Cara Bayar PTPTN dengan KWSP & Tukar ke Ujrah Agreement


Assalam.

Semalam aku ambik annual leave halfday.
Ada kerja nak setelkan berkaitan ptptn, kwsp dengan car dealer.
Sebabnya hari Isnin lepas orang bank kol bagitau car loan tak boleh nak proceed sebab aku ada ccris ptptn.huhu
Tulah, meminjam pandai. Bayarnya tak.
Padanla muka aku,  salah sendiri kan.

So bank cakap untuk setelkan masalah ni, dia nak new agreement dari ptptn je. Ujrah.
Untuk dapatkan new agreement tu kenala bayor.huhuhu
so aku terus google cari no fon ptptn.
Dari 3 nombor pegawai pemasaran dia, yang last tu pick up phone so aku deal dengan dia je.
through wasap n kol, kesimpulannya aku kena bayar around 7k plus plus, 25% dari keseluruhan tunggakan.
Bila aku cakap takde amount sebanyak tu, dia cakap boleh keluarkan kwsp akaun 2 n bakinya kena bayar cash.
lepas setel semua tu baru ptptn akan keluarkan new agreement ujrah tu.

Disebabkan aku malas nak cerita panjang, secara ringkasnya kat sini aku list cara caranya nak setelkan benda alah ni.

1. Bayar tunggakan (cash) kat ofis ptptn.
2. Bawa surat pengesahan Ptptn/Agreement asal(diploma @ degree)/ salinan diploma/degree/transkrip (disahkan).
3. Isi borang di kwsp.
4. Bila selesai, bukti pembayaran dikaunter kwsp hantar/wasap je pada staff ptptn. Baru dia akan proceed untuk keluarkan new agreement.
5. Tunggu lebih kurang sejam untuk proses online. Staff ptptn akan beritahu bila new agreement tu dah siap.
6. Pergi ke cawangan ptptn terdekat, bagitau nak ambik new agreement, dia akan check online.
7. Tunggu staff ptptn print agreement, buat 1 salinan.
8. Kena sediakan 2 keping setem hasil rm10. If taknak pergi pejabat pos, beli je kat ofis ptptn tapi dia jual RM11 sekeping.
9. Staff ptptn akan matikan setem hasil, dan kita kena sign semula new agreement ni, pastu siap.

Untuk guna apply car loan, hantar je satu salinan lain new agreement ujrah ni kat car dealer untuk dihantar ke bank. Setel.

Kesimpulannya, selepas buat new agreement ni, aku kena bayar ptptn RM136 sebulan selama 336 bulan. Paling minimum lah tu.huhuhu
Tapi bila dah tukar ke Ujrah ni, interest hanya 1% jelah. Tu kelebihan dia.

Tapi seriously, dari pukul 8 pagi  aku keluar, memang tak henti kesana sini sampaila balik ofis around 1.30pm.
Dengan sakit kakinya lagi.
Satu je silap aku tadi, masa nak berurusan di KWSP, salinan sijil dengan transkrip aku takde pengesahan.
Dahla masa kat ptptn, aku terlupa nak bawak sijil n transkrip.
Nasib baik semua dokumen tu ada dalam fail kat ofis, so mintak tolong kawan kat ofis fax kan ke pejabat ptptn. 
So dokumen tu semua takde pengesahan n staff ptptn cakap tak payah.
Tapi bila sampai kwsp, dia cakap nak pengesahan la pulak. Aduhai macam macam.

Nasib baik ofis suami kat MPKB dekat tu je.
So aku kol la suami nak suruh dia datang je dengan motor ni, ambik dokumen pastu buat pengesahan dengan bos dia je. Tapi banyak kali aku kol tak berjawab. Wasap pun tak reply.
Terus kol abang. Ofis dia pulak berhadapan dengan bangunan ofis suami.
So abang pergila cari suami, pastu dia cakap suami tengah meeting dengan pengarah.
Aku ni dahla kena setelkan cepat sebab amik leave half day je, n banyak lagi benda nak kena setel.
Tunggu suami entah bila dia boleh datang.

Terpaksalah aku je keluar dari kwsp n pergi ofis abang.
Dahla parking kete agak jauh, nak kena pusing lagi nak cari parking lain lagi.huhuhu
elok je keluar kwsp, suami kol.
Aku dengan bengang je, nak cakap elok elok pun dah tak boleh.
Yang suami pulak bila bini ni hilang sabar, lagi dia nak membebel bebel. Salah faham je pun.
Malas aku nak layan. Kita dahla nak cepat dia nak bebel itu ini.
So aku decide jalan kaki jelah ke MPKB tu.
Memangla bangunan belakang je tapi boleh tahan jauh jugakla aku menapak.

Dah perangai aku ni cengeng. Sambil menapak tu sambil menangis la konon. Geram campur letih.
Suami pun lepas dia faham apa yang aku explain, baru nak slow down balik pastu cakap nape tak tunggu je dia datang. Ehh tak faham pulak orang cakap nak cepat.
Bila suami cakap suruh mai buat pengesahan kat ofis dia, aku cakap taknak. nak buat kat ofis bang je.
Dah diperlinya pulak aku ni. Cakap aku ni keras kepala la, keras pedal la, nak tunjuk hebat la. EEiiiii geram betul.
Lepas tu bila aku nak balik dari ofis abng, menapak pulak ke kwsp, lalu la depan ofis dia.
Diusiknya pulak aku ni. Orang dahla tengah geram, sedih. Malas aku nak layan.huhuhu

Dah setel di kwsp, nak kena gerak lagi sekali ke ofis ptptn kat Mara pulak.

Kali ni bawak kereta jelah. Elok je aku melintas jalan, baru perasan tertinggal botol air la pulak kat KWSP.huhu
Apala sengal sangat aku ni. Kenala naik lagi sekali ke KWSP tingkat 2.
Nasib baik ada lagi botol air tertinggal kat tepi sofa.

Lepas tu aku menyinggah sekejap kat hospital. Nak masuk hospital ni pun satu hal.
Sempatla 2x pusing meround cari parking. Nasib baik kali kedua pusing tu jumpa parking kosong dekat pintu masuk.
Walaupun aku kurang terer masuk paking tengah cara reverse, tapi aku usahakan jugak.
Tak sia sia aku belajar dengan suami dulu cara masuk parking gitu.kihkihkih

Pergi hospital ni bukannya apa. Dah 2,3 hari aku kol klinik o&g line engage je.
So aku decide pergi klinik terus jelah senang.
Awal Mei nanti aku dah kena pergi 1st appointment IVF kat Hospital Sultanah zahirah, KT.
So kena pergi klinik dia untuk test darah, screening for HIV dengan a few things sebelum proceed treatment kat sana.
Then, dapatla appointment next Thursday. Kena datang dengan suami.

Lepas setel kat hospital, staff ptptn cakap Ujrah dah ready. So terus gerak ke ofis suami, suruh dia cari parking je. Aku jalan kaki ke Mara.
Lepas setel semua, suami datang bawakkan kete, terus gerak ke car delaer, Nasrom.
Bagi 1 copy new agreement Ujrah tu pastu terus gerak balik ofis dalam 1 lebih.

Bila sampai ofis, barula rasa macam nak tercabut kaki aku ni. Lenguh sangat sangat sangat.
Masa rehat nak solat Zohor, sempatla melelapkan mata kejap.
Kalau aku mudah tertidur tu, konfemla aku penat sangat tu.
Tapi takpelah asalkan semua benda setel. 
Balik rumah rasa macam nak seret je kaki tu.
Dahla krim susu kambing lupa nak bawak balik.
Suami cakap biasala tu dah jalan banyak. Dia takpela bersukan sokmo, fit.huhuhu
Malam tadi lebih kurang pukul 9 aku terus masuk bilik, tutup lampu n baring pastu tertidur.
Tersedar lebih kurang pukul 2 pagi, baru aku solat Isyak.

Pagi ni bangun nak pegi kerja, memang kaki rasa lenguh lenguh lagi.
Belakang badan pun rasa lenguh lenguh. Tak cergas la macam biasa.
Patutnya hari ni aku puasa ganti. Ada lagi baki 4 hari. Tapi dah malam tadi tidur awal tak makan apa pun, manala larat nak puasa hari ni.
Badan pun rasa tak best lagi.huhu



Comments

  1. hihihi cerita disebalik kejadian tu yg menariknya..

    dah abeh belajar nnti nak tukar ke ujrah jgk lah..:)

    ReplyDelete
  2. Lps da bayar tu cepatx ccris ptptn clear?

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM