Tuesday, April 19, 2016

Blood Test & Coconut Shake Blended Drive Thru


assalam.

pagi ni aku n suami kena g hospital lagi.
untuk first appointment ivf awal bulan depan, kena ambik darah untuk a few things.
then bila resultnya keluar, hospital akan keluarkan surat untuk dibawa masa appointment tu.
If treatment di HRPZ 11 ni, untuk kes IVF dia akan bawa ke Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu.
dari rumah, perjalanan pergi lebih kurang 2 jam la kot.
Pergi balik dah 4 jam.huhu
tapi demi zuriat aku dan suami, in sha Allah jauh mana pun kami usahakan.

Masa tahu nak kena treatment di HSZ, aku adala jugak tanya nurse boleh tak if nak suruh dia refer kes ke HUSM.
Nurse cakap boleh je tapi kos IVF berkali gandalah.
Rate hospital government dalam RM3.5k - RM4k. If kat HUSM around RM9 k plus plus la kot.
Memang tak mampu la weh.
Lagipun kalau hospital gov, mana yang boleh guna GL, boleh guna GL suami. Jimat la sikit.

Visit kali ni, nurse yang incharge kes aku takde sebab bercuti, so another nurse yang assist.
Visit kali ni kejap je sebab just ambil darah, tapi menunggu doktor tu yang lama sikit.
Sempat la suami terlelap kat dalam bilik tu.huhu

Bila doktor masuk je n sampai masa ambik darah, awal awal aku bagitau doktor kena guna jarum kecil pastu aku punya urat saluran darah ni susah sikit nak jumpa.
Last ambik darah sampai 4 kali kena cucuk, 3 kali tukar jarum.
So doktor memang ikat kuat sangat lengan guna sarung tangan getah tu, nak bagi urat naik.
Yang doktor ikat lengan tu lagi sakit dari kena cucuk jarum.huhu
Alhamdulillah, sekali cucuk terus kena.

Lepas siap, terus balik. tunggu klinik kol untuk datang ambik surat je. Yang tu suami akan ambikkan. Setel. So tunggu jelah tarikh IVF nanti.
dahla nurse cakap first visit kat sana cuma untuk bincang bincang je. Takde treatment apa lagi.
4 jam perjalanan untuk jumpa doktor n bincang bincang je.huhu bertabah jelah.
Anggap jelah pergi jalan jalan ke Terengganu.kihkihkih

Then, lepas tu terus balik jelah. Suami memang ambik cuti, aku kena masuk kerja.
so nanti dia drop dekat tadika je.
Otw balik tadi, aku cakap kat suami dahaga. Bila dia cakap nak minum air kelapa, aku cakap singgah beli coconut shake dekat area Chicha tu jelah.

Coconut Blend Drive Thru.
Selalu nampak je masa lalu area situ tapi first time singgah.
Masa tu dorang baru je bukak gerai.
So aku order 2 coconut shae. Suami punya yang biasa RM3, aku punya tambah aiskrim RM4.
Selain aiskrim if tambah jelly RM5, boleh juga tambah madu. N ada bekas besar nama King apa ntah, RM6.

yang bestnya, masa abang tu buat order, mula mula aku nampak dia buat 3 bekas. pastu bila siap dia keluarkan lagi 3 bekas kosong.
so aku cakap kat pembantu dia, akak order 2 je dik. Takut dia silap dengarla tadi.
Rupanya dia cakap aku dapat lagi 2 bekas air free sebab aku customer pertama untuk hari tu.
Orang kelate cakap 'ghori'.
First time aku beli air ada buat macam ni.huhu.
Disebabkan aku beli 2, so dapat free lagi 2. if beli 3, dapat free 3. Imagine kalau beli 10? Fuhhhh. Kembung air la jawabnya.hihihi

Tapi yang penting coconut shake dia memang best. N bila dia buat macam ni, automatiknya kita akan rasa wahh bestnya n memang akan repeat beli lah.
Tu lah kelebihannya bersedekah, memang rezeki akan lebih murah lepas tu.
So bila balik tadika, 2 air free tu aku sedekahkan pulak kat orang lain.
Biar sama sama boleh merasa.



Yang lagi 2 bekas free, coconut shake blended biasa je pun tapi still rezeki kan?
If compare dengan coconut shake sohor pasir mas, dekat kedai Kurnia Ibu tu, bagi aku yang ni lagi best.
Serius best bukan sebab free ye.kihkihkih

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...