Wednesday, March 02, 2016

Madu


Assalam.

hari ni nak cerita pasal madu.
tapi bukan madu share laki ye.
tapi madu yang kita buat makan tu.hehe

bulan lepas suami bawak balik madu dalam satu botol kecik.
katanya madu kelulut.
so aku tryla.
hmmm sedap sebab tak manis sangat n ada rasa masam masam sikit.
if tak tahu aku ni hantu benda masam masam.
so cakap kat dia bila yang botol kecik ni habis tolong belikan untuk aku.
aku nak makan.

suami memang tiap pagi makan madu satu sudu sebelum pergi keje.
tapi yang dia punya madu lebah biasa.
if aku selsema atau batuk, dia cakap makan je madu, jangan makan ubat.
tapi aku tak suka sebabnya madu lebah tu manis.

yang madu lebah kelulut ni katanya kawan dia bagi.
agaknya yang dia jualla la kot.
walaupun kecik lama jugak tahan.
aku siap cakap kat suami, madu kelulut ni aku punya, jangan makan.
dia boleh makan yang madu lebah je.hahaha
dasar bini kedekut.

so bila dah habis suami pun belila yang lain.
tapi rasanya madu kelulut ni lagi mahal dari madu lebah kot.




satu botol yang tutup merah tu rm50 suami cakap.
yang botol kecil tu yang suami bawak balik earlier.
then aku refill botol kecik pastu letak kat tadika.
senang if tak sempat makan kat rumah, boleh makan kat tempat keje.
suami sendiri pun disebabkan dia boleh category bawah heavy smoker, so kengkononnya okla sebab dia makan madu tetiap pagi.
padahal sama je pun. dah namanya rokok rosakkan kesihatan, takdenya ok dengan madu je.
sama je efeknya.

so antara khasiat madu lebah kelulut yang aku google:

Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman

 Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...