Tuesday, March 22, 2016

Ke Rantau Panjang.





Assalam





Last week kakak ada balik. Nani Sophia pun ada. Suri Hannah pun ada.
Mula tu aku apply cuti ahad sampai selasa. Tapi lepas tu rasa macam bazir cuti la pulak.
So aku kansel cuti n plan everyday lepas balik kerja, singgah je rumah mak. Malam suami datang ambik. Khamis baru nak cuti. Plan jelah kononnya.
Tup tup hari selasa kekanda wasap cakap suruh cuti hari rabu. Dia nak ajak ke rantau panjang.
So aku pun cutila dalam keterpaksaan.
Pagi rabu otw suami nak pi kerja dia hantar balik rumah mak.

Kalau plan cikgu isroha aku dah tau dah.
Kata nak g mana mana pun, selagi tak cukup timing, dia tak gerak.
Selalunya orang keluar pagi, dia nak keluar lepas Zohor la pulak.
Kalau tahu baik aku pi kerja je halfday.huhuhu
Seharian memerap kat rumah, tersangatla tak produktif.
Dahla si nani Sophia tu dah makin besar, dah boleh jalan, dah pandai layan ipad.
Aku ni tak dilayannya.huhuhu



Matching gittew cik Inie n nani. Sama sama pakai dark blue. 
Nama pun nak sama dah.hihi
Tang lebar muka dah sama. Tang hidung tak sama. 
Tang bibirnya sama cuma yang ni si nani ni dok ketap bibirla pulak. 


Singgah lunch kat warung Kurnia Ibu.
Paling top coconut shakela, tapi bagi aku kureng.
Terlalu manis n pekat, kena letak banyak ais baru ngam.




Kelakar je kedai ni.
Kakak order mee udang. Yang datang mee sup yang banyakkkkkkk udang.
Tak sama tu.kihkihkih



Aku macam biasala, hantu tomyam. Rasa boleh tahan cuma aku kurang suka if terlalu pekat n terlalu pedas. Share share dengan kakak.
Order nasi, nasi dah habis la pulak. 
Kakak siap tanya dah nasi habis tak masak ke?
Dia cakap dah masak cuma lambat.kihkihkih


Dekat rantau panjang mulanya niat takde nak beli apa pun.
Alang alang dah sampai situ, sempatla tangkap barang sikit.
Aku just beli sehelai blaus dengan sepasang baju tidur hello kitty je.
Dasar dah tua bangka pun ada hati nak pakai baju tidur kartun.kahkahkah



Sehelai army pants untuk suami. Free size. Murah je rm35, dia bagi rm30.
Seluar unisex punya kot. Lelaki sesuai, pompuan pun sesuai.

Then aku beli jugak bekas saiz saiz yang paling kecil. RM12 je.
Nak guna if lepas ni ada nak kena pergi tapau ubat dari hospital, macam GOnal F haritu.
Pastu masuk kedai pinggan mangkuk kakak nak cari Tefal. Kedai tu ada jugak jual coklat tapi harga mahalla sikit.
Nasib baik kita dah order coklat dari langkawi kat kawan. 
Lepas tu just ronda ronda kedai jelah.
Tu pun masuk kedai area tepi je. Yang macam bazar tu.
Kedai area tengah tak singgah pun.
Then beli makanan sikit. Kakak beli kekacang, buah, nenas madu.
Aku just beli jambu epal je.
Lepas tu terus balik n sampai rumah dekat pukul 7.

Cuti sekolah macam ni if pergi rantau panjang okla sikit.
Lagipun adik guna jalan shortcut.
Ingat lagi raya 2 tahun lepas kot. Otw pergi rantau panjang tu sangkut dalam jem dekat 4 jam.huhuhu
Masa tu tobat dah taknak pergi sana lagi.
Tapi bila dah pergi bestla seposen.
Rambang mata nak beli itu ini.huhuhu





1 comment:

Nik said...

lama nya tak ke rantau panjang.sellau balik kelate tak smepat pun nak singgah mana2.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...