Thursday, March 10, 2016

Ujian Zuriat


Assalam.

Sejak akhir akhir ni, ramai sangat orang disekeliling dan dalam lingkungan kawan yang beroleh berita gembira.
Tak kiralah yang dekat atau yang jauh dengan aku. 
Ada yang tengah pregnant menanti hari nak deliver.
Ada yang baru je deliver anak sulung.
Ada yang baru deliver anak ke 2.
Ada yang baru positif UPT anak sulung.
Ada yang baru positif UPT anak ke2.
Dalam blog pun, a few blogger yang aku follow pakat dok share pasal pregnancy kat blog.
Tu belum masuk yang setiap hari share pasal anak di fesbuk, instagram.
Syukur alhamdulillah, rezeki dorang.

Then, terbaca la orang tulis.
If dah kawin, tak payahla nak cakap cakap bila bila nak anak.
Lepas 6 bulanla, lepas setahun la. 
Kalau tuhan nak uji, terus tak dibaginya anak.

Tup tup teringat, dulu masa sebelum kawin ke awal awal kawin aku pernah cakap nak anak lepas setahun kahwin.
Masa tu mungkin aku rasa tak ready lagi. 
Tapi lepas tu dapat anak sedara, tengok anak sedara comel je, terus aku pendekkan tempoh ke 6 bulan. Bagitau suamilah.
So sepanjang 6 bulan pertama tu, memang aku elakkan lah.
Tak makan ubat apa pun, just plan sendiri je dengan suami.
Lebih kurang lepas tempoh yang aku nak, barulah benda tu berjalan macam biasa.
Tup tup sampai sekarang, dah nak masuk 5 tahun kahwin, langsung tak dibaginya rezeki tu untuk aku n suami.
Mungkin ni kifarah untuk aku. Aku tak tahu.

Sebab tu dalam setiap doa aku, aku selalu mohon supaya redhakan hati aku.
Redhakan hati aku. Redhakan hati aku Ya Allah.
Kalau tak redha, siapa aku nak salahkan?
Ada orang diuji dengan diberi anak dalam cara yang mereka taknak.
Aku pulak diuji tanpa anak walaupun dalam masa yang aku sangat sangat nak dan perlukan anak.



Memang betul bila kita diuji dengan ketiadaan zuriat, kita juga diuji dengan banyak benda yang lain.
Yang utama sekali ujian sunyi.
Sunyi hati ni sampai tahap boleh menangis tanpa sebab.
Tambah pulak terus rasa tak disayangi.
Rasa mungkin suami menyesal bernikah dengan aku yang masih tak mampu bagi zuriat.
Rasa sedih dengan kekurangan diri.
Rasa sedih bila tengok kegembiraan orang lain dan anak.

Keyakinan diri tu memang hilang. Lepas tu mula fikir yang bukan bukan.
Bila ada masalah dengan suami, terus rasa anakla puncanya.
Selalu rasa semua masalah yang terpendam akan dilupakan bila sibuk dengan kehadiran anak.
Selalu  rasa anak ni memang akan berikan kegembiraan dan hilangkan kesedihan dan kesunyian dalam hati aku ni. In sha Allah.

Ya Allah, kalau ada rezeki aku dengan anak, permudahkanlah. Amin. 







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...