Tuesday, March 15, 2016

Cuti Sekolah Mac 2016



assalam.

dulu, masa masih mengajar, cuti sekolahla yang paling dinantikan.
bila tahu boleh release dari lesson plan untuk seminggu atau 2 minggu rasa happy sangat sangat.
rasa macam seketul batu kat atas bahu ni dah terangkat n boleh dibaling balik gamaknya.hehe
memangla bila cuti sekolah still kena datang kerja tapi still happy je menunggu kedatangan cuti sekolah.
tapi tahun ni aku dah tak mengajar.
so cuti sekolah dah tak se'eksaited' macam dulu dulu.

mulanya untuk cuti kali ni, aku apply cuti 3 hari ahad sampai khamis.
tapi bila sampai masa rasa malas la pulak nak cuti.
lagipun kat ofis ni aku dengan admin clerk je yang ada.
dia pulak tengah sarat mengandung so macam kesian jugak nak cuti lama lama. 
memangla kakak ada balik tapi aku plan balik kerja singgah je rumah mak n suruh suami datang ambik malam.
cadangnya nak cuti hari khamis jelah sehari sebab malamnya anak sedara dah nak balik.
tup tup esok kakak cakap nak ajak ke rantau panjang.
dah dia balik berdua dengan anak je, nak jadikan aku bibik lettew.
ingatkan zaman jadi neng dan bibik ni dah berlalu.huhu

dahla sekarang ni musim panas. cuti sekolah lagi.
ada hati jugak nak berjalan ke Rantau Panjang.
aku pun pelikla nape kalau stay luar Kelantan, asal balik je nak g Rantau Panjang!
baik pi Pengkalan Kubor. boleh beli cekelat daim.kihkihkih

kalau stay kelantan, benci betul kalau cuti sekolah.
selalunya jalan jem kurang sikit je dari masa nak sambut raya.
pergi pasar pagi pun orang ramai, nak jalan pun susah.
i is dont loike macam tu.
1 pun kalau best tang cuti sekolah ni, part makan kenduri jelah.
yang tu ok. aku suka.
tapi kalau jemputan jauh, malas jugak nak pergi.
tapi dah kawan sekerja yang ajak, kenalah merajinkan diri.

cuti kali ni ada 3 jemputan dari kawan kawan.
alhamdulillah, ada rezeki aku nak hadirkan diri.
antara menu biasa musim kenduri.
gulai daging, ayam percik, ayam masak merah, sambal bilis, ikan kering, sambal.
kadang kadang adala jumpa kerabu rumpai laut ni.

kenduri sabtu lepas. 2 tempat n 2 kali makan.
malam tu memang aku lepak je tengok tv dah tak payah makan.hehe




 

 untuk desert selalunya buburlah.
if bubur kacang kurang manis, memang faveret aku.
yang ni makan sikit je sebab full dah makan nasi 2 kali.


kenduri semalam. yang paling best antara 3 tempat.
gulai daging campur umbut kelapa, ayam masak merah, acar timun semua faveret aku.
ada jugak bubur. pun faveret. penuh semangkuk. dahla masa makan tu bubur panas panas lagi.fuhhh heaven molek.




first time dapat drinking jar.
semalam bila aku isi air minum, mak pun tumpang sekaki minum.
amboiiiii, suka ye dapat minum macam budak budak.huhuhu






to my friends faqiera n ayuni..
selamat pengantin baru..moga berkekalan sehingga ke akhir hayat.
jaga diri, jaga suami dan rumahtangga. 
jaga solat dan agama, ingat Allah sentiasa, in sha Allah bahagia. Amin......,






1 comment:

Azian Elias said...

bestnya door gift dapat mason jar tu ye.. akak pun suka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...