Berjimba di Seri Nipah Resort Part 2


assalamualaikum.

sambungan berjimba di Seri nipah last week.
sampai je kat sana lebih kurang pukul 5, cikji tengah solat.
kami dapat chalet no 2. jalan terus ke depan terus jumpa pantai.
best je bila angin bertiup sepoi sepoi bahasa.kihkihkih



ada balkoni luas boleh lepak lepak nak makan nak baring nak sembang nak selfie wefie semua boleh.hihi


ada 1 katil queen dengan bunk bed
nak tidur lebih dari 5 orang dipersilakan bawak narita sendiri ye.
selimut yang ada jenis soft blanket memang tak boleh cover sejuk,
so sila bawak selimut tebal sendiri jugak.hehe



bilik fully aircond, ada tv, almari, dengan meja je.
nak cerek air panas boleh mintak dengan staff.




bilik air ok. ada hot shower. tapi baldinya sedikit usang.
cikji tolong take note ye.kihkihkih
pagi esoknya ntengok tengok ada katak dalam bilik air.
so aku kuis masuk je dalam lubang air n tutup balik.
lepas tu aku ambik cerek air tu tindih kat atas taknak bagi dia keluar.
geli wehh nak mandi nak berak terbayang bayang katak tu.huhu



rupanya semua belum makan ye.
ingat aku sorang je yang kebulur.
makan bekal nasi dari rumah, kek besday aku dengan karipap roti sosej segera.



my belated birthday cake
brownies with chocolate ganache, salted karamel (dah tenggelam dek coklat ganache), dried fruits & chopped almonds
rasanya nombor tu tertukar kot. patut 23 la kan?kihkihkih

lepas semua dah kenyang dorang apalagi, aktiviti meronda pantai dengan selfie
aku dua dua aku tak minat.huhu
datang sini just nak rileks jumpa kawan je.
so aku masuk bilik sembang dengan cikji je.
lepak lepak sementara nak menunggu maghrib lepas tu nak start membakar dah.



ayam 2 ekor, udang setengah kilo.
ingatkan tak cukup rupanya ada lebih siap boleh makan lagi pagi esoknya.




portion aku. ayam lepas tu tambah lagi dada sekeping.
udang memang aku makan banyak. faveret.hihi
tapi budak ni cakap udang ada yang undercooked. bagi aku dah ok je.
yang dorang bakar balik, memang terus hangit kulit n keras jadi udang.

sambil makan tu dok menyembang jelah sampai pukul 11 lebih.
lepas tu masuk bilik terus mandi, tukar baju, tengok tv lebih kurang n tertidur.
nasib baik tidur kat sini tersedar sekali je.
dalam pukul 2,3 pagi kot.
bangun pi tandas n aku terus off kan je aircond.
nampak semua tidur mengerekot macam udang kering, sejuk lettew.
lepas tu ada sorang kawan berdengkur, so aku usikla dia sikit n tunjal kepala bagi bergerak.kahkahkah
kalau aku biar je dia berdengkur, memang sampai ke pagi la aku tak tidur.



sunset pagi sabtu. indah ciptaan tuhan. 
lepas subuh dorang terus siap siap pi pantai lagi.
nak tunggu matahari naik.
aku pulak memangla cuti solat tapi alang alang dah tersedar, susah dah nak tidur balik.
so lepas tu dengan baju tidur n selendang, aku keluar la kejap lepak tengok pantai.
rasa macam nak tunggu sunset tapi sejukla pulak.
kepala pun rasa tak best dari semalam.
pesan kat long je tolong ambikkan gambar sunset.
lepas tu aku terus je masuk bilik n mandi tukar baju. nak keluar cari breakfast la pulak.




kemain serius dok tengok makcik tu bungkus nasi.
keluar dengan motor je cari first gerai terus stop.
kalau hari cuti, if kedai kampung kena keluar awal pagi, kalau tak pukul 10 lebih tu selalunya lauk dah sold out.hehe



original nasi berlauk. breakfast tersohor orang kelantan.
memang sedap nasi kedai makcik ni.
kalau dekat harus je aku datang tapau nasi sini lagi.hehehe




geng berjimba dari dulu sampai sekarang kecuali dak fatihah.
fida n cikji camera shy la pulak. ngengada.
lebih kurang pukul 11 lebih, setel payment n terus chow.
ada lagi 2 kenduri nak kena attend.
boleh makan free. yahuuuuuuu..

overall, walaupun tempat ni sempoi je tapi memang bestla.
dah plan nak datang sini lagi untuk family day bulan 10 nanti. in sha Allah.

cikji, mu tunggu kami datang lagi ek.hehehe



Comments

  1. Salam Mcm mana nak book ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. You may call 0199135625 /09-7783484/09-7780288 for booking. Please refer to our fb page @ https://www.facebook.com/Seri-Nipah-Resort-Sdn-Bhd-1129800977031965/. Terima Kasih.

      Delete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM