoni yg biasa kita baca tu ke?

    ReplyDelete
  2. Kak Azi boleh bagi feedback selepas minum jamu ni?
    Nak tau juga memang sama dgn testimoni yg biasa kita baca tu ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM